25 September, 2013

Langkah pertama


Tadbir diri menjala ke hulu ke hilir, ke serata ceruk demi mencari rezeki yang halal. Tak kisah la sambung belajar ke, kerja ke asalkan diri ini tidak menjadi beban pada ibu di rumah. Dalam sebulan lebih menjala akhirnya diterima untuk temuduga sebagai pembantu penyelidik & berpeluang untuk sambung belajar ke peringkat siswazah. Hati girang bukan kepalang. Tatkala melihat wajah ibu, adik, saudara mara yang teruja, terasa ada satu tanggungan yang berat di bahu ini. Tanggungan berupa harapan. Terbayang kira masih ada ayah & dua datuk di sisi, pasti diselaknya daun di hutan. Riuh. 

Hanya bertemankan beg berisi pakaian, bekalan doa dari keluarga di kampung, kaki ini memulakan langkah pertama ke negeri Cik Siti Wan Kembang dengan menaiki 'kelip-kelip'. Cuba terjemahkan dalam Bahasa Inggeris, anda akan dapat memahami maksudnya. Hehe... Terkial-kial melalui bahagian pemeriksaan, mencari pintu masuk. Pertama kali naik, tak tahu apa-apa. Naif. Kata pepatah, "Malu bertanya sesat jalan." Makanya, arghh...persetankan segala malu, tanya saja pada sesiapa pun yang ada di sekeliling. Tiba di Kota Bharu, Alhamdulillah ada rakan datang menjemput. 

Tanganku ketar, kakiku longlai, bibir terkumat-kamit tapi entah apa yang terucap. Ya Allah.  Dah berpuluh kali disemak, diselak & ditafsir dokumen di tangan. Dah buat yang terbaik kan, diterima ke tidak biar Allah yang tentukan. Kita tak perlu terlalu memikirkan perkara yang masih samar di hadapan, hanya perlu lakukan yang terbaik dengan apa yang ada dalam genggaman. Perjalanan ke pusat pengajian berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan temuduga yang dihadiri. Walaupun pulus bulanan hanya 3 angka tapi tak mengapalah. Mungkin ini rezeki setakat ini. Sebelumnya telah selesa dengan biasiswa maka sekaranglah masanya untuk belajar merasai jerih perit mencari wang. 

Baik sungguh rakanku sekeluarga. Dibekalkan sekotak ole-ole keropok ikan untuk dibawa balik. Ku amati, ku selidiki jalan-jalan di sekitar sini. Tak lama lagi tempat ini akan masuk dalam senarai tempat suka duka, terguling, terbalik, tergolek-golek hidup di dunia. Tadbirku di tempat lain tapi takdir-Nya membawa ku ke sini. Apa hikmahnya? Hanya pada-Nya segala jawapan. Jarum jam tepat menghala ke pukul 12 tengah hari namun sang suria masih tersipu, terlindung. Jerebu agaknya. Suara juruterbang yang mengetuai bacaan doa musafir mengusik hati. Semoga perjalanan ini diberkati-Nya. Walaupun terasa goyang di udara, terkadang bergetar bagai menaiki kereta kuda lantaran jerebu yang agak tebal, selepas 55 minit selamat jua tiba. Ku hitung hari-hari yang berlalu, ku hayati segala yang ada. Kembara ilmu akan bermula tak lama lagi. Seorang diri di tanah yang asing.



13 September, 2013

Kata-kata hikmah a.k.a Word of wisdom (Bahagian 1)

Kata-kata hikmah yang saya muatkan dalam ruangan blog ini adalah kata-kata yang saya kumpul melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri.

Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

Kesusahan tak semestinya seksaan, yang pahit tak selalunya racun. Adakalanya kedua-dua ini lebih baik dari kesenangan yang berterusan.

Guru dan tempat belajar hanyalah sebab kepada perolehan ilmu. Apa yang lebih penting ialah diri sendiri, keberkatan pengajian dan keikhlasan dalam penuntutnya - Dr Zaharuddin

A good scientist must be immune with failure - Farhana

There is situation where hard work alone doesn't always bring you to success. It requires patience with every circumstances together and this is the hardest part- Farhana

I had failed many times, I troubleshoot many things, eveyday I learn something new so I won't simply quit just like that -Farhana

Never give up in life and make a bit change when the surroundings are unfavourable for the survival- Farhana

Jika seseorang berfikiran jauh maka keadaan apa pun akan menjadi pelajaran baginya- Imam Ghazali

Berdebat tentang sesuatu perkara hanya apabila mempunyai ilmu tentang hal tersebut. Jika tidak, diam itu jauh lebih baik - Farhana 

If you don't worry about things, your brain start to age - Tsukumo Ryuusuke