19 November, 2017

Halal ke?

Tadi saya ada tengok cerita A hundred-foot journey. Cerita tentang sebuah keluarga dari India yang datang berhijrah ke Perancis & mereka buka restoran. Overall, Ok la. Tapi bahagian dia yang berlakon jadi chef Muslim tapi letak wain dalam masakan, yang ni tak setuju. Dalam realiti, perkara ini bahaya untuk Muslim lain yang percaya masakan chef macam ni halal sebab dia Muslim. Saya pernah makan nasi goreng di sebuah gerai & masa saya tengah makan tu, mak saya nampak peniaga tu tuang kicap keluaran bukan Islam. Tak tahu la halal atau tak. Lepas dah habis makan baru mak saya bagitau & itu la kali pertama & terakhir kami makan kat situ. Sangat mengecewakan perangai orang Islam yang macam ni.

Kalau anda adalah pembaca dari kalangan bukan Islam, bayangkan la anda tak makan lembu tapi peniaga yang sama agama dengan anda letak daging lembu dalam masakan, apa anda rasa? Kepercayaan dikhianati, itu yang saya rasa.

Masa saya pergi Beijing dulu pun, katanya mereka bawa kami ke restoran makanan halal tapi dalam restoran tu saya tengok ada saja arak. Tempat yang saya rasa betu-betul aman nak makan cuma restoran yang dalam kawasan masjid. Tempat lain tu setakat makan supaya tak kebulur. Luckily, sepanjang perjalanan saya, saya jumpa banyak kedai buah makanya makan buah la yang banyak.

Berdasarkan apa yang saya lihat di sekeliling, dah makin ramai orang Islam yang tak berapa kisah tentang status halal. Seriously. Ada yang tak kisah pun makan di kedai bukan Islam dengan alasan steambot kat situ paling sedap walaupun jelas, peniaganya tak menitikberat soal halal dalam masakan. Seingat saya, masa sekolah dulu saya ada belajar hadis Nabi tentang makanan halal. Bunyinya lebih kurang, macam mana Allah nak makbulkan doa kita kalau kita cari rezeki dengan cara haram, makan makanan yang haram. Kita buat benda yang Allah larang tapi minta macam-macam dengan Dia. Ibarat kita merompak kedai orang lepas tu minta kerja pulak kat situ. Boleh ke?

Memang tak mudah untuk berniaga dengan jujur termasuklah perniagaan berasaskan makanan. Kena letak arak baru kek jadi sedap, letak wain baru masakan daging rasa lebih lazat. Bila sedap, ramai orang makan, lebih untung. Huh. Tak berbaloi, serius tak berbaloi gadaikan syariat untuk keuntungan dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan