Pejam celik pejam celik sudah 25 Ramadhan hari ini. Dalam kesibukan membuat persiapan untuk hari raya Aidilfitri, semoga kita semua tidaklah sampai terleka untuk melaksanakan ibadah khusus ya. Entri kali ini adalah mengenai prinsip membuat kuih raya. haaa...bukan tentang tips nak bagi kuih sedap pun cuma prinsip & etika nak buat kuih ni lebih kurang sama juga macam buat kerja makmal. Haha...ada lagi tu semangat final year project yang lepas.
1. Baca bahan-bahan dan langkah-langkah untuk membuat kuih dengan teliti. Jika anda menulis, pastikan anda tulis langkah-langkah tersebut dengan tepat supaya orang lain yang nak buat kuih tu akan dapat mengikut arahan yang betul. Sedikit kesalahan pun dah cukup untuk mencacatkan kuih anda. Dah kan membazir bila buat kuih tapi tak jadi. Jangankan nak jamu kat orang, kita sendiri nak makan pun tak sanggup.
2. Kualiti bahan SANGAT PENTING. Elakkan daripada suka hati, serkap jarang ja nak beli bahan. Kualiti bahan memberi impak yang sangat besar terhadap kualiti kuih yang disediakan. Contohnya serbuk koko dari jenama yang tertentu akan memberi rasa yang berlainan terhadap kuih. Serbuk koko yang dibeli secara timbang di kedai-kedai runcit memanglah lebih murah tetapi kuih anda akan terasa pahit sedikit dan tekstur kuih pun tak sama dengan serbuk koko yang berjenama.
3. Bila anda tersalah buat, tak perlu nak tunding jari, salahkan orang lain. Prinsip ini sama dengan ujian makmal. Cuba cari cara nak troubleshoot. Masalah tu tetap ada walaupun anda menyalahkan seribu orang sekali pun. Kuih tu takkan siap selagi anda tak troubleshoot.
4. Buat kerja dengan cermat. Sikap sambil lewa secara langsung akan menyebabkan berlakunya pembaziran terhadap bahan-bahan.
Setakat ini sajalah ya entri kali ni. Saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua pengunjung blog ini. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan