Dari pukul 8-9 pagi, tak ada pesakit pun yang masuk ke Jabatan aku. Aku pun
duduk relaks saja la goyang kaki kat dalam pejabat. Tapi lepas tu, sekali
datang berderet-deret pesakit. Ada sorang pesakit ni datang kata nak buat
X-ray. Aku pun persilakan dia duduk. Dia cuba nak sembang, aku cuma kata,
“Kejap ya, duduk dulu”
Lepas habis ujian, aku pun minta la dia ambil kad pesakit balik & naik
tingkat atas, jumpa doktor. Dia cakap, "Terima kasih, dik. Awak kalau
senyum lagi comey."
Aku cuma senyum tak ikhlas sikit & cakap Ok. Dalam hati, ada sekelumit
rasa menyampah. Dengan pesakit atau staf lelaki, aku memang berat hati sikit la
nak senyum sebab:
1.
Kadang terkena dengan 'ulat bulu naik daun' a.k.a
lelaki miang.
2.
Wife pesakit salah
faham, tenung aku gaya macam nak libas dengan pelepah nyok. Haihhh….
3.
Pesakit suka sembang hingga
mengganggu aku nak buat kerja. Hilang fokus boleh buat aku salah daftar test,
bab ni yang aku paling tak suka.
Kalau nak tunjuk comey, aku tak kerja kat klinik la. Baik aku jadi
model....aauuu
Sebenarnya, takde salah pun apa yang pesakit cakap & takde salah pun aku
berpegang pada prinsip menjaga batas pergaulan yang mungkin agak tegas pada
sesetengah orang. Semuanya bergantung pada penerimaan masing-masing. 😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan