10 Mac, 2014

Manusia

Manusia
Ada keinginan ada kemahuan
Adakalanya impian menggesa hati
Laksana ombak menampar pantai
Laksana bayu memukul pohon
Ke kirinya atau ke kanannya ia
Tiada pilihan pada arah tujuan

Manusia
Saat ia mendamba sesuatu
Sanggup diredah belukar beribu batu
Kadang hati terbeku bak dihembus salju
Kadang terbakar dek teriknya mentari
Peluh mula membasahi diri
Tangis mula menitis sendiri

Manusia
Kejadiannya lemah
Jika iman & akalnya rebah
Jika diangkat nafsu dibiar hatinya bernanah
Dunia ini dicipta untuk kita lelah
Suatu hari ia pasti akan musnah

Lihatlah duhai manusia
Seterik mana pun mentari, ia akan terbenam
Sesejuk mana pun salju, ia akan mencair
Sekuat mana pun tangis, ia akan berhenti
Segagah mana pun insan, akhirnya roh berpisah dari diri
Kerana yang di sini tiada abadi

Bahagialah jika tidak diberi
Gembiralah tatkala diri diuji
Yang disimpan di sisi-Nya itu abadi
Tak terlihat dek mata sendiri
Hanya bersinar cemerlang di mata hati








Tiada ulasan:

Catat Ulasan