05 Ogos, 2019

Review Pedasss Chic-kyun Challenge (Myeongdong Topokki)

Hujung minggu lepas, aku pergi outlet Myeongdong Topokki kat 1 Utama Shopping Complex. Suami aku la yang ajak sebab lidah dia teringin nak makan makanan Korea hari tu. Biasanya kami pesan Hangul Chicken Ramyun dengan Bulgogi. Disebabkan kami berdua suka makan makanan pedas, kami pun cuba la Pedasss Chic-kyun Challenge. Tapi aku kata la kat suami, beli 1 set ja yang Pedasss ni, 1 set lagi ambil Hangul Chicken Ramyun. Takut pedas sangat, kang tak boleh makan pulak.

Setibanya kedua-dua ramyun tu, perghhhhh......memang pedas gila. Kau memang tak boleh nak hirup langsung kuah dia. Suami aku cuba jugak makan tapi lepas beberapa suap, muka dia dah merah sangat & sampai 1 tahap dia dah tak boleh telan. Aku kata dah, jangan paksa diri tapi dia kata kalau tak makan macam membazir la sebab dah bayar.

Lepas aku selesai makan 3/4 mangkuk Hangul Chicken Ramyun tu, aku dapat idea. Apa kata kaut ramyun yang Pedasss tu & masukkan dalam kuah Hangul Ramyun aku? Kami pun cuba & Alhamdulillah, ramyun tu boleh dimakan dengan penuh nikmat 😋

Nak cuba lagi tak?
Cukuplah sekali, tak sanggup kami ulangi. Kami punya had pedas tu setakat Hangul Chicken Ramyun saja la yang kami boleh enjoy. Cumanya yang aku perasan, suami aku takdak la sakit perut lepas makan ramyun ni berbanding makan ayam 3x extra pedas tu.

Aku kaut keluar ramyun yang dari mangkuk Pedasss Chic-kyun Challenge tu untuk dipindahkan ke mangkuk bertentangan yang depan suami aku tu.

Nampak tak bezanya kemerahan kuah antara kedua-dua ramyun tu. Yang depan sekali ni, aku tengok warna kuah dia pun aku gerun.....perggghhh. Aku akui Pedasss Chic-kyun Challenge memang betul-betul pedas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan