Life is a choice. Ada banyak perkara dalam hidup ni yang memerlukan kita membuat pilihan. Bila pergi restoran, nah diberinya senarai menu. Nak makan yang mana pun pening kepala. Mula fikir yang mana kita rasa paling teringin nak makan pastu fikir pasal harga pulak. Dapat keputusan bagus pun dok pening fikir nak sambung belajar dalam bidang apa, di mana? Pokoknya, daripada sekecil-kecil perkara sampai la sebesar-besar hal yang melibatkan perubahan hidup memerlukan kita membuat pilihan dengan bijak. Pilihan yang diharapkan dapat memberi kebaikan dan membahagiakan.
Salah satu cara yang diajar dalam Islam ketika kita ingin membuat pilihan ialah dengan melakukan solat sunat istikharah. Solat sunat ini boleh dilakukan dengan ringkas iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat. Lepas tu, berdoa la pada Allah supaya diberi petunjuk tentang pilihan manakah yang terbaik untuk kita. If we don't know about something, we'll ask the one who have knowledge about it. Contohnya, kalau nak tanya tentang penyakit, jumpa la dengan doktor. Kalau kereta rosak, tanya dengan mekanik. So, when we want to decide something in our life, who knows about it better than The One who create us?
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam membuat pilihan:
1. Selidik dan buat senarai tentang kebaikan/keburukan pada setiap pilihan yang kita ada. Contohnya kalau kita dapat tawaran berkerja atau sambung belajar. Kita perlu selidik dengan teliti dari segi jarak perjalanan dari rumah, senarai tugas, minat kita sendiri, jumlah gaji setimpal ke tidak.
2. Cuba minta pendapat daripada orang yang dipercayai dan orang yang ada pengalaman dalam berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama. Kalau anda seorang pelajar, boleh minta pendapat daripada penyelia/pensyarah kerana mereka tahu dan lihat potensi yang ada pada diri kita. Besides, they had gone through this kind of phase in their life so they can share their experience with us. Indeed, experience is the best teacher. They may know the consequences regarding each choice which we may had overlook.
3. Solat sunat istikharah. Lepas kita dah usaha sungguh-sungguh selidik dan bertanya pendapat orang lain, sekarang adalah masa untuk kita membuat pilihan. Minta la petunjuk daripada-Nya supaya pilihan kita membawa lebih banyak kebaikan berbanding kemudaratan. Antara hikmah melakukan solat sunat ialah apabila kita melibatkan Allah dalam keputusan yang dibuat, percayalah walau apa pun yang terjadi selepas itu, kita takkan jadi orang yang menyalahkan takdir. InsyaAllah. Worry ends where faith begins. If He bring you to it, He will bring you through it.
Kadang-kadang apa yang kita harapkan daripada pilihan yang dibuat mungkin berbeza. Waktu ni mula la nak kata, "Kalau aku tak pilih yang ni, takda la aku jadi susah macam ni." Ahaa...kata-kata ni dilarang sama sekali untuk diucapkan. Setiap perkara yang jadi pasti ada sebabnya. Perintah Allah, pilihan Allah walaupun kita nampak pelik tapi itu yang terbaik. It's just like walk down through a tunnel to reach your destination. Although the tunnel is dark and scary, just keep on walking either with a torch or not. At the time you are able to see light at the end, the darkness of the tunnel is not scary anymore.