Idea untuk menulis tentang ini datang ketika jari jemari asyik menjahit baju baru untuk Hari Raya nanti. Cepat betul masa berlalu, tak terasa sekarang kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Dugaan ketika puasa ni macam-macam. Cuaca yang tak menentu, perkara yang berlaku di luar jangkaan sering menguji kesabaran yang tak seberapa. Teringat kembali dugaan yang pernah ditempuhi dulu, telefon bimbit dicuri, gagal melanjutkan pengajian ke sekolah menengah agama, tidak disukai kerana terlalu banyak bertanya. Pada hentaman pertama, memang terlalu sakit. Lupa bahawa di sinilah titik di mana keteguhan iman dinilai, seberapa jauh keyakinan terhadap ketentuan-Nya.
Selepas beberapa ketika, barulah nampak akan hikmah sebaliknya yang selama ini kabur dengan noda-noda hitam dosa lalu. Ada juga hikmah yang belum nampak, insyaAllah akan bertemu juga satu hari nanti. Sometimes there is no other way rather than keep moving on with all given circumstances. Bila dilanda badai yang lain, kadang-kadang saya ingat kembali ribut yang pernah melanda. Waktu tu memang susah sangat tapi bila berjaya diatasi, ianya tak seteruk mana. Akhirnya, laut akan kembali tenang, ribut bertukar menjadi angin bayu yang lembut dan keindahan pantai dihiasi dengan pelangi yang indah. Siapkan payung sebelum hujan, siapkan perahu sebelum bah. Sentiasa bersiap sedia kerana badai akan melanda lagi bila-bila masa selagi wujudnya pantai itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan