Keluarga dan belajar ialah dua elemen yang sangat penting dalam hidup saya. Hujung minggu ini, Maal Hijrah jatuh pada hari Ahad jadi Isnin ialah cuti ganti. Tambahan hari Selasa dan Rabu tak ada kelas maka saya mengambil keputusan untuk angkat kaki, balik kampung la jawabnya. Sesetengah rakan saya kata membazir sebab Butterworth dgn KL dah la jauh...cuti Deepavali balik, Raya Korban balik, Maal Hijrah pun nak balik? Semuanya jarak selang 2 minggu saja. Baik duduk asrama, belajar dan buat tugasan.
Baiklah, otak manusia Allah s.w.t ciptakan dengan penciptaan yang sangat kompleks dan sebab inilah kita mempunyai pelbagai pendapat. Sesiapa pun tak layak untuk mengatakan keputusan yang diambilnya ialah 100% betul. Pasti ada juga ralat yang berlaku cuma saiz ralat itu saja yang berbeza mengikut tujuan kita. Saya balik kampung sebab nak ziarah ahli keluarga, nak ziarah nenek yang selalu sakit, nak jumpa mak yang melahirkan saya dan ibu-ibu saudara yang mengasuh saya dari kecil sehingga dewasa dan juga nak dengar cerita serta luahan perasaan daripada adik-adik saya. Saya tak tahu selepas belajar nanti adakah saya masih berkesempatan untuk balik walaupun hanya sebulan sekali.
Ketika di matrikulasi lagi saya cuma balik kampung waktu cuti panjang. Kadang-kadang sudah 3 bulan saya tak balik rumah. Adik-adik saya pun kata yang mereka sendiri susah nak jumpa dengan saya. Walaupun ketika itu datuk saya sakit tapi saya masih jarang balik. Saya tak berniat pun nak sakitkan hati dia cuma ketika itu saya memang gila 'study'. Selepas datuk saya meninggal dunia, baru saya sedar bahawa masa saya bersama keluarga tidak lama. Waktu yang terluang seharusnya saya gunakan untuk berbakti kepada mereka yang membesarkan saya dengan izin Allah.
Kata seorang ibu kepada rakan saya, " Mak tak harap apa pun dari kau. Kau balik rumah, duduk depan mata mak, mak dah cukup gembira." Ibu saya tak pernah merungut saya tak balik rumah, dia hanya kata membazir duit bila saya kerap balik. Tapi dari riak muka dan reaksi dia, kata-kata itu hanya di bibir saja. Dia sebenarnya suka saya balik rumah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Untuk datuk saya, apa yang mampu saya lakukan cuma mendoakan dia supaya dirahmati Allah. Menyesal macam mana sekali pun sudah tak berguna. Hargailah mereka yang masih ada. Berbaktilah kepada ibu bapa selagi kita punya kesempatan.