Suatu hari, masa aku tengah menghadap komputer di kaunter jabatan, aku dengar bunyi tapak kaki orang berlari kat belakang office. Tiba-tiba ada sorang remaja perempuan keluar dari pintu pejabat am, terus lari ke arah ruang legar klinik. Baru ja aku nak marah tapi bila tengok muka remaja tu, tak jadi. Ni bukan nakal biasa, she's special.
Mak dia yang mengekori dari belakang pun keluar melalui pintu pejabat kat sebelah aku tu. Mak dia tanya mana budak tu lari. Aku pun cakap la, outside. Pastu mak dia cari & bagitau jangan lari dalam klinik nanti nurse marah. Mak dia tarik ke arah aku & kata nurse marah nanti nurse pukul. Betul-betul dia suruh aku pukul anak dia kat tangan. Aku pun tampar la sikit, dah orang pelawa kann... 😂
Ada anak, takdak anak, anak normal atau anak istimewa. Semua tu rezeki & ujian dari Allah. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Aku bersyukur aku tak marah dia semberono, kalau tak, mesti aku menyesal. Budak tu autism, dia ada gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran dia. Penghidap autism akan mengalami gangguan komunikasi, interaktif sosial dan tingkahlaku dalam menjalani aktiviti seharian. Sebab tu la budak remaja tadi berlari-lari dalam kawasan klinik.
Apa yang menarik bagi aku ialah cara mak budak tu ajar anak dia. Dia ajar anak dia untuk behave. Kawal diri bila datang klinik. Kita faham la anak kita tapi orang lain mungkin tak. Ramai orang salah faham dengan penghidap autisme. Orang fikir penghidap
autisme ni orang yang takde harapan, tak payah ajar la sebab dia bukan
boleh faham. Sebenarnya penghidap autisme ni boleh saja diajar, cumanya tindak balas dia mungkin tak sampai ke tahap yang kita harapkan bergantung pada tahap keterukan autisme budak tu.
Akhir sekali, kalau terserempak dengan budak autisme di pasar raya atau mana-mana saja kawasan awam, janganlah mencebik mereka. Mereka diuji begitu, kita juga diuji pada kesucian hati. Be merciful. 😌
Tiada ulasan:
Catat Ulasan