15 Julai, 2014
Solidarity for Palestine
Besides donations, boycotting & spread news about what happen there, this is another effort from Malaysians. Palestinians are always in our du'a & you have our full support from here.
http://www.youtube.com/watch?v=CSNcLW3LMnk
Sincerely,
Malaysian =)
13 Julai, 2014
Bagus tapi...
Di saat ramai yang leka dengan Piala Dunia 2014, Zionis kembali menyerang Gaza. Menurut laporan berita yang saya baca hari ini, jumlah kematian seramai 162 orang yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Rakan-rakan di media sosial seringkali berkongsi berita terbaru dengan keadaan di sana. Ramai yang berkempen untuk membangkitkan kesedaran kepada rakan-rakan lain tentang isu penindasan rakyat Palestin oleh pihak Zionis. Setakat minggu ni, memang tak ramai pun yang post tentang hiburan. Majoriti tertumpu dengan perkembangan di Gaza. Bagus sangat. Apa yang berlaku di Gaza bukanlah isu agama sahaja tetapi ianya isu kemanusiaan.
Pelbagai cara dan pendekatan yang diambil oleh golongan mahasiswa di sekeliling saya dalam memberi sumbangan bagi membantu rakyat Palestin. Bukan setakat menyebarkan berita terkini tentang Gaza, ada yang boikot syarikat yang menyokong Israel, ada yang menderma & ada juga yang berkempen supaya umat Islam sama-sama berdoa qunut nazilah. Bagus. Tapi dalam usaha yang dilakukan, pada pandangan saya ada satu lompong yang wajar diberi perhatian. Selain semangat kita dalam menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin, ada satu ruang lagi yang saya rasa perlu dikemaskini. Iaitu pembelajaran.
Melihat betapa sukarnya rakyat Palestin dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna, kita di sini adakalanya boleh dikatakan kurang bersyukur dengan peluang menuntut ilmu yang Allah bagi. Bukan main rancak berbicara tentang keganasan pihak Zionis tapi kita yang selaku mahasiswa ponteng kuliah, buat tugasan secara sambil lewa, tak belajar bersungguh-sungguh & ada yang teruk sampai sanggup meniru dalam peperiksaan. Nampak tak macam ada yang tak kena kat sini? Semangat untuk belajar itu kelihatan terlalu suram padahal ada banyak ayat Al-Quran yang menekankan tentang kepentingan ilmu. Semangat untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi nampaknya tidak begitu utuh dalam jiwa. Islam bukan agama yang hanya 'menyuap', bukan sekadar do & don'ts. Tapi Islam mengajak kita untuk berfikir, ia mementingkan tentang ilmu. Tengok bulan, tengok matahari, bagaimana penciptaannya? Adakah ia terjadi dengan sendiri? Lihat pada ibu jari kita, masing-masing punya corak yang tersendiri hatta kembar sekali pun. Adakah ini sekadar kebetulan?
Islam is the way of life. Belajar bersungguh-sungguh itu Islam. Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab itu Islam. Menepati masa ketika berjanji itu Islam. Bercakap yang baik-baik, tidak menggunakan perkataan kesat untuk menghina orang lain itu Islam. Melakukan tugasan dengan sebaik mungkin itu Islam. Teruskan dengan usaha kita untuk membantu rakyat Palestin tetapi jangan pernah lupa amanah yang Allah berikan sebagai seorang mahasiswa. Ingatkah kita pada wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w? Tentang apakah ia?
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah Al- Alaq 96: 1-5)
Ayuh kita usaha menjadi yang terbaik! InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)