18 September, 2014

Kembara Zikir 2: Demi Masa


Pada bulan Mei yang lepas, saya terpilih untuk menyertai program Jenesys. Ringkasnya, program ini adalah kerjasama di antara Kementerian Sains & Teknologi dengan kerajaan Jepun. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Malaysia tentang sektor agrikultur di Jepun dan sebagai salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara. Saya diminta oleh organisasi program untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sana kepada ahli keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. So, I'm writing about this as to keep my promise.

Kami bertolak ke Jepun pada pukul 10.30 malam dengan menaiki Japan Airlines. Saya mengenakan seluar jeans yang longgar, selendang dan baju sejuk yang mencekak di bahagian hujung lengan. Motif? Pakaian yang saya pasti dapat menutup aurat sepenuhnya supaya senang saya nak solat & pada masa yang sama, memudahkan pergerakan saya. Lagipun cuaca di Jepun nanti agak sejuk. Halal food is not a problem on the airplane because they're alert with our religious regulations. Segalanya berjalan lancar, tempat duduk selesa, makanan pun sedap juga. Sandwich salmon. Bila lapar, semua 'belasah'. Tinggal batu dengan kayu je. haha...

Masalah pertama sebagai musafir Muslim dalam kembara ini ialah macam mana nak solat Subuh? Pertama, soal ambil wudhuk. Orang Jepun sangat cerewet tentang kebersihan tandas. Bagus la sebenarnya. Saya usaha sedaya upaya untuk mengambil wudhuk dengan sempurna dalam tandas yang kecil dan lepas tu lap balik bahagian sinki serta lantai tandas supaya kering. Tandasnya tak boleh basah. Kedua, soal menentukan waktu Subuh. Disebabkan tempat duduk saya di bahagian tengah, agak sukar untuk saya tengok cahaya matahari terbit. Saya minta kawan-kawan yang duduk di tingkap untuk tolong tengokkan. Masalahnya, ramai tak tahu nak tengok macam mana. Mujur ada alat di tempat duduk yang menunjukkan keadaan siang dan malam di seluruh dunia. Mata saya hanya tertumpu pada alat ini. Apabila kapal terbang sampai ke titik perubahan daripada malam ke siang, baru saya tengok ke luar tingkap. Dah nampak agak cerah sedikit, terus saya beritahu semua rakan Muslim untuk solat. Ya, kami tetap kena solat bila masuk waktu. Solat dalam kapal terbang tak sama macam solat di luar. Pergerakan solat lebih terbatas kerana kami hanya solat di tempat duduk. Dengan kelajuan kapal terbang, tempoh waktu Subuh hanya 15 minit. Berbanding di daratan Malaysia, tempoh Subuh biasanya 1 jam 10 minit. Di sini saya belajar betapa pentingnya ketepatan masa.

Seperti biasa bila kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, kami perlu melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam. Alhamdulillah, proses berjalan lancar. Selesai saja pemeriksaan imigresen, kami ke kawasan pungutan bagasi. Terkejut juga bila tengok beg-beg disusun dengan teratur mengikut jenis beg dan diletakkan di satu sudut secara berkumpulan. Woo.. diorang buat kerja memang teliti. Kumpulan kami berada di bawah jagaan dua fasilitator yang berkebolehan berbahasa Inggeris. Perkara pertama yang kami diberi peringatan ialah soal masa. Malu der bila dengar orang Jepun kata orang Malaysia kalau janji selalu lambat. Bagi mereka, kalau tulis dalam jadual kena berkumpul pukul 9 pagi, tepat 9 pagi kena ada di tempat itu. Bukan 9 pagi baru nak heret kaki melangkah. Tentang ini memang saya tabik hormat. 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr 103: 1-3)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah s.w.t bersumpah dengan masa. Masa sangat berharga. Ianya seperti air sungai yang mengalir. Ianya terus mengalir tanpa menunggu kita. Terpulang pada kita sama ada untuk menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya atau biarkan ia berlalu tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat.

It's kind of annoying & irritating whenever I went to any programme which got lack of punctuality. Tak kisah la sama ada dalam kalangan peserta atau tetamu kenamaan. We are from Muslim country, we have a surah in Quran which told us about time but yet we are the worse in time management when compared with this non Muslim country. Think about it. They are showing us a good Islamic attitude which we are the one who supposed to show it to them. Saying that not timeliness is a Malaysian culture? Well, I don't think it is a good culture to be upheld. I love Malaysia but I love Malaysian more if we can start practice to be punctual. Start with ourselves first.

14 September, 2014

Kembara Zikir 1: Dari lensa gelandangan


Bila kita berada jauh di perantauan, jauh dari keluarga, secara automatik kita akan cenderung untuk menjadi pengembara di bumi kita berpijak. Sempena cuti ulangtahun Hari Kemerdekaan yang lepas, saya bercadang untuk melawat saudara di Kuala Lipis. Ada 2 jalan iaitu sama ada dengan menaiki bas atau keretapi. Sepanjang pencarian saya, hanya ada 1 bas yang bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Lipis iaitu pada pukul 8.30 malam. Untuk keretapi pula, KTM Senandung Wau & Senandung Timuran. Kedua-dua pengangkutan ini bertolak pada waktu malam. Walaupun agak lambat untuk sampai ke destinasi dengan menaiki keretapi tapi bagi saya ianya lebih selesa dan murah. Tiket keretapi untuk tempat tidur bahagian atas ialah RM 29 berbanding tiket bas yang berharga RM 36. Maka untuk kali ini, keretapi menjadi pilihan.

Dari Kubang Kerian, saya bertolak ke Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Stesen ini yang paling dekat pun. Tambang teksi dari sini sehingga ke stesen ialah RM 25. Keretapi yang saya naik sampai tepat pada pukul 6.50 petang. Naik saja keretapi, terus panjat katil. Haha...boleh tahan la tempat tidur. Terfikir lepas ni kalau nak ke Kuala Lumpur, kalau tiket flight mahal kemungkinan besar keretapi akan menjadi pilihan alternatif. Kebanyakan penumpang turun di Kuala Lumpur, jadi masa dah dekat dengan Kuala Lipis, ticket collector tolong ingatkan. Mungkin takut kita terlajak tidur. 

Saya sampai di Stesen Kuala Lipis pada pukul 1.30 pagi. Memang kerja gila la kali ni. Mana nak sambung tidur? Pijak saja lantai stesen, saya lihat, " Woo...klasik gila stesen ni." Nampak sangat bangunan bersejarah. Rekabentuk bangunan stesen memang lama. Kepala didongak ke sana sini sambil kaki melangkah ke pintu keluar. Hajatnya nak cari surau untuk solat. Sampai saja di pintu keluar, ramainya orang yang tidur di kaki lima. Okayy...agak terkejut juga. Kebanyakan mereka adalah daripada kalangan warga emas. Ada yang bawa beg guni, ada yang bawa bakul berisi hasil hutan seperti dalam gambar di atas. Sorang mak cik tengah tidur dengan bakul berisi petai. 

Surau di stesen ini pula tiada tempat wudhuk khas untuk bahagian lelaki dan perempuan. Cuma ada 2 kepala paip di bahagian luar surau. Susah juga la bagi saya yang perempuan ni untuk ambil wudhuk. Mujur waktu tu pagi buta, gelap. Tak ramai sangat orang lalu lalang. Selepas solat, saya keluar ke bahagian terminal. Mulanya saja nak tengok keadaan pada waktu malam di stesen. Saya bukan kutu rayau tapi masa ni dah takda pilihan. Saudara saya akan jemput selepas Subuh. Nak check in hotel, oh...tak mampu. Nak kata bahaya, ehmm..tak sangat la sebab sepanjang saya di situ memang ramai juga orang. Kedai makan pun masih dibuka. Cuma pesanan penaja untuk girls, jaga diri dan doa supaya takda la jadi benda-benda tak elok. Dalam pukul 3, mata dah tak tahan nak lelap. Kalau saya laki, dah lama baring kat kerusi panjang terminal. Tapi sedar diri ni perempuan, saya balik la ke surau tadi.

Masuk ja dalam surau, ada 2 orang mak cik tengah tidur. Pertama kali dalam hidup saya tidur berlantaikan marmar, berbantalkan kain batik & tanpa selimut. Mujur dalam surau malam tu, tak terlalu sejuk. Boleh la tahan. Serius rasa macam gelandangan. Kadang-kadang tengah sedap baring tiba-tiba nyamuk datang menyanyi kat telinga. Adoi la... Dalam hati saya bisik, takpa la. Dah lama sangat aku tidur lena jadi Allah bagi peluang malam ni untuk rasa macam mana jadi gelandangan. Sekali sekala tidur di lantai baru sedar, bersyukurlah dengan tilam yang ada selama ini. Sekali sekala tidur kena gigit nyamuk, bersabarlah. Jangan terlalu cepat naik darah kerana hal yang kecil.

Tepat pukul 5.30 pagi, saya bangun untuk mengambil wudhuk bagi solat Subuh. Mak cik yang tidur di surau tadi pun bangun dan kami sama-sama tunggu azan subuh berkumandang. Saya tersenyum. Mak cik yang jadi gelandangan tu mungkin nampak hina di mata sesetengah orang tapi dia masih ingat untuk bangun menghadap Tuhan tatkala ramai insan lain yang cukup serba-serbi masih enak dibuai mimpi. Siapa yang suka jadi gelandangan? Kita semua nak tempat tidur yang selesa, rumah yang besar dan cukup segala-galanya tapi adakalanya kita diuji dengan sedikit kesusahan. Untuk mengajar kita erti bersyukur, booster untuk usaha lebih gigih. Tak kira macam mana susah pun hidup, jangan pernah berputus asa dari rahmatNya. Kedua-dua belah tangan yang masih mampu mengangkat beban digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari rezeki yang halal daripada menadah tangan meminta-minta pada yang lain selain Dia.

" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 155-156)

02 September, 2014

Kahwin muda

Topik malar hijau. Topik yang saya ambil mudah rupa-rupanya sangat serius dalam kalangan remaja sekarang. Saya ada terbaca pandangan pengguna Facebook yang memberi saranan untuk kahwin muda demi mengelakkan maksiat. Ada yang berpandangan supaya memilih nikah gantung sebagai cara untuk mengekang gejolak nafsu muda. Macam-macam pandangan yang ada. Saya tak kata betul dan saya tak kata salah. Sebab pada pendapat saya pula, sesuatu pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang dalam perkara yang harus, ianya boleh diterima atau ditolak.

Entri kali ini saya tujukan khas untuk remaja di luar sana. Saya baru sahaja melepasi waktu remaja untuk beberapa tahun. Saya pun pernah ada crush, pernah meminati dan pernah/still diminati...haha. Di sini, saya ingin bercerita tentang serba sedikit keadaan saya ketika remaja. Anda baca, nilai dan fikirkan. Seriously, saya tak faham apa yang berat sangat tentang gejolak nafsu muda yang dimaksudkan oleh remaja masa kini.

Ketika saya remaja, saya memang ada suka dekat beberapa orang rakan sekolah lelaki. Tapi yang paling banyak ialah crush dalam kalangan pelakon Taiwan, sinetron, hero hindustan dan sebagainya. Basically, watak pelakon dalam cerita di tv. Muka hensem, perangai gentleman, duit berkepuk-kepuk memang sempurnalah. Sekurang-kurangnya dalam keadaan ini saya tahu saya normal. Saya suka dengan yang berlainan jantina tapi persoalannya ialah sejauh mana rasa suka tu? 

Saya suka tengok saja. That's it. Pasal nak hidup bersama, kahwin atau ada anak itu langsung tak terlintas dalam kepala otak. Nak tahu kenapa? Sebab saya ada persoalan yang lebih penting dari itu. Ketika remaja saya terfikir:
a. Daripada berjuta-juta sperma, kenapa aku yang terpilih untuk dilahirkan? 
b. Apa kelebihan yang aku ada? 
c. Apa yang mampu aku lakukan untuk family
d. Adakah aku nak biar mak sara hidup aku sampai ke akhir hayat dia?
e. Kalau dia dah takda nanti, macam mana aku nak teruskan hidup?

Tengok, saya ada terlalu banyak persoalan untuk dijawab sampai saya tak ada masa nak berhubungan serius. Sebelum saya tamat ijazah sarjanamuda, saya tak pernah sekali pun terfikir untuk kahwin. Sebab semua persoalan di atas belum terjawab. Paling kurang, kalau boleh ada la jumpa klu tapi memang tak ada. Sekarang, saya sedar yang saya tak terfikir pasal kahwin, boyfriend/ girlfriend, tak terbuai dengan ayat-ayat cinta yang sampai ke tahap nak terkeluar muntah hijau sebab saya sentiasa menyibukkan diri dengan hal yang lebih penting.

Kalau nak kata terganggu dengan tuduhan orang macam tak laku la, lesbian la (sebab takda boyfriend), saya fikir peduli apa aku? Aku hidup kerana Tuhan bukan kerana orang. Diorang kutuk sampai senget mulut pun, takda apa-apa yang jadi dekat aku.

Ada juga yang kata, orang dulu-dulu boleh saja kahwin muda. Haa....cuba tengok macam mana diorang diajar. Yang lelaki, bila dah tamat sekolah Melayu darjah 5, mereka diajar tentang kemahiran hidup supaya dapat berdikari. Dah disuruh cari kerja untuk menampung hidup keluarga. Yang perempuan pula sejak kanak-kanak, dah diajar tentang tanggungjawab menjadi isteri. Jarang sangat orang perempuan dahulu belajar tinggi-tinggi. Pendek kata, zaman dulu tak sama dengan sekarang. Keadaan sekeliling dan cabaran hidup sudah berbeza. 

Apa yang saya nak tekankan ialah kita jangan ambil mudah soal kahwin. Kalau nak mengekang gejolak nafsu, ada banyak lagi jalan lain. Tentukan misi hidup, sibukkan diri dengan akademik dan aktiviti kokurikulum, dalami suruhan agama masing-masing. Untuk Muslim, kalau belajar betul-betul bab nikah, memang akan terfikir banyak kali. Nikah bukan sekadar atas dasar cinta. Ianya disertai dengan tanggungjawab, iman dan banyak perhubungan yang saling berkait. Hubungan kita dengan Tuhan, kita dengan pasangan, kita dengan keluarga sendiri dan mertua. Bila dah ada anak, nak didik anak itu supaya jadi orang yang berguna. Tak adalah yang menjadi sampah masyarakat. Pergi mana pun asyik menyusahkan orang. Pendek kata, kita nak ada keluarga yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Bukannya zuriat dan keluarga yang contribute pada peningkatan masalah sosial. Untuk mencapai perkara ini, kita perlu fit dari segi mental, fizikal dan material.

Masa remaja ialah masa yang terbaik untuk kita dapatkan sebanyak mana pengalaman yang berguna di kemudian hari. Dalam berkawan, kita belajar untuk terima setiap kelebihan dan kekurangan kawan-kawan. Kita belajar untuk memaafkan, menghormati dan mengasihi antara satu sama lain. Dalam menyeimbangkan pencapaian akademik dan kokurikulum, kita belajar untuk membahagikan masa kerana bila dah berkeluarga nanti, akan lebih sukar untuk kita fokus pada kerjaya dan keluarga sekaligus. Kita kena belajar dari sekarang. Jika kita fokus pada pengajaran dan pengalaman yang kita dapat dalam menempuhi usia remaja, ianya secara tidak langsung akan mengajar kita untuk berfikiran matang. Bila ada masalah, selesaikan bukan lepas tangan.

Percayalah, lebih mudah bagi kita untuk belajar dan fokus dengan pengalaman pada usia remaja daripada kita nak selesaikan masalah rumah tangga dalam keadaan kita tak cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan material. Masa remaja sangat berharga kerana rasa ingin tahu, tenaga dan semangat berada pada tahap yang tertinggi. Terlalu banyak pengalaman yang tak ternilai harganya itu untuk kita rebut. Maka, gunakanlah usia ini dengan sebaik-baiknya.