Pagi tadi, seorang bekas pelajar saya datang ke rumah untuk minta tips tentang sambung belajar. Dia pelajar cemerlang SPM, Alhamdulillah. Saya pernah jadi tutor dia untuk subjek Sains atas permintaan ibunya.
Keadaan dia macam saya juga dulu. Tak tahu nak pergi mana, nak sambung belajar aliran mana? Tips yang saya sediakan kali ini diharap dapat bagi panduan kepada adik-adik di luar sana:
1. Mohon kemasukan ke SEMUA TEMPAT, SEMUA BIDANG yang LAYAK untuk kita berdasarkan keputusan yang kita dapat. Jujur dengan diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Bukan sekadar minta apa yang kita suka, apa yang ibu ayah kita nak. Boleh faham?
2. Tanya diri sendiri, apa yang kita mahu dalam hidup ini? Kita tak perlu fikir teruk-teruk nak jadi doktor, jurutera & etc. Di luar sana, ada pelbagai jenis kerjaya yang kita tak tahu. Sekarang ni kita fikir apa yang kita nak bagi untuk keluarga, masyarakat & yang paling penting, apa sumbangan yang kita nak bagi untuk agama?
3. Tanya pendapat mereka yang boleh dipercayai & yang kenal dengan karakter kita.
4. Solat & doa. Mohon petunjuk daripada Allah s.w.t untuk ditunjukkan jalan ke arah yang dapat menjadikan kita hamba-Nya yang lebih baik. Sebagai Muslim, motif utama hidup kita ialah kita nak sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.
5. Buang fikiran negatif. Kalau kita tanya ahli keluarga atau rakan-rakan yang sedang sambung belajar, adakalanya mereka buat kita hilang semangat bila mereka cerita betapa susahnya belajar. Ingat satu benda, hidup ini penuh dengan ujian. Kita buat apa pun, kita akan diuji. Kita belajar apa pun, memang akan ada yang susah. Kita tak boleh lari. This is reality. Apa yang kita boleh buat ialah bila kita dah pilih untuk belajar, belajar bersungguh-sungguh. Jangan main-main dengan hidup kita sendiri.
Waallahua'lam.
p/s: Sesiapa yang SERIUS nak nikmati data internet 1GB secara percuma dengan nilai topup RM30/bulan, yang SERIUS rasa nak cari duit tambahan masa belajar supaya tidak menyusahkan ibu bapa, boleh PM saya di Facebook =)