25 Mei, 2016

Tips Pembelian Secara Online

Sejak berniaga secara online ni, pelbagai kes yang dikongsi oleh rakan peniaga & pelanggan di Facebook. Bukan semua peniaga online itu menipu dan bukan semua pelanggan itu jujur. Betul tak? Ada pelanggan yang buat order & bila tiba hari order tu nak dihantar tiba-tiba saja tak jadi. Kasihan dekat peniaga yang dah reserve, beli barang mentah untuk siapkan barangan pelanggan. Ada juga peniaga yang menipu, pelanggan dah siap bank in, tiba-tiba saja peniaga senyap. Oleh itu, saya ada beberapa tips pembelian secara online untuk dikongsi dengan semua:

1. Tengok profile picture peniaga sama ada dia guna gambar sebenar atau tidak.

2. Selidik dulu tentang perniagaan yang dilakukannya. Tak salah jika anda stalk wall Facebook peniaga itu sebelum membuat sebarang tempahan.

3. Usah bermusuh dengan kawan-kawan yang berniaga. Ada sesetengah kawan Facebook saya yang anti dengan peniaga, menyampah tengok iklan katanya. Sikap macam ini hanya akan menyusahkan diri sendiri sebab setiap dari kita adalah pembeli. Contoh: Saya seorang agen simkad Tone Excel, kalau saya nak tudung, tentulah saya akan cari peniaga tudung sebab saya hanya berniaga simkad. Peniaga pertama yang saya akan cari ialah rakan-rakan saya yang menjalankan perniagaan tudung sebab saya dah kenal mereka. Kalau tak pun, saya akan rujuk dengan rakan-rakan niaga lain. Mungkin ada kenalan mereka yang menjual tudung & mereka sendiri pernah jadi pelanggan.

4. Simpan butir-butir peniaga iaitu nama penuh & no akaun bank. Catatkan juga tarikh & masa anda membuat tempahan, berurusan dengan peniaga. Tapi saya mohon, janganlah kita bersikap melampau. Ada sesetengah pelanggan sampai minta gambar pasport, salinan kad pengenalan, alamat rumah bagai. Kami yang menjadi peniaga ini pun perlu berhati-hati kerana kami tak tahu siapa pelanggan kami. Alamat rumah, salinan kad pengenalan itu semua merupakan maklumat peribadi yang tak boleh disebarkan dengan mudah.

Sekadar ini sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat. Wasalam.

p/s:
Jika Tuan Puan berminat berniaga melalui handphone, boleh hubungi saya di Facebook. Alang-alang kita guna handphone untuk keperluan, apa kata kita jadikannya sebagai salah satu aset untuk jana pendapatan. Buat kerja SEKALI, income BERKALI_KALI =)

hasil100fb.com/1103252