22 Disember, 2017

Tegur

Artikel ni ditulis ketika saya di KLIA, menunggu masa untuk daftar masuk penerbangan. Pertama kali tidur kat KLIA, hentam saja baring atas kerusi....haha..

Ok, back to my story. Saya anggap diri saya adalah seorang yang tegas & garang, terutama sekali bila buat kerja. Pertama kali pengalaman saya mengajar orang ialah masa saya di sekolah menengah. Saya jadi fasilitator untuk subjek Matematik, kalau tak salah la. Budak yang saya ajar tu sampai menangis-nangis kena marah. Sebenarnya saya tak rasa saya marah, saya tegur ja salah dia cuma mungkin muka saya yang nampak garang & suara saya agak kuat. Maybe.

Ketika saya di matrikulasi, ada kawan mak minta saya ajar anak diorang. Subjek Sains. Saya bagitau yang saya ni garang. If they are willing to bear with me, then ok. Kali ni tak ada yang menangis. Cuma saya masih menegur dengan cara saya. Selain tegas, saya rasa saya ni seorang yang berterus-terang. Suka, cakap suka. Tak suka, cakap tak suka. Bila saya mengkritik, memang padu dari hati...haaa... Saya rasa itu cara saya. Saya tegas & saya tak peduli apa yang orang lain fikir.

Bila saya sambung belajar degree, saya masih dengan cara tu. Kawan-kawan saya yang tak boleh handle dengan ketegasan saya memang akan stres. Tak tahulah kalau ada yang mengutuk/mengumpat saya di Twitter ke.... Perasaan bersalah? Tak pernah ada. Benda patut tegur, tegur ja la terang-terang. Kalau berlapik-lapik kang nanti tak faham atau buat-buat tak faham pulak.

Sekarang....

Saya rasa tak salah kalau saya ubah cara saya tegur. Ada seseorang yang mengkritik/menegur kerja saya dengan cara yang lebih kurang macam saya. It hurts. A LOT. That person has been succeeded in destroying my confidence. I feel that I'm the most stupid person in the world. Bapa saudara saya cerita, masa dia belajar di UK dulu, cikgu kat sana kalau awak buat kerja dengan pencapaian yang biasa pun, dia puji tu melambung-lambung. Puji bukan bodek tau. Pujian bersalut nasihat yang buat awak rasa semangat untuk buat lebih baik. Confidence? They don't destroy it, they help you to build yours.

Pengajaran hidup ini memang pahit untuk saya telan tapi pada masa yang sama, saya rasa bersyukur. Andaikata Allah tak bagi saya sakit hati macam sekarang, mungkin sampai bila pun saya akan menegur/mengkritik dengan cara yang menyakitkan hati orang lain.

11 Disember, 2017

Tilam baby patchwork

Tilam baby patchwork ni memang dapat banyak permintaan. Sebabnya,

1. Fabrik 100% cotton. Tak perangkap hama/habuk
2. Ringan nak dibawa ke mana-mana. Siap pack dalam beg khas.
3. Corak comel-comel & besar pulak tu. Si comel pun selesa nak golek-golek 😘
4. Gebu. Isi dalam tilam tu ialah kekabu fiber & bahagian belakang tilam, material polyester yang ada antislip.

 (1 Bantal + 2 Bantal Peluk + 1 Tilam + 1 Selimut)

Harga termasuk postage:
RM 85 (semenanjung)/ RM 95 (sabah sarawak)

Nak order?
Boleh terus whatsapp Farhana, 017 226 0084
#tilambayi #tilambaby #tilambabypatchwork

Langkah Keselamatan:

Untuk baby yang bawah 1 tahun, mommy kena pantau eh penggunaan selimut & bantal masa baby tidur. Sebab baby dalam usia ni, dia tak pandai nak kawal pergerakan lagi, takut masa tidur tu dia golek-golek, tarik-tarik selimut atau bantal tutup muka, kang lemas pulak. Hati-hati eh.


Tilam ni besar sikit daripada biasa. Baby yang umur 5 bulan pun masih muat nak tidur dengan selesa.

















10 Disember, 2017

Jujur, susah ke?

Hari Khamis yang lepas, saya dan keluarga pergi bercuti di Langkawi. Tak lama pun, pergi hari Khamis, balik hari Jumaat. Sebelum pergi tu, kami bincang la macam mana nak gerak dari Penang. Pergi dengan kereta, ferry, kapal terbang atau naik ETS dari Bukit Mertajam ke Kedah, lepas tu baru naik ferry ke. Tapi sebab adik saya tak nak naik public transport makanya kami pun bertolak la dengan kereta ke Kuala Kedah. Adik saya dah survey secara online yang parking kereta dalam RM10. Fikir, ok la tu. 

Bila dah sampai Kuala Kedah, dari jauh ada sorang brader tu lambai suruh masuk parking. Kita tak tau, ikut ja la. Tanya kat dia, berapa kena bayar untuk 24 jam? Dia tak nak cakap, dia pass kitorang kat sorang brader lagi. Sampai kat brader tu, kami tanya lagi, berapa kena bayar untuk sehari? Mula kata caj RM15. Lepas adik saya dah parking semua, dia kira lain pulak, kena bayar RM40. Rupanya harga siang lain, harga malam lain, lain hari pun harga lain. Tapi nak buat macam mana, dah parking.

Sebagai pengguna, saya memang tak suka, menyampah dengan peniaga yang guna taktik caj tersembunyi macam ni. Saya rasa tertipu. That's really not a pleasant experience. Sebenarnya, harga mahal atau murah bukan jadi persoalan kat sini, cara berniaga tu yang saya tak berkenan. Untuk untung punya pasal, cakap pun berbelit-belit. Jujur, susah ke?

Andaikata ada rasa nak pi sana lagi lain kali, taubat tak nak parking dah kereta kat situ. Baik naik ferry terus dari Penang atau flight. Walaupun mahal sikit tapi kita tau dah harga dia tetap, takdak cakap belit-belit macam tu.

28 November, 2017

Butterfly shawl

Ini la dia rupa shawl yang saya pakai, saya buat sendiri sejak 1-2 tahun kebelakangan ni. Dulu masa di matrikulasi & UKM, saya suka pakai tudung bawal tapi lama kelamaan saya rasa kain tudung bawal tu makin jarang. Saya sampai pakai tudung 2 lapis kot sebab tak nak bagi nampak transparent leher semua. Tapi tindakan tu menyebabkan rambut saya rosak, bau kepam sebab lama sangat rambut tu terperuk dalam kain berlapis-lapis. Terasa gila bila pi gunting rambut, akak tu kata, "Adik, pakai tudung pun jaga la rambut ni."

Lepas tu saya jalan-jalan kat Jalan TAR di KL, saya jumpa ada 1 tudung ni brand dari Turkey. Ok la sikit dari tudung bawal biasa. Tak la jarang sangat pada mulanya tapi lama-kelamaan saya rasa nipis sangat kain tudung tu. Kena pulak saya dah balik Penang, tudung Turki tu susah nak cari kat sini makanya tercipta la shawl yang saya buat sendiri dengan kain yang saya sendiri rasa selesa pakai.

Walaupun kain tu pun tak tebal sangat tapi bila dah lilit, takde la nampak jarang. Kalau warna yang gelap macam hitam, kelabu gelap atau biru tua macam kat profile picture saya tu, lagi la tak jarang. Kain pun flowy. Best pakai. Disebabkan saya biasa buat shawl ni sendiri jadi saya pun ambil keputusan untuk jual supaya orang lain pun boleh pakai shawl yang labuh tutup dada, belakang pun labuh, tak jarang. Shawl ni ringkas tapi masih nampak bergaya yang tak keterlaluan. Tujuan hijab untuk tutup aurat, menyembunyikan perhiasan bukan untuk menarik perhatian, kan? 😉

Butterfly shawl:
Senang nak pakai & elok terbentuk
Versatile. Boleh dipadankan dengan pelbagai outfit (Abaya, Kurung, Kebaya, T-shirt & etc.)
Kain tak panas. Sesuai pakai dalam keadaan cuaca kat Malaysia ni. 

Harga sehelai: RM18
Postage RM8(sm)/RM12(ss) (muat 3 helai)
Postage RM11(sm)/RM17(ss) (muat 8 helai)

Berminat?
Terus whatsapp 017 226 0084



27 November, 2017

Kau & aku, sama

Insan...

Sifatnya penuh dengan keluh-kesah,
Diulit dikibas rasa gelisah,
Semua nak pantas bergerak,
Semua nak jadi macam yang dia berkehendak.

Tak kata orang lain juga,
Aku pun dua kali lima.

Adakalanya aku semangat,
Adakalanya aku penat,
Adakalanya aku merintih ingat Tuhan,
Adakalanya aku menjerit lupa Ar Rahman,

Tipu kalau kau tak pernah rasa,
Tipu sangat kalau kau tak pernah alpa.

Sebab kau dan aku sama,
Kita insan biasa.

24 November, 2017

Cadar Patchwork

Terlalu sibuk & penat, TAK SEMPAT KEMAS KATIL?
Rimas bila cadar TAK KEMAS & CEPAT BERKEDUT?
MUDAH je nak SELESAIKAN MASALAH NI

Jom TUKAR cadar lama kepada CADAR PATCHWORK 100% COTTON yang GEBU 😍

👍TAK PERLU susah payah nak kemas katil sebab cadar ni tak bergerak-gerak masa tidur. Sentiasa kemas
👍 TAK STRESS pun kalau anak naik melompat atas katil sebab cadar tak berkedut
👍 TIDUR LENA sebab material kain GEBU & SANGAT SELESA.
👍 MUDAH DICUCI. Cadar ni boleh dicuci dengan mesin basuh & cepat kering bila dijemur.

Berminat nak dapatkan cadar yang best ni??

Harga termasuk postage:
RM140 (SM) / RM165 (SS)

Untuk order atau nak gambar corak lain,
Boleh terus whatsapp 0172260084










19 November, 2017

Halal ke?

Tadi saya ada tengok cerita A hundred-foot journey. Cerita tentang sebuah keluarga dari India yang datang berhijrah ke Perancis & mereka buka restoran. Overall, Ok la. Tapi bahagian dia yang berlakon jadi chef Muslim tapi letak wain dalam masakan, yang ni tak setuju. Dalam realiti, perkara ini bahaya untuk Muslim lain yang percaya masakan chef macam ni halal sebab dia Muslim. Saya pernah makan nasi goreng di sebuah gerai & masa saya tengah makan tu, mak saya nampak peniaga tu tuang kicap keluaran bukan Islam. Tak tahu la halal atau tak. Lepas dah habis makan baru mak saya bagitau & itu la kali pertama & terakhir kami makan kat situ. Sangat mengecewakan perangai orang Islam yang macam ni.

Kalau anda adalah pembaca dari kalangan bukan Islam, bayangkan la anda tak makan lembu tapi peniaga yang sama agama dengan anda letak daging lembu dalam masakan, apa anda rasa? Kepercayaan dikhianati, itu yang saya rasa.

Masa saya pergi Beijing dulu pun, katanya mereka bawa kami ke restoran makanan halal tapi dalam restoran tu saya tengok ada saja arak. Tempat yang saya rasa betu-betul aman nak makan cuma restoran yang dalam kawasan masjid. Tempat lain tu setakat makan supaya tak kebulur. Luckily, sepanjang perjalanan saya, saya jumpa banyak kedai buah makanya makan buah la yang banyak.

Berdasarkan apa yang saya lihat di sekeliling, dah makin ramai orang Islam yang tak berapa kisah tentang status halal. Seriously. Ada yang tak kisah pun makan di kedai bukan Islam dengan alasan steambot kat situ paling sedap walaupun jelas, peniaganya tak menitikberat soal halal dalam masakan. Seingat saya, masa sekolah dulu saya ada belajar hadis Nabi tentang makanan halal. Bunyinya lebih kurang, macam mana Allah nak makbulkan doa kita kalau kita cari rezeki dengan cara haram, makan makanan yang haram. Kita buat benda yang Allah larang tapi minta macam-macam dengan Dia. Ibarat kita merompak kedai orang lepas tu minta kerja pulak kat situ. Boleh ke?

Memang tak mudah untuk berniaga dengan jujur termasuklah perniagaan berasaskan makanan. Kena letak arak baru kek jadi sedap, letak wain baru masakan daging rasa lebih lazat. Bila sedap, ramai orang makan, lebih untung. Huh. Tak berbaloi, serius tak berbaloi gadaikan syariat untuk keuntungan dunia.

18 November, 2017

Sujudku yang pertama

Ingat tak bila kali pertama kita solat, sujud menghadap Ilahi?

Saya tak ingat pun. Saya tak ingat sama ada saya mula solat waktu tadika atau masa dah masuk Darjah 1. Tapi saya ingat la ada satu hari masa saya umur 7 tahun, hari tu tak ada siapa pun yang suruh saya solat jadi saya buat-buat lupa saja. Budak baru belajar, kan.

Keluarga saya, terutamanya orang yang menjaga saya sejak kecil, nenek & mak saudara memang mengutamakan solat. Dari saya kecil sampai la sekarang ni, dah dewasa, dah dekat nak masuk umur 30 tahun, kalau dengar azan & diorang tengok saya tak bangun lagi pergi ambil wudhuk, mesti kena bebel. Diorang tak salah apa pun, itu memang tanggungjawab diorang.

Solat ni susah ke sebenarnya?

Masa saya di matrikulasi, ada seorang kawan bukan Islam bagitau saya, dia cuba puasa macam saya tapi susah. Saya cakap dekat dia, puasa tu jauh lebih senang dari solat. Dia kerutkan dahi, hairan. Lepas tu saya cakap, kena ada disiplin yang bagus untuk solat 5 kali sehari. Setiap hari dari waktu baligh sampai mati. No excuse. Kecuali la perempuan yang tengah haid & nifas. Sedangkan puasa cuma wajib masa bulan Ramadhan saja. Sebulan dalam setahun, jauh beza tu. 

Korang ada tak kenal orang sekeliling yang dah dewasa tapi masih tak cukup solat 5 waktu?

Atau,

Diri kita sendiri yang masih tak cukup solat 5 waktu?
Kenapa?

Saya ingat lagi waktu ustaz saya, ni cerita kat matrik jugak la, ustaz kata mengikut kajian, 60% umat Islam di Malaysia tak cukup solat 5 waktu. Masing-masing dalam kelas waktu tu terkejut. Lepas tu ustaz saya kata, "Tak payah terkejut la. Diri sendiri cukup tak?" Sentap beb.

Solat ni soal diri kita dengan Tuhan. Saya bukan menulis untuk menunding jari kepada sesiapa atau nak bagi ceramah. Saya menulis untuk kita semua fikir macam mana solat kita sehari-hari? Solat adalah Rukun Islam kedua selepas syahadah. Solat adalah ibadah khusus yang diwajibkan ke atas semua Muslim yang baligh & elok akalnya oleh Yang Maha Esa. Kalau kita tak buat, bukankah itu tandanya kita membantah suruhan-Nya?

17 November, 2017

Telekung Exclusive

Telekung Exclusive 

Kain cotton lembut dengan hiasan kerawang cantik tapi tak keterlaluan. Kain pun tak melekat, tak ikut bentuk badan. Paling best, bahagian kemasan kat kepala tu terletak elok ja. Takdak la risau anak rambut terkeluar kat bahagian tepi muka masa solat. 

Sangat sesuai sebagai hadiah & HANTARAN 😍

Harga 1 unit termasuk pos:
RM120 (semenanjung) / RM130 (sabah sarawak)

Nak order?
Boleh terus whatsapp Farhana, 017 226 0084
#telekungexclusive #telekunghantaran #telekungcotton

White


Green

Brown

Blue

Purple

Grey

Peach

Pink

23 Julai, 2017

Kisah Buku Biru

Artikel ni saya tulis pada 12 Mei yang lepas di Facebook saya. Dok bertagak nak kongsi di blog, hari ni baru boleh.

Hari ni saya nak cerita 1 pengalaman masa zaman sekolah menengah:

Saya jadi pengawas perpustakaan sejak Form 1-5. Alang2 suka baca buku & selalu pi library, fikir baik jadi pengawas, dapat gak merit 😁
 
Kerja saya sepanjang 5 tahun tu, kebanyakan masa saya susun buku. Punya la lama dok buat kerja yang sama sampai saya dah boleh hafal tajuk buku untuk setiap bahagian rak.1 hari, saya tengah susun buku untuk bahagian khas iaitu bahagian rak yang kita boleh baca buku kat situ je. Tak boleh bawa keluar dari bahagian tu & tak boleh pinjam. Masa tu saya perasan ada 1 buku hilang. Buku kulit tebal berwarna biru.

Saya pun naik bengang la. Dok bebel sorang2, "sapa pulak reti ambik tak reti letak balik ni?!"
Saya pun geledah setiap rak dalam bahagian tu, tengok kalau2 ada pembaca pi letak buku tu kat rak lain. Cari2 takdak jugak. Bahagian tu kosong je, tak ada pelajar lain masa tu. Lepas tu saya nampak ketua pengawas harian saya tengah baca sesuatu kat kaunter. Saya pun pergi kat dia,

Saya: Awak baca apa?

Dia: (Terkejut, terus sorok buku) Tak ada apa.

Saya: Jangan tipu saya. Saya nampak awak pegang buku warna biru. Tunjuk kat saya.

Dia: (Teragak-agak tapi terpaksa tunjuk jugak bila saya berdegil nak dia tunjuk)
Korang nak tahu tak apa buku tu? Buku kulit tebal berwarna biru tu ialah Al-Quran dengan terjemahan & ketua saya tu ialah seorang pelajar India Non Muslim.

Saya: Kenapa awak takut nak tunjuk kat saya? Al-Quran adalah kitab yang mengandungi himpunan firman Allah s. w. t, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan, dibaca oleh SEMUA manusia 😊

Dia: Awak takkan bagitau orang lain yang saya baca ni, kan?

Saya: Handle it with respect & letak balik dekat rak sebelum library tutup.

Kalau korang kat tempat saya, apa yang korang buat? Adakah korang akan biar dia baca dengan tenang, marah dia atau korang snap gambar & viralkan?

Dia salah seorang daripada kenalan saya yang curious apa tu Quran? Apa kandungan Quran? Kenapa ramai sangat benci Islam & Muhammad? Agama lain pun ada kitab tapi kenapa Quran yang selalunya digembar-gembur sebagai bacaan pengganas, dibakar, dipijak-pijak. Why? Let them read it in PEACE. Let them find what they are curious about.

Kita ni yang dah sememangnya Muslim, kita baca tak Quran? Kita faham tak isi kandungan dalam Quran? Kita beramal ke tak dengan apa yang Allah suruh buat & apa yang Allah larang? Saya tak keep in contact dengan ketua saya tu sebab lepas tu saya nampak dia approach seorang kawan lelaki dia yang Muslim. Saya doakan dia jumpa apa yang dia cari 😊

Nuzul Quran
17 Ramadhan 1438H bersamaan 12 Mei 2017

08 Mei, 2017

Produk kecantikan

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya nak kongsi 1 status yang saya letak di Facebook.

"Tok suruh beli sesuatu dari kedai. Tertulis di kedai tu, pemborong & penjual produk barangan kesihatan & kecantikan.
Rasa terkilan bila saya tengok kedai tu jual 1 produk kecantikan yang dah disenarai hitam oleh KKM kerana mengandungi hydroquinone.
Untung lebih penting dari kesihatan orang awam ke?
Apa yang orang dalam bidang kesihatan boleh buat? Ada ilmu tapi tak mampu halang perkara macam ni daripada berlaku.... Hmmm"

Ada yang sokong, ada jugak yang buat tuduhan melulu terhadap status saya. Terasa ke? Nak jual produk apa pun jual la tapi kalau jual benda yang melibatkan kesihatan & keselamatan awam, kita sebagai penjual bertanggungjawab untuk PEKA dengan kelulusan keselamatan produk yang dijual. Produk yang saya katakan ni dah viral sebab dapat notis dari KKM untuk dihentikan penjualannya serta-merta. Tapi saya masih nampak iklan di TV, masih dijual secara terbuka. Amaran atau arahan dari kementerian tu macam angin lalu saja, takdak kesan.

Post saya bukan hentam sesiapa, saya tak sebut pun nama kedai & produk. Saya tulis ni untuk ajak kita semua fikir:

1. Pengasas fikir, produk yang kita cipta tu betul-betul selamat atau tak?

2. Penjual fikir apa kandungan produk yang dijual? Dapat kelulusan yang sah atau tak?

3. Pembeli/pengguna fikir, benda yang ditepek kat muka, yang ditelan tu dapat kelulusan atau tak? Kalau yang sakit, korang ada bincang dengan doktor dulu tak? Kalau sakit korang makin teruk, penjual atau syarikat yang keluarkan produk tu ada nak tolong bayar kos perubatan ke?

4. Orang yang dalam bidang kesihatan pun fikir, ilmu kesihatan yang kita ada ni, apa sumbangannya pada masyarakat? Apa tujuan kita belajar? Adakah sekadar nak biar ilmu tu disimpan sendiri atau berlegar-legar di kalangan ilmuwan yang sebulu dengan kita saja?

Walaupun kawan-kawan saya yang dalam bidang kesihatan kebanyakannya membisu seribu bahasa tentang isu ni tapi saya akan bagitau jugak. Apa yang kita masukkan ke dalam mulut akan bagi kesan pada kesihatan tubuh badan. Sama jugak benda yang kita tepek di kulit bila benda tu meresap masuk ke salur darah.

Produk kecantikan yang mengandungi merkuri & hydroquinone bila kita pakai secara berterusan boleh menyebabkan pengumpulan bahan tu di hati dan ginjal (buah pinggang). Kedua-dua organ ni sangat penting untuk buang bahan toksik daripada tubuh badan. Kalau rosak, apa jadi? Untuk wanita mengandung pulak, keadaan boleh jadi lebih teruk sebab merkuri boleh menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Berbaloi ke cantik tapi anak yang tak bersalah tu menderita?

Hal ni bukan main-main, bukan saja-saja saya tulis. Dalam Facebook saya ada ramai sangat penjual produk kecantikan yang saya pasti majoriti tak ambil tahu pun bahan yang ada dalam tu & soal keselamatan produk. Saya lebih terkilan bila mereka yang ada ilmu dalam bidang kesihatan pun tak peka dengan keselamatan produk yang dijual. Jadi, saya tulis status untuk ketuk minda semua yang terlibat.

Kalau rajin nak baca artikel saintifik, boleh tengok sini:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4788657/
http://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/mercury_flyer.pdf

Waallahua'lam. =)

30 April, 2017

Ibu


Apa yang korang fikir bila baca tajuk artikel saya kali ni?

Saya agak kebanyakan korang akan teringat pada ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan korang, kan?

Macam-macam panggilan yang digunakan pada seorang ibu. Ada yang panggil ibu, mak, umi, mommy, mama, omma =)

Siapa di antara korang yang membesar dengan ibu lain selain dari ibu kandung?

Saya dijaga oleh nenek dan ibu saudara sejak kecil bila ibu kandung saya pergi bekerja. Jadi, boleh dikatakan pada kebanyakan masa, saya bersama dengan bukan ibu kandung. Nenek saya lebih tahu tentang saiz baju saya, ibu saudara saya lebih tahu tentang perubahan mood saya. Dan 1 perkara lagi, kedua-duanya ada persamaan dengan ibu kandung.

Walaupun mereka tak lahirkan kita, mereka juga akan cepat risau kalau kita tak makan atau kalau kita takdak benda nak makan. Kadang tu, diorang kata ja malas nak masak, suruh kita belajar berdikari la tapi kalau lagi 3 jam nak masuk waktu makan & takdak benda atas meja, diorang akan pergi masak. Padahal kita dok pikiaq lagi 10 minit nak makan nanti baru pi buat nasi goreng =D

So true.

Dan satu lagi, korang tahu tak yang diorang akan terasa hati, kecil hati kalau korang tinggi suara dengan diorang? Apa saja yang buat ibu kandung terasa, benda tu juga boleh membuatkan ibu saudara dan nenek terasa terutama sekali kalau diorang jaga korang masa kecil.

Kawan saya sendiri pernah cerita yang dia menangis bila anak saudara dia tinggi suara dengan dia. Walaupun itu bukan anak kandung dia tapi itu anak abang kandung dia yang dibesarkan dengan tangan dia. 

Jadi untuk mereka yang kehilangan ibu kandung, saudara perempuan bagi ayah & ibu korang adalah ibu korang juga. Takdak alasan untuk kita abaikan diorang. Allah dah tarik nikmat doa ibu kandung yang hidup jadi jangan sia-siakan ibu saudara atau nenek yang kita ada. Kalau diorang tu berperangai buruk, tu lain cerita la. Yang penting, kita hormat diorang macam kita hormat ibu kandung sendiri.

Saya belum jadi ibu, saya tak boleh nak faham sepenuhnya perasaan seorang ibu cuma saya cuba terima apa yang diorang rasa. Korang yang baca artikel ni, mungkin korang boleh muhasabah balik tentang hubungan korang dengan ibu saudara, ibu susuan, nenek & bekas pengasuh korang. Terpulang la korang nak buat macam mana cuma ingat la yang mereka itu punya rasa sayang terhadap korang seperti ibu kandung. Walaupun tak sama tapi....... rasa itu ada.

Waallahua'lam.

27 April, 2017

Miskin yang sabar atau kaya yang syukur?

Yuhuuu, lama tak jumpa..... hehehe... Bukan apa, kadang tu ada saja idea nak menaip tapi tangguhkan, buat kerja lain. Lepas tu lupa pulak nak tulis apa & perkara ni berlarutan sampai beberapa bulan, tu yang nampak senyap je. Hari ni saya nak kongsi cerita di Facebook saya.

Semalam saya ada post soalan ni. Yang mana lebih baik antara:

1. Orang miskin yang bersabar

2. Orang kaya yang bersyukur

Rata-rata rakan Facebook saya jawab, dua-dua baik. Memang betul kedua-duanya baik tapi, mengikut agama, orang kaya yang bersyukur itu lebih baik. Sebab bila dia bersyukur, hubungan dengan Allah
terjaga & pada masa yang sama, dia boleh bagi manfaat, bantuan kepada ramai orang lain yang dalam kesusahan. 

Seperti mana yang ditonjolkan oleh isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Bin A'ffan, Abdurrahman Bin Auf & etc. 6 daripada 10 orang sahabat Nabi yang dijamin syurga adalah terdiri daripada orang kaya yang kekayaan mereka, kita masih boleh tengok pada tanah wakaf & hotel wakaf yang dimajukan di Madinah sekarang ni. Keberkatan kekayaan mereka tu berpanjangan walaupun selepas 1000 tahun mereka meninggal dunia.

Orang kaya boleh bayar banyak wang zakat & dengan zakat itu boleh tolong orang yang susah seperti ilmu & modal berniaga untuk golongan ibu tunggal. Nampak tak macam mana orang kaya yang bersyukur ini boleh membantu menaikkan ekonomi umat Islam?

Sekadar perkongsian daripada saya, setakat ilmu yang saya belajar. Waallahua'lam. =)

22 Januari, 2017

FOKUS

Assalamualaikum. Hai semua pembaca (bajet ramai la sangat yang baca...hahahaha)

Hari ni saya cuma nak kongsi tentang macam mana kita nak kekalkan momentum semangat dalam kita berusaha untuk capai misi hidup kita. Okay, as a Muslim, semestinya misi hidup kita ialah berjaya kembali ke kampung asal iaitu syurga yang abadi. Itu misi utama tapi nak capai ke arah tu, banyak jalan. Setiap orang dari kita ni tak sama pada kelebihan & kekurangan yang Allah bagi iaitu dari segi sikap, pencapaian akademik, kemahiran & sebagainya.

Bagi pendapat saya, saya cerita berdasarkan apa yang saya buat selama ni, kita kena FOKUS pada kerja kita. Fokus pada kelebihan diri, kekurangan diri & gol yang kita nak capai. Saya ingat lagi masa saya kecil dulu, family saya selalu bandingkan diri saya dengan anak-anak orang lain. Kenapa anak orang tu boleh dapat A tapi saya tak dapat? Kenapa anak yang lain boleh melompat tapi saya tak pandai melompat? Kenapa itu kenapa ini. Saya sangat stres & saya selalu rasa diri saya macam tak berguna. Tapi nasib baiklah masa zaman saya kanak-kanak ada banyak lagu nasyid ketuhanan jadi bila saya rasa stres, saya banyak ke arah ingat Tuhan. Saya baca Quran dengan tafsir sekali, dari situ saya dapat zat motivasi. Yang paling penting dalam hidup ni bukanlah pandangan orang lain tapi pandangan Allah pada diri kita.

Apa yang Allah suruh, kita buat. Apa yang Allah larang, kita jauhkan diri, jangan buat. Dan apa pun kelebihan, minat & kemahiran yang kita ada, kita gunakan ke arah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Seriously saya kesian dengan kawan-kawan yang suka bagi tekanan pada diri sendiri dengan membandingkan pencapaian diri dia & orang lain. Saya pun kadang-kadang macam ni jugak tapi saya tak biarkan diri saya hanyut terlalu lama dalam keadaan macam tu. Contoh bila saya dapat pointer yang tinggi, kawan saya stres sebab dia tengok saya tidur lebih lama & study lebih relaks dari dia tapi pencapaian saya lebih baik. Saya pernah bagitau dia, pencapaian saya baik bukan sebab saya pandai. Saya tak rasa saya pandai pun, saya cuma fokus. Saya tak peduli pasal pointer orang lain. Bila saya belajar, saya belajar sebab saya minat, saya suka nak tahu tentang sesuatu fakta & juga sebab saya nak capai target pointer untuk melayakkan diri terima biasiswa. Sebab saya sedar family saya tak mampu nak support saya belajar ke peringkat lebih tinggi kalau tak dapat bantuan pelajaran. Saya pula memang demand tak nak ambil pinjaman sebab saya tak suka berhutang. Buat pening kepala je nak bayar lepas belajar.

Ada orang kata kita tengok kejayaan & pencapaian orang lain sebagai cabaran untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang. Bagi saya, terpulang pada diri sendiri. Kalau awak rasa awak lebih bersemangat dengan cara tu, ikut suka awak. Kalau saya, saya tak suka dengan cara tu. Cabaran yang buat saya sentiasa berusaha ialah masalah hidup yang saya hadapi. Saya fokus pada macam mana nak selesaikan masalah hidup saya & bertahan sehingga saya menghembuskan nafas terakhir & kembali ke rahmatullah dengan jayanya. Itu fokus saya. Saya tak perlu tengok pencapaian orang lain untuk buat saya rasa tercabar. Sebab bagi saya, kalau saya buat macam tu, saya akan rasa sangat tertekan macam zaman kanak-kanak saya dulu. Saya tak nak. Serik.



Kesimpulannya hidup lebih tenang bila kita hanya fokus pada kerja & pencapaian diri sendiri. In terms of finding source to boost up motivation, since childhood I prefer to search in the Quran or reading about Prophet Muhammad pbuh & his companion. Jarang sangat saya ambil tahu pasal pencapaian orang lain atau tokoh lain, tak kira la tokoh pelajar, tokoh negara, tokoh belia ke melainkan cerita tokoh tu masuk dalam soalan periksa