30 April, 2017

Ibu


Apa yang korang fikir bila baca tajuk artikel saya kali ni?

Saya agak kebanyakan korang akan teringat pada ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan korang, kan?

Macam-macam panggilan yang digunakan pada seorang ibu. Ada yang panggil ibu, mak, umi, mommy, mama, omma =)

Siapa di antara korang yang membesar dengan ibu lain selain dari ibu kandung?

Saya dijaga oleh nenek dan ibu saudara sejak kecil bila ibu kandung saya pergi bekerja. Jadi, boleh dikatakan pada kebanyakan masa, saya bersama dengan bukan ibu kandung. Nenek saya lebih tahu tentang saiz baju saya, ibu saudara saya lebih tahu tentang perubahan mood saya. Dan 1 perkara lagi, kedua-duanya ada persamaan dengan ibu kandung.

Walaupun mereka tak lahirkan kita, mereka juga akan cepat risau kalau kita tak makan atau kalau kita takdak benda nak makan. Kadang tu, diorang kata ja malas nak masak, suruh kita belajar berdikari la tapi kalau lagi 3 jam nak masuk waktu makan & takdak benda atas meja, diorang akan pergi masak. Padahal kita dok pikiaq lagi 10 minit nak makan nanti baru pi buat nasi goreng =D

So true.

Dan satu lagi, korang tahu tak yang diorang akan terasa hati, kecil hati kalau korang tinggi suara dengan diorang? Apa saja yang buat ibu kandung terasa, benda tu juga boleh membuatkan ibu saudara dan nenek terasa terutama sekali kalau diorang jaga korang masa kecil.

Kawan saya sendiri pernah cerita yang dia menangis bila anak saudara dia tinggi suara dengan dia. Walaupun itu bukan anak kandung dia tapi itu anak abang kandung dia yang dibesarkan dengan tangan dia. 

Jadi untuk mereka yang kehilangan ibu kandung, saudara perempuan bagi ayah & ibu korang adalah ibu korang juga. Takdak alasan untuk kita abaikan diorang. Allah dah tarik nikmat doa ibu kandung yang hidup jadi jangan sia-siakan ibu saudara atau nenek yang kita ada. Kalau diorang tu berperangai buruk, tu lain cerita la. Yang penting, kita hormat diorang macam kita hormat ibu kandung sendiri.

Saya belum jadi ibu, saya tak boleh nak faham sepenuhnya perasaan seorang ibu cuma saya cuba terima apa yang diorang rasa. Korang yang baca artikel ni, mungkin korang boleh muhasabah balik tentang hubungan korang dengan ibu saudara, ibu susuan, nenek & bekas pengasuh korang. Terpulang la korang nak buat macam mana cuma ingat la yang mereka itu punya rasa sayang terhadap korang seperti ibu kandung. Walaupun tak sama tapi....... rasa itu ada.

Waallahua'lam.

27 April, 2017

Miskin yang sabar atau kaya yang syukur?

Yuhuuu, lama tak jumpa..... hehehe... Bukan apa, kadang tu ada saja idea nak menaip tapi tangguhkan, buat kerja lain. Lepas tu lupa pulak nak tulis apa & perkara ni berlarutan sampai beberapa bulan, tu yang nampak senyap je. Hari ni saya nak kongsi cerita di Facebook saya.

Semalam saya ada post soalan ni. Yang mana lebih baik antara:

1. Orang miskin yang bersabar

2. Orang kaya yang bersyukur

Rata-rata rakan Facebook saya jawab, dua-dua baik. Memang betul kedua-duanya baik tapi, mengikut agama, orang kaya yang bersyukur itu lebih baik. Sebab bila dia bersyukur, hubungan dengan Allah
terjaga & pada masa yang sama, dia boleh bagi manfaat, bantuan kepada ramai orang lain yang dalam kesusahan. 

Seperti mana yang ditonjolkan oleh isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Bin A'ffan, Abdurrahman Bin Auf & etc. 6 daripada 10 orang sahabat Nabi yang dijamin syurga adalah terdiri daripada orang kaya yang kekayaan mereka, kita masih boleh tengok pada tanah wakaf & hotel wakaf yang dimajukan di Madinah sekarang ni. Keberkatan kekayaan mereka tu berpanjangan walaupun selepas 1000 tahun mereka meninggal dunia.

Orang kaya boleh bayar banyak wang zakat & dengan zakat itu boleh tolong orang yang susah seperti ilmu & modal berniaga untuk golongan ibu tunggal. Nampak tak macam mana orang kaya yang bersyukur ini boleh membantu menaikkan ekonomi umat Islam?

Sekadar perkongsian daripada saya, setakat ilmu yang saya belajar. Waallahua'lam. =)