19 Mei, 2018

Terima kasih Cikgu 2018

Assalamualaikum...hai

Sepatutnya artikel ni saya share pada 16 Mei yang lepas sempena Hari Guru tapi, saya post di Facebook saja. Lupa pulak nak copy ke sini 😅

Dulu, ada pensyarah baru yang mengajar kuliah saya. Cara dia mengajar memang tak confident. Baca dari slide PowerPoint , buka buku atas meja, percakapan pun gagap.

Sampai la suatu hari, kat bahagian bab yang agak susah nak faham, semua pelajar dalam kuliah tu dah mula bising, marah. Tak puas hati dengan penyampaian pensyarah ni. Pensyarah saya tu muka cuak sangat, dah macam nak nangis. 

Masa tu, saya dengan kawan yang duduk kiri kanan ja yang boleh faham apa pensyarah tu cakap. Mungkin sebab kitorang ada baca sikit & berbincang pasal bab tu sebelum kuliah.

Pensyarah saya dah memang tak tau lagi nak cakap macam mana, dia minta tolong sesiapa yang faham untuk terangkan kat depan. Kawan saya dok siku saya suruh cuba. Mulanya saya tak nak la, dok fikir, BI aku pun tunggang langgang, macam mana orang nak faham.

Tapi kawan saya cakap, "Hang terang kat aku, aku boleh faham. Mesti orang lain pun boleh faham." Lagipun, selagi tak selesai benda ni, terbuang masa kuliah macam tu ja. 

Saya pun angkat tangan & berjalan ke depan. Saya cakap kat pensyarah, biar saya cuba. Pastu saya pun terangkan la setakat mana yang saya faham. Alhamdulillah, masin mulut kawan saya, they got the point. Pensyarah pun lega sebab semua pelajar dah diam, dia boleh sambung kuliah. 

Sejak tu, saya cuba untuk tak bising dalam kuliah atau tarik muka bila mana saya tak puas hati dengan penyampaian pensyarah atau mana-mana pembentang. It is not easy to stand up & deliver speech infront hundred people. Have mercy. Tambah nak bagi semua faham, memang banyak berdoa la. Nak puaskan hati semua orang, mustahil. 

Saya tak tau pensyarah tu ada lagi ka tak. Tak ingat pun nama dia tapi saya ingat, masa dia minta maaf sebab penyampaian dia tak bagus, saya cakap "Takpe, cikgu baru lagi. Keep it up, Cikgu".
Gaya macam aku pulak yang jadi pensyarah 😂

Terima kasih, Cikgu!

11 Mac, 2018

International Women's Day

Sepatutnya saya tulis artikel ni pada 8 Mac yang lepas tapi dah terlepas. Kalau dah lupa tu, tak boleh buat apa la ya. Saya post isi artikel di Instagram & Facebook sebab saya rasa kita boleh belajar sesuatu dari sini 😃

Masa saya kat Jepun dulu, kalau tak silap, saya pergi Jepun pada April 2014. Kat sana, saya ada dapat permintaan untuk buat pertunjukan/persembahan kebudayaan. Nak baca sajak atau syair, depa tak faham Bahasa Melayu pulak. Nak menari, memang tak la. Saya cakap, saya boleh la buat pertunjukan silat cekak yang simple. Ada kawan yang lain, mereka buat persembahan dikir barat.

Sejujurnya, saya rasa persembahan silat saya agak sumbang sebab dah lama tak berlatih & kat sana pun, saya tak ada masa & ruang nak berlatih dengan 2 orang kawan lain. Jadual program kami sangat padat. But Alhamdulillah, they enjoy it so ok la. Bapa angkat saya kat sana adalah orang bukan Islam. He's a Buddhist. Bila dia tengok saya bersilat, dia agak terkejut sebab dia kata yang dia tak tahu perempuan Muslim bertudung macam saya boleh belajar seni mempertahankan diri.

So I said, in Islam, women are allowed to learn in the university, she can involve in sports or learn martial art as much as she want. But of course, we have guidelines to follow in order to protect our modesty.

I forgot to tell him that one of the greatest Muslim fighter in the history is a woman. Khawlah Al Azwar.

Saya tak terkejut langsung dengan soalan dari bapa angkat tu sebab memang banyak salah faham tentang wanita & hak wanita dalam Islam sama ada dari kalangan non Muslim atau Muslim sendiri. Rata-rata wanita Muslim pun tak tahu hak dia. Ini kata-kata daripada pensyarah saya di USM yang ajar saya tentang Tafsir Quran. Tapi untuk kali ni, cukup setakat ni ja la saya share 😌

#internationalwomensday #respectyourself


02 Mac, 2018

Alas kerusi exclusive

Kadang tu kerusi kayu dah bercalar, kusyen kereta pun dah kusam. Nak beli baru mahal kan. Boleh je upgrade kecantikan kerusi tu dengan alas ni.

LEBIH TEBAL kalau dibandingkan dengan alas kerusi patchwork
LEBIH GEBU. Material ala-ala baldu gitu. Selesa bila guna sebagai alas kerusi kayu atau rotan.. 

Harga termasuk pos:
RM70 (semenanjung)/ RM80 (Sabah Sarawak)

Nak order atau nak tengok corak lain?
Boleh terus whatsapp Farhana, 017 226 0084





21 Februari, 2018

Pilih menu

Ramai orang beranggapan orang Islam ni kena makan benda yang halal, yang ada cop halal. Daging babi tak boleh makan. Ini fahaman secara asas la. Betul. Cuma sebenarnya, nak pilih menu untuk orang Islam ni lebih dari sekadar itu.

Selain daripada yang ada cop halal, kita kena selidik jugak dari mana kita dapat duit untuk beli makanan. Adakah hasil gaji dari pekerjaan kita, bukan rasuah? Kerja kita pulak macam mana, kita buat kerja dengan betul ke tidak? Kalau kita ambil rasuah, lepas tu beli beras bagi ahli keluarga makan, walaupun beras tu jadi nasi yang halal dimakan tapi sumber duit yang kita dapat tu haram, makanya tetap haram. Ahli keluarga yang tak tahu, diorang tak berdosa, But still, we cannot expect goodness come out from our kids.

Kalau kita makan benda yang baik-baik, InsyaAllah akhlak yang baik jugak keluar dari diri kita. Kalau makan benda yang haram, dari sumber pendapatan yang haram, akhlak buruk la yang keluar dari diri kita. Nak terima ilmu pun susah.

Teringat pesan ustaz saya dulu, ada sorang kawan ni, punya la lama dia tak boleh hafal ayat hafazan. Ayat pendek saja. Orang lain semua dah settled. Ustaz kata, "Balik rumah nanti, tanya ayah. Dari mana ayah dapat duit, bagi saya makan?" Ni cerita 10 tahun lepas, kalau zaman la cikgu pesan lagu tu, tak tau la mak ayah boleh terima ka tak. Tapi bagi saya, pesanan tu satu pengajaran la untuk kita.

Mak saya pun pernah cerita, dia bertugas untuk luluskan tender kantin sekolah. Jadi mak saya memang sangat tegas tentang apa benda yang dia dapat. Ada la pihak kantin yang bagi makanan percuma dekat mak. Mak saya tanya, adakah dia seorang saja yang dapat atau hari ni pihak kantin tu memang nak bagi sedekah kat semua guru & pelajar? Kalau dia saja yang dapat, mak saya tak terima. Dia cakap siap-siap, saya hanya luluskan tender kantin untuk orang yang layak. Selagi mana kamu buat kerja dengan elok, sajikan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan, kamu layak dapat tender ni. Apa benda yang saya nak dari kantin kamu, saya akan bayar sama macam cikgu lain.

Cakna dengan apa yang masuk dalam mulut kita & ahli keluarga 😊

14 Februari, 2018

Cadar patchwork fitted

Terlalu sibuk & penat, TAK SEMPAT KEMAS KATIL?
Rimas bila cadar TAK KEMAS & CEPAT BERKEDUT?

Mudah je nak selesaikan masalah ni

Jom TUKAR cadar lama kepada CADAR PATCHWORK 100% COTTON yang GEBU 😍

1. TAK PERLU susah-payah nak kemas katil sebab cadar ni tak begerak-gerak masa tidur. Sentiasa kemas

2. TAK STRESS pun kalau anak naik melompat atas katil sebab cadar tak berkedut

3. TIDUR LENA sebab material kain GEBU & SANGAT SELESA

4. MUDAH DICUCI. Cadar ni boleh dicuci dengan mesin basuh & cepat kering bila dijemur.

Berminat nak dapatkan cadar yang best ni??
Boleh terus whatsapp 017 226 0084

Harga termasuk postage:
RM 110 (SM)/ RM 130 (SS)












10 Februari, 2018

Haruan makan anak

Artikel kali ni bukanlah nak cerita secara fizikal tentang ikan haruan. Nak cerita kes berat sikit yang makin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat. Seorang lelaki selaku ayah, abang atau datuk yang sepatutnya menjadi wali/pelindung pada ahli keluarga perempuan bertindak mencabul kehormatan perempuan di bawah jagaan mereka.

Saya diasuh oleh ibu saudara (kakak kepada ayah saya). Bila saya baca berita tentang hal macam ni, saya cakap terima kasih kat mak lang sebab masa saya kecil dulu, dia ajar saya bahagian mana yang orang tak boleh tengok & tak boleh sentuh.

Dia cakap terus-terang, kalau ada mana-mana lelaki yang sentuh termasuk datuk, adik lelaki, bapa saudara atau sepupu, bagitau mak lang & umi (ibu). Dia pun ajar saya cara mempertahankan diri sikit & umi pulak pesan baca doa, sentiasa minta Allah tolong jaga kehormatan diri kita. This is a very important matter that a MOTHER should teach. Nak jadi ibu, tak cukup sekadar penyayang. Kena bijak jugak.

Saya rasa sangat sedih bila baca berita anak-anak perempuan yang dirogol oleh ayah sendiri. Ada kes yang ibu mangsa pun tahu tapi diam. Sangat mengecewakan. Saya nak cakap banyak pun rasa tak layak, tak berani sebab saya belum jadi ibu. Cuma kat sini saya nak kongsi tentang didikan yang saya terima masa kecil. Hopefully, this sharing could raise awareness in order to protect our daughter, sister, mother.......

1. Sebolehnya bagi anak perempuan, sejak dia lahir, biar la ibu atau ahli keluarga perempuan lain yang mandikan & pakaikan baju. Masa dalam pantang, kalau tak ada orang lain, mungkin boleh la minta tolong si ayah kejap untuk mandikan.

2. Bila anak dah boleh faham cakap kita, ajar dia tentang malu. Umur 3 tahun, jangan la biar dia ke hulu ke hilir dengan pampers saja, berlari tanpa baju atau londehkan pakaian depan orang lelaki termasuk depan si ayah. Faham ya bila saya kata LELAKI. Ayah tu pun lelaki.

3. Ajar dia tentang bahagian badan yang mana mahram boleh tengok, yang mana mahram tak boleh tengok. Bahagian mana yang mahram boleh sentuh, bahagian mana yang mahram tak boleh sentuh.

4. Ingatkan anak perempuan, kalau ada sesiapa yang sentuh di bahagian badan yang terlarang atau sentuhan yang dia tak selesa, bagitau ibu.

5. Serapat mana pun seorang anak perempuan dengan ayah, jangan bagi dia tidur sekatil sebantal dengan ayah bila dia dah masuk tadika. Masa ni dah boleh ajar dia beza batas antara lelaki & perempuan.

Seorang ibu kena kuat & bijak. Anak ini tanggungjawab. Kalau dia tak mampu nak jaga kehormatan diri dia, kita kena tolong jaga. Tolong ajar dia. Ada ibu-ibu yang takut nak buka mulut sebab takut suami kena tangkap, tak ada orang yang nak bagi nafkah. Hmmm... rezeki kan Allah yang bagi. Sebab tu saya kata ibu kena kuat & bijak. Tahu berdiri sendiri & mampu lindungi anak-anak. Anak tu perempuan, kita pun perempuan. Kalau kita tak suka orang sentuh kita dengan paksaan, macam mana kita boleh biarkan darah daging kita dicabul kehormatan?

Selebihnya, lepas berusaha, berserahlah pada Allah. Dia sebaik-baik pelindung.


08 Februari, 2018

Karpet 3D patchwork

Ambooii... tu dia setepek bunga kat ruang tamu, bukan main besar lagi 😘

Ni koleksi Karpet 3D Saiz L (200 X 230 cm), 100% cotton

Karpet ni ringan, mudah dicuci. Saya sendiri cuci guna mesin basuh baju yang kat rumah saja. Karpet ni pun tak berbulu, tak perangkap habuk. Memang sesuai kalau ada anak-anak yang alergik dengan habuk. 

Selesa guna untuk baring-baring sambil tengok tv. 

Harga termasuk postage:
RM 130 (semenanjung)/ RM145 (sabah sarawak)

Nak order atau nak tengok corak lain?
Boleh terus whatsapp 0172260084

Banyak lagi corak yang ada tau











03 Februari, 2018

Gelap mata

Hari ni nak cerita sikit pasal satu pengalaman kat uni. Masa tu saya ditugaskan untuk cari sponsor & sediakan hadiah bagi satu pertandingan. Alhamdulillah, murah rezeki, ada la syarikat besar yang sudi nak sponsor hadiah berupa barangan peribadi macam sabun, ubat gigi.... Banyak la dapat. Kiranya kitorang tak perlu minta duit program untuk beli hadiah lain atau kenakan yuran untuk pertandingan tu.

Lepas ambil hadiah kat gudang syarikat, saya pun tunjuk kat lecturer & AJK lain. For a second, kitorang gelap mata tengok hadiah-hadiah tu. Barang-barang yang kitorang dapat tu memang dari brand yang terkenal la. Berkualiti. Saya ingat lagi lecturer saya cakap, "Kita yang pegang hadiah ni pun dah gelap mata, apatah lagi orang yang berkuasa pegang duit berjuta-juta ringgit. Kalau tak kuat iman, tu yang orang pecah amanah."

Kami masing-masing pakat tolak menolak. Siapa pun tak nak, tak berani jaga hadiah tu. Akhir sekali, sebulat suara, saya yang kena jaga sebab ruangan kerja saya saja yang ada tempat kosong untuk simpanan. Saya sealed terus semua kotak besar yang ada hadiah & seal tu hanya dibuka depan semua orang bila kitorang nak balut.

Sejak tu, bila saya baca atau tengok berita pasal rasuah, salah guna kuasa, seleweng duit jabatan bagai, saya takut nak kutuk lebih-lebih. Harap sangat tak diuji macam diorang. Semoga Allah ikat hati & tangan kita daripada makan duit haram walau betapa susah pun hidup kita. Tak berbaloi kenyang sementara di dunia tapi kena campak masuk neraka kat akhirat nanti.

01 Februari, 2018

Karpet patchwork

Karpet patchwork jadi kegilaan ramai sebabnya 😍:

1. Tak berbulu, tak perangkap habuk
2. Ringan. Senang nak ubah ke ruang tamu atau dalam bilik
3. Mudah dicuci. Guna mesin basuh kat rumah pun boleh
4. Selesa guna untuk baring-baring sambil tengok tv

Karpet patchwork saiz M (160 X 210 cm) 

Harga seunit termasuk pos:
RM 110 (semenanjung) / RM 130 (sabah sarawak)

Nak order?
Boleh terus whatsapp Farhana,  017 226 0084











26 Januari, 2018

Bahagia

Semalam saya memang struggle nak betulkan bahagian discussion tesis. Bila kita tulis, lepas tu baca sendiri, kita boleh rasa macam ada benda yang tak kena. Ada something yang kita miss. Dan benda yang biasa berlaku waktu saya belajar ialah saya akan rasa penat sangat. 

Walaupun physically tak nampak macam saya berlari tapi mentally, saya rasa neuron kat otak dok main kejar-kejar, sibuk bekerja. Mana taknya, baca satu artikel, dapat satu klu. Cari lagi. Dapat lagi 1 klu, cari lagi. Macam tu la saya tulis tesis sampai bila saya baca, saya rasa puas hati dengan explaination yang ada. 

Lepas tu tiba-tiba teringat masa zaman degree. Biasanya bila saya buat kerja dengan baik, sebelum balik asrama, saya akan belanja diri sendiri. Ada kedai kek kat Maju Junction masa tu, pergghhh sedap la kek buah dia. Harga pun ok. Tapi 2 tahun lepas saya pi, kedai tu dah takde. sedeyyy... Semalam memang rasa teringin gila nak makan kek. Dok terbayang la chocolate indulgence, fruitilicious, oreo cheese cake.....ya ampunnnn... 😭

Tapi dok fikir jugak, kek tu mahal. Nak keluar dari rumah pun, kena drive. Harga minyak pun dah mahal. Hmmmm..... Dok je la rumah, makan roti sapu coklat.

Pagi tadi, tok saya buat cekodok pisang. Sedap. Pisang tu dah ranum, manis la. You know what,

Kadang tu kau rasa bila dapat makan kek mahal, kau akan bahagia. Padahal sebenarnya bila kau bersyukur dengan rezeki cekodok depan mata, kau boleh bahagia jugak. Perut pun kenyang. 

Bak kata Mufti Menk:
Don't fall into the trap of Satan who makes you believe that happiness comes with getting all that your heart desires. This is simply not true. Happiness is enjoying all that you have been blessed with.

14 Januari, 2018

Alas kerusi patchwork

Kadang tu kerusi kayu dah bercalar, kusyen kereta pun dah kusam. Nak beli baru mahal kan. Boleh je upgrade kecantikan kerusi tu dengan alas ni

Walaupun nama dia alas kerusi tapi sebenarnya boleh juga dijadikan runner meja kopi atau macam-macam lagi gaya hiasan dalaman rumah. Terpulang pada kreativiti masing-masing. Alas ni pun mudah dicuci, masuk je dalam mesin basuh. 

#alaskerusikereta #pelapikkerusikereta #patchwork #farhanaeen

Harga termasuk pos:
RM55 (semenanjung)/ RM65 (Sabah Sarawak)

Nak order atau nak tengok corak yang lain dari yang saya post di sini:
Boleh terus pm atau whatsapp Farhana, 017 226 0084







10 Januari, 2018

Amanah

Bulan lepas saya senyap sebab saya tak ada kat Malaysia. Saya travel ke Prague, Sarajevo & Istanbul. Dah lama plan nak travel sebenarnya & memandangkan sepupu saya ada belajar di Ireland makanya saya, adik & 2 orang mak saudara ambil keputusan nak travel dengan sepupu tu masa dia cuti musim sejuk. Lagi pun semua tak pernah tengok salji depan mata sendiri jadi kami memang teruja la.

Soalan pertama, kita nak pi macam mana?

Aiyoyo...semua pun tak pernah beli tiket flight sendiri ke luar negara. Saya ni, setakat dalam Malaysia pandai la sebab memang biasa fly ke KL atau Kelantan. Jadi kami pun fikir baik beli dengan kenalan yang ada buka syarikat pelancongan. Kami pun cerita la dari Malaysia nak ke Prague lepas tu balik dari Istanbul ke Malaysia. Lepas bayar duit tiket flight pi balik sebanyak RM3500, kami dapat la pengesahan email dari syarikat penerbangan.

Ok, settled (dok fikir macam ni la)

Kami bincang sesama sendiri, demi nak jimatkan kos, perantaraan perjalanan antara Prague-Sarajevo-Istanbul, kami mula-mula rancang nak naik bas atau keretapi. Tapi lepas tu tak jadi. Sepupu saya sorang ja laki, kami yang lain semua perempuan so dia takut kalau jadi apa-apa tengah jalan. Rasa macam naik flight lebih selamat. Takpe la. Kami pun beli tiket flight yang lain sendiri. Banyak hari jugak la stuck sebab tiket flight Air Serbia dari Prague ke Sarajevo tu, kami tak boleh bayar dari Malaysia. Mujur sepupu ada bank Europe, bayar melalui bank dia la. Berpeluh-peluh kitorang usaha. 

Nak jadi cerita, semua tiket flight yang lain ok tapi beberapa hari sebelum nak fly dari Malaysia ke Prague, syarikat pelancongan yang kitorang bayar tu kata ada staf dia buat salah, pi cancel flight kitorang. Ah, sudah. Rasa macam nak meletup dada ni. Saya cakap, kitorang dah bayar & dah ambil cuti bagai. Apa pun yang jadi, tiket flight pergi sana pada tarikh yang kitorang dah tetapkan kena ada. Gila kau. Semua tiket flight lain & penginapan dah settled, alih-alih bahagian ni pulak bermasalah.

2 jam sebelum kami bertolak dari Penang untuk ke KLIA, tiket flight masih tak nampak bayang. Rasa marah memang la tapi saya masih kawal sebab kalau bertekak sekali pun, masalah tak selesai. Mujur ada mak saudara & sepupu lain yang tolong beli tiket flight lain untuk kitorang. Tapi memang mahal gila la. Dah macam orang kaya, hari ni buat keputusan nak pi oversea, hari ni jugak beli. Padahal isu sebenarnya, kitorang macam dah kena tipu. 

Soal amanah, jangan buat main la. Sekali khianat, sampai mati orang takkan percaya lagi terutamanya pasal duit. Adakah kitorang akan diam? Nahi kabhi nahi. Kitorang akan fight untuk dapatkan balik duit tu. Diorang kata refund ambil masa 2-3 bulan. Entah la betul ke tak tapi mana diorang nak lari haa? Kitorang akan kejar sampai dapat balik duit tu. Saya ni bukan la jenis nak jaja buruk orang tapi kalau ada orang lain yang tanya personally dengan saya, ok tak berurusan dengan syarikat tu, saya akan kata TAK OK. Walaupun saya dah dapat duit balik. Kebenaran memang pahit tapi kesalahan yang diorang buat ni memang besar & saya takkan benarkan kesalahan yang sama dibuat pada orang lain terutamanya keluarga saya. 

Pengajarannya:
1. Percaya dengan diri sendiri. Belajar beli tiket flight sendiri. Tak susah pun sebenarnya kalau kita tahu cara transaksi. Mungkin saya akan tulis pasal ni kemudian. Kalau tulis buat buku tips ke luar negara pada musim sejuk secara backpacker, ok tak? 😁

2. Sekali kita ada masalah berurusan pasal duit dengan seseorang, sampai bila pun jangan percaya dah pasal duit dengan dia. Tak kira la family, kawan atau sesiapa la. Maaf boleh tapi kena cerdik. Jangan jatuh lubang yang sama 2 kali.

Sarajevo memang sejukkkk....brrrr