26 Januari, 2018

Bahagia

Semalam saya memang struggle nak betulkan bahagian discussion tesis. Bila kita tulis, lepas tu baca sendiri, kita boleh rasa macam ada benda yang tak kena. Ada something yang kita miss. Dan benda yang biasa berlaku waktu saya belajar ialah saya akan rasa penat sangat. 

Walaupun physically tak nampak macam saya berlari tapi mentally, saya rasa neuron kat otak dok main kejar-kejar, sibuk bekerja. Mana taknya, baca satu artikel, dapat satu klu. Cari lagi. Dapat lagi 1 klu, cari lagi. Macam tu la saya tulis tesis sampai bila saya baca, saya rasa puas hati dengan explaination yang ada. 

Lepas tu tiba-tiba teringat masa zaman degree. Biasanya bila saya buat kerja dengan baik, sebelum balik asrama, saya akan belanja diri sendiri. Ada kedai kek kat Maju Junction masa tu, pergghhh sedap la kek buah dia. Harga pun ok. Tapi 2 tahun lepas saya pi, kedai tu dah takde. sedeyyy... Semalam memang rasa teringin gila nak makan kek. Dok terbayang la chocolate indulgence, fruitilicious, oreo cheese cake.....ya ampunnnn... 😭

Tapi dok fikir jugak, kek tu mahal. Nak keluar dari rumah pun, kena drive. Harga minyak pun dah mahal. Hmmmm..... Dok je la rumah, makan roti sapu coklat.

Pagi tadi, tok saya buat cekodok pisang. Sedap. Pisang tu dah ranum, manis la. You know what,

Kadang tu kau rasa bila dapat makan kek mahal, kau akan bahagia. Padahal sebenarnya bila kau bersyukur dengan rezeki cekodok depan mata, kau boleh bahagia jugak. Perut pun kenyang. 

Bak kata Mufti Menk:
Don't fall into the trap of Satan who makes you believe that happiness comes with getting all that your heart desires. This is simply not true. Happiness is enjoying all that you have been blessed with.

14 Januari, 2018

Alas kerusi patchwork

Kadang tu kerusi kayu dah bercalar, kusyen kereta pun dah kusam. Nak beli baru mahal kan. Boleh je upgrade kecantikan kerusi tu dengan alas ni

Walaupun nama dia alas kerusi tapi sebenarnya boleh juga dijadikan runner meja kopi atau macam-macam lagi gaya hiasan dalaman rumah. Terpulang pada kreativiti masing-masing. Alas ni pun mudah dicuci, masuk je dalam mesin basuh. 

#alaskerusikereta #pelapikkerusikereta #patchwork #farhanaeen

Harga termasuk pos:
RM55 (semenanjung)/ RM65 (Sabah Sarawak)

Nak order atau nak tengok corak yang lain dari yang saya post di sini:
Boleh terus pm atau whatsapp Farhana, 017 226 0084







10 Januari, 2018

Amanah

Bulan lepas saya senyap sebab saya tak ada kat Malaysia. Saya travel ke Prague, Sarajevo & Istanbul. Dah lama plan nak travel sebenarnya & memandangkan sepupu saya ada belajar di Ireland makanya saya, adik & 2 orang mak saudara ambil keputusan nak travel dengan sepupu tu masa dia cuti musim sejuk. Lagi pun semua tak pernah tengok salji depan mata sendiri jadi kami memang teruja la.

Soalan pertama, kita nak pi macam mana?

Aiyoyo...semua pun tak pernah beli tiket flight sendiri ke luar negara. Saya ni, setakat dalam Malaysia pandai la sebab memang biasa fly ke KL atau Kelantan. Jadi kami pun fikir baik beli dengan kenalan yang ada buka syarikat pelancongan. Kami pun cerita la dari Malaysia nak ke Prague lepas tu balik dari Istanbul ke Malaysia. Lepas bayar duit tiket flight pi balik sebanyak RM3500, kami dapat la pengesahan email dari syarikat penerbangan.

Ok, settled (dok fikir macam ni la)

Kami bincang sesama sendiri, demi nak jimatkan kos, perantaraan perjalanan antara Prague-Sarajevo-Istanbul, kami mula-mula rancang nak naik bas atau keretapi. Tapi lepas tu tak jadi. Sepupu saya sorang ja laki, kami yang lain semua perempuan so dia takut kalau jadi apa-apa tengah jalan. Rasa macam naik flight lebih selamat. Takpe la. Kami pun beli tiket flight yang lain sendiri. Banyak hari jugak la stuck sebab tiket flight Air Serbia dari Prague ke Sarajevo tu, kami tak boleh bayar dari Malaysia. Mujur sepupu ada bank Europe, bayar melalui bank dia la. Berpeluh-peluh kitorang usaha. 

Nak jadi cerita, semua tiket flight yang lain ok tapi beberapa hari sebelum nak fly dari Malaysia ke Prague, syarikat pelancongan yang kitorang bayar tu kata ada staf dia buat salah, pi cancel flight kitorang. Ah, sudah. Rasa macam nak meletup dada ni. Saya cakap, kitorang dah bayar & dah ambil cuti bagai. Apa pun yang jadi, tiket flight pergi sana pada tarikh yang kitorang dah tetapkan kena ada. Gila kau. Semua tiket flight lain & penginapan dah settled, alih-alih bahagian ni pulak bermasalah.

2 jam sebelum kami bertolak dari Penang untuk ke KLIA, tiket flight masih tak nampak bayang. Rasa marah memang la tapi saya masih kawal sebab kalau bertekak sekali pun, masalah tak selesai. Mujur ada mak saudara & sepupu lain yang tolong beli tiket flight lain untuk kitorang. Tapi memang mahal gila la. Dah macam orang kaya, hari ni buat keputusan nak pi oversea, hari ni jugak beli. Padahal isu sebenarnya, kitorang macam dah kena tipu. 

Soal amanah, jangan buat main la. Sekali khianat, sampai mati orang takkan percaya lagi terutamanya pasal duit. Adakah kitorang akan diam? Nahi kabhi nahi. Kitorang akan fight untuk dapatkan balik duit tu. Diorang kata refund ambil masa 2-3 bulan. Entah la betul ke tak tapi mana diorang nak lari haa? Kitorang akan kejar sampai dapat balik duit tu. Saya ni bukan la jenis nak jaja buruk orang tapi kalau ada orang lain yang tanya personally dengan saya, ok tak berurusan dengan syarikat tu, saya akan kata TAK OK. Walaupun saya dah dapat duit balik. Kebenaran memang pahit tapi kesalahan yang diorang buat ni memang besar & saya takkan benarkan kesalahan yang sama dibuat pada orang lain terutamanya keluarga saya. 

Pengajarannya:
1. Percaya dengan diri sendiri. Belajar beli tiket flight sendiri. Tak susah pun sebenarnya kalau kita tahu cara transaksi. Mungkin saya akan tulis pasal ni kemudian. Kalau tulis buat buku tips ke luar negara pada musim sejuk secara backpacker, ok tak? 😁

2. Sekali kita ada masalah berurusan pasal duit dengan seseorang, sampai bila pun jangan percaya dah pasal duit dengan dia. Tak kira la family, kawan atau sesiapa la. Maaf boleh tapi kena cerdik. Jangan jatuh lubang yang sama 2 kali.

Sarajevo memang sejukkkk....brrrr