29 Julai, 2019

Resepi Siakap Masak Masam Manis (Siakap Sweet Sour)

Assalamualaikum. Hai, hari ni saya nak kongsikan resepi siakap sweet sour yang saya buat hujung minggu lepas. Mudah, senang yakmatttt laaaa.....Dah tak payah kira-kira duit nak pi makan kat luaq 😋


Saiz hidangan: 2 orang

1/2 ekor siakap
1 sudu besar bawang besar + bawang putih (telah dikisar)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu besar cili kering (telah dikisar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap 
1 cawan air
2 inci lobak merah (dihiris besar)
1 mangkuk kecil nanas yang masak (dipotong dadu)
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam 
Daun ketumbar (optional)

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Goreng sampai garing. Ketepikan.

2. Tumis bawang kisar & halia. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Biarkan seketika sampai pecah minyak.

3. Masukkan, sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap. Gaul bagi sebati. Lepas tu, masukkan air.

4. Masukkan lobak merah & biar sampai lobak lembut sikit. Kemudian, masukkan nanas. 

5. Tuang kuah sweet sour di atas ikan siakap. Kalau suka aroma daun ketumbar, boleh la tabur sebagai hiasan macam dalam gambar tu. Dah siap. 


Tips:

1. Masa nak goreng ikan tu, tunggu minyak betul-betul panas iaitu bila minyak nampak berasap sikit. 

2. Gunakan nanas yang segar. Jangan guna yang dalam tin tau, banyak gula tu.

3. Tak perlu masukkan garam & gula tambahan sebab semua sos yang digunakan dah ada garam & gula yang tersembunyi. Lagipun, nanas yang masak dah cukup manis.

26 Julai, 2019

Gadis comel Autisme

Suatu hari, masa aku tengah menghadap komputer di kaunter jabatan, aku dengar bunyi tapak kaki orang berlari kat belakang office. Tiba-tiba ada sorang remaja perempuan keluar dari pintu pejabat am, terus lari ke arah ruang legar klinik. Baru ja aku nak marah tapi bila tengok muka remaja tu, tak jadi. Ni bukan nakal biasa, she's special.

Mak dia yang mengekori dari belakang pun keluar melalui pintu pejabat kat sebelah aku tu. Mak dia tanya mana budak tu lari. Aku pun cakap la, outside. Pastu mak dia cari & bagitau jangan lari dalam klinik nanti nurse marah. Mak dia tarik ke arah aku & kata nurse marah nanti nurse pukul. Betul-betul dia suruh aku pukul anak dia kat tangan. Aku pun tampar la sikit, dah orang pelawa kann... 😂

Ada anak, takdak anak, anak normal atau anak istimewa. Semua tu rezeki & ujian dari Allah. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Aku bersyukur aku tak marah dia semberono, kalau tak, mesti aku menyesal. Budak tu autism, dia ada gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran dia. Penghidap autism akan mengalami gangguan komunikasi, interaktif sosial dan tingkahlaku dalam menjalani aktiviti seharian. Sebab tu la budak remaja tadi berlari-lari dalam kawasan klinik. 

Apa yang menarik bagi aku ialah cara mak budak tu ajar anak dia. Dia ajar anak dia untuk behave. Kawal diri bila datang klinik. Kita faham la anak kita tapi orang lain mungkin tak. Ramai orang salah faham dengan penghidap autisme. Orang fikir penghidap autisme ni orang yang takde harapan, tak payah ajar la sebab dia bukan boleh faham. Sebenarnya penghidap autisme ni boleh saja diajar, cumanya tindak balas dia mungkin tak sampai ke tahap yang kita harapkan bergantung pada tahap keterukan autisme budak tu.

Akhir sekali, kalau terserempak dengan budak autisme di pasar raya atau mana-mana saja kawasan awam, janganlah mencebik mereka. Mereka diuji begitu, kita juga diuji pada kesucian hati. Be merciful. 😌

25 Julai, 2019

Servis Pembaca Pruf (Proofread service)

Assalamualaikum, hai.

Bagi mengisi masa lapang dan memenuhi keghairahan saya dalam membaca, sekarang saya menawarkan khidmat servis pembaca pruf (proofread service).

1. Apa-apa dokumen pun boleh tak kira sama ada cerpen, novel, assignment atau tesis.

2. Sebagai pembaca pruf, saya akan menyemak kesalahan ejaan, susunan setiap bab, nombor muka surat atau sebarang tanda yang salah dalam manuskrip.

3. Boleh hantar dokumen dalam Microsoft Word. Dijamin HAK CIPTA TERPELIHARA sebab saya juga ada hak cipta terhadap artikel penyelidikan dan cerpen.

4. Harga proofread service saya ni bermula RM0.50 bagi setiap 100 muka surat yang pertama dan RM 0.40 untuk setiap muka surat yang berikutnya.

5. Manuskrip mestilah dalam Bahasa Melayu.

6. Hubungi saya: farhanasabireen@yahoo.com atau farhanasabireen@gmail.com

Untuk maklumat lanjut tentang saya, sila layari profil LinkedIn saya:
https://my.linkedin.com/in/siti-nurfarhana-sabireen-01076477


23 Julai, 2019

Cadar Hotel

Jatuh cinta dengan cadar hotel?

Sekarang tiap-tiap hari boleh tidur atas cadar hotel.....
Putih, merah, biru... ada 9 warna yang korang boleh pilih 😍









CADAR HOTEL QUEEN SIZE

Material: Cotton

Isi kandungan:
4 biji bantal
1 bantal peluk
1 cadar bergetah (fitted)
1 comforter (selimut)

Harga termasuk postage:
RM145 (sm)/ RM160 (ss)

Berminat?
Terus whatsapp 017 226 0084

* warna tidak 100% sama berdasarkan pancahayaan handphone masing-masing.

15 Julai, 2019

Kelebihan tinggal dengan keluarga mentua

Uiitt....sabar.....
Jangan melenting lagi dengan tajuk ni haa
Mai baca dulu sampai habis tau

Bila kita bercerita tentang duduk serumah dengan keluarga mentua, ramai orang bercerita tentang pengalaman pahit masing-masing. Well, setiap satu tindakan yang kita ambil pastilah ada buruk baiknya.

Antara kelebihan duduk dengan keluarga mentua:

1. Belajar kenal mak pak mentua & ipar

Walaupun kita dah pernah jumpa dengan mereka, pernah keluar makan sama-sama sebelum kita kahwin dengan pasangan tapi percayalah, kita hanya akan nampak diri sebenar mereka bila dah duduk serumah. Contohnya masa ni la baru nampak mak mentua jenis suka control anak-anak, ipar yang suka bergaduh sesama sendiri & macam-macam lagi. Relaks la. Masa kita belajar, duduk kat asrama dulu pun kita jumpa kawan sebilik yang macam-macam ragam kan so sama la jugak bila dah kahwin ni. Kita pun ada perangai sendiri jugak kan? Makanya, bukanlah sesuatu yang pelik bila orang lain pun ada perangai mereka yang tersendiri. Manusia sememangnya diciptakan berbeza.

2. Boleh belajar masakan kesukaan suami

Yang ni penting & sangat membantu kita dalam mencari keserasian dengan pasangan. Pernah dengar kata pepatah, nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Haaa....gitewww.... Benda ni paling penting la terutama sekali untuk mereka yang kahwin berlainan bangsa atau negeri. Kahwin dengan orang minang kena belajar masak lemak cili api. Kahwin dengan orang jawa kena belajar masakan berasaskan tempe. Kahwin dengan orang kelantan, kena belajar masak nasi kerabu. Kita sebagai isteri tak bolehlah hari-hari nak masak ikut tekak kita saja. Kesian la dekat suami. Masaklah jugak benda-benda yang ikut selera tekak dia. Sama-sama jaga hati, aman damai rukun rumahtangga, InsyaAllah.

3. Belajar cara baru berkenaan kerja rumah

Kita ni sejak kecil mak kita ajar potong bawang cara A. Bila duduk dengan mak mentua, dia ajar potong cara B. Kita tengok la kalau cara B tu lebih efektif, lebih menjimatkan masa memasak, tak salah untuk kita ikut. Bukankah dengan cara ni kita dapat jadi lebih baik? Kalau cara B dia melambatkan kerja, kita boleh kongsi cara A yang mak kita ajar. Kalau dia tak boleh terima, depan muka dia kita buat la cara B. Bila belakang dia, hentam la cara kita A,C,D,E pun 😂........

4. Belajar toleransi dan berfikiran matang

Berbalik pada apa yang saya dah terangkan pada point 1, kita semua ada perangai masing-masing. Jadi bila dah duduk serumah ni, kita boleh belajar macam mana nak lebih bertoleransi dengan orang lain dan bertindak dengan matang. Sebelum kahwin, bila kita duduk rumah sendiri memang la kita buat perangai ikut kepala kita ja. Mak tegur 100 kali pun tak jalan. Macam tu la jugak dengan orang lain. Makanya, tak perlu la kita keji atau pandang sinis dengan orang lain. Selagi mana benda yang dibuat tu tak menyalahi hukum hakam agama, kita cuba la bertindak balas dengan cara yang baik walaupun hati kita terluka sikit. Kadang tu kita sendiri kena buang perangai buruk kita yang menyakitkan hati orang lain. Tak salah pun kita berubah ke arah yang lebih baik.

5. Manfaatkan kelebihan/kemahiran 

Setiap dari kita ni ada kelebihan masing-masing. Contohnya bila dapat mak mentua yang pandai menjahit, boleh minta tolong dia jahitkan baju atau minta dia ajar. Kadang-kadang kita teringin nak makan sesuatu tapi kita tak pandai masak. Kena pulak dapat ipar yang pandai masak menu tu, boleh la minta dia buat atau minta dia ajar kita. 

Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku ada baik dan buruknya. Bagus atau tak bagus tinggal serumah dengan keluarga mentua bergantung pada penerimaan kita sendiri, pasangan kita & keluarga mentua. Sebab keadaan kita semua tak sama, rezeki Allah bagi berbeza-beza. Ada orang OK, ada orang tak OK. Terpulang. Yang penting kita buat keputusan yang lebih menjamin terjaganya kerukunan rumah tangga kita. Kahwin ni berkaitan 2 jiwa makanya kena bawa berbincang la dengan pasangan masing-masing mana cara yang paling baik. Sesungguhnya contoh suami terbaik ialah Rasulullah s.a.w. Sama-sama kita bina rumah tangga bersama pasangan seperti yang Rasulullah ajar. Sama-sama la kita jadikan rumahtangga sebagai ladang kita menuai pahala untuk ke syurga.