10 Julai, 2011
Siapa dirimu?
Akhirnya, berjaya juga saya tonton filem animasi Kung Fu Panda 2. Saya suka cara pengarahnya menyampaikan mesej melalui filem yang menghiburkan, tidak terlalu berat dan beremosi.
Tak kira lah bagaimana kita dilahirkan dan dibesarkan. Ada sesetengah orang yang hidupnya bermula sebagai anak angkat, anak yang tidak diketahui asal usulnya atau membesar sebagai anak yatim. Ini ialah takdir yang Allah s.w.t tentukan untuk kita. Kita tak boleh pilih untuk lahir dalam keluarga yang mana, nak ibu bapa yang macam mana tapi kita boleh pilih siapa yang kita nak jadi. Baik atau buruk itu terletak dalam tangan kita.
Saya dengar ramai orang cakap anak yatim selalunya liar sebab tak ada bapa/ibu yang nak jaga. Jika lahir daripada keluarga yang tidak berpendidikan tinggi, si anak itu juga akan mengikut jejak langkah ibu bapanya. Mungkin mereka lupa bahawa anak yatim juga ada akal, sama saja macam anak yang membesar dalam keluarga yang sempurna. Kematian ayah/ibu bukan halangan untuk mereka teruskan kehidupan, bukan juga sebab untuk mereka menjadi sampah masyarakat. Saya tak nafikan faktor luaran yang boleh mempengaruhi sikap mereka tapi cuba tanya diri anda, siapa yang mengawalnya?
Ada orang yang akan pukul anda jika anda tidak mahu jadi kutu rayau? Siapa yang akan belasah anda jika anda hendak ke kelas fardhu 'ain? Orang lain hanya boleh mempengaruhi fikiran kita tetapi kita yang kawal tingkah laku diri kita sendiri , kita yang membuat keputusan dan kita yang tentukan siapa diri kita. Nak jadi baik atau jahat? Jika keliru kita boleh memohon petunjuk daripada Allah s.w.t. Dia Maha Mendengar. Sentiasa mencari dan memohon hidayah dari-Nya supaya kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang beriman.
Wallahua'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan