06 Julai, 2011

Soal teman

Bila ramai yang cakap, saya rasa saya perlu jawab.

Kata mereka:

A: Artis pakai macam ni pun ada orang suka. Kita yang bertudung ni takde sape nak.
B: Aku malu sangat ngan laki. Macam mana nak kahwin? Sampai sudah aku solo la.
C: Semua orang dah 'in relationship', aku ja yang tak laku.
D: Hang tu jual mahal sangat sebab tu tak dak sapa berani.
E: Cuba hang bergaya sikit mesti ramai nak 'tackle'.
F: Kami dulu tak kawan dengan laki, tu yang sampai la ni tak kahwin.

Jawabnya:

A: Kita bertudung sebab ini perintah Allah s.w.t kan? Dia Maha Penyayang dan insyaAllah dia akan pastikan lelaki penyayang beriman saja yang akan memperisterikan kita.

B: Alhamdulillah, masih ada rasa malu.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Lelaki yang beriman akan pandang malu seseorang muslimah itu sebagai sesuatu yang sangat berharga. Tambahan pula kalau malu dengan lelaki lain, selamat si suami, tak payah susah2 nak kawal pergaulan isteri dengan lelaki lain.

C: Bersabarlah, menghindari budaya 'couple' perlukan kekuatan iman apatah lagi hubungan mendekati zina ini sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat. Yang 'in relationship' tu belum tentu akan bernikah. Belum tentu cinta hingga ke syurga. Setiap orang ada pasangannya cuma kita tak tahu siapa, bila dan di mana kita akan berjumpa.

D: Bila saya tahu 'couple' tu salah, saya janji pada diri saya TAK AKAN 'couple' sebelum kahwin.

Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Israa:32)

Kebanyakan kawan-kawan saya yang pernah 'couple' kata sejauh mana hang jaga, akan ada jugak yang terbuat. SMS, 'gayut' kat telefon, ter merindui, tersentuh dan ada yang sampai tercium. Yang ter ni saya nak elak sebab saya pun manusia biasa, kang saya ter jugak nanti. Ibarat jangan bermain dengan api kalau takut terbakar.

E: If he want to talk with me, talk with my mind not my beauty.

F: Ada orang Allah bagi ujian dengan sikap suami yang buruk, suami meninggal dunia atau tiba-tiba ja hilang. Ada orang ujiannya tak kahwin langsung. Apa pun ujian yang Allah bagi, itu untuk menguji keimanan dan keyakinan kita kepadaNya.

Waalahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan