30 Jun, 2013

Ulat buku



Ulat buku ialah salah satu simpulan bahasa yang bermaksud seseorang yang suka baca buku. Bagi yang alergik dengan buku, tak mengapa la. Bukan semua orang mempunyai hobi yang sama kan? Sejak dah habis viva ni maka banyak juga masa yang terluang. Sementara menunggu semua urusan selesai sebelum balik kampung, pengisian waktu dengan membaca buku seakan menjadi rutin harian. Sejak sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi kemudian kehidupan di uni menuntut pembacaan pada setiap hari. Bila dah tamat ijazah sarjanamuda, terasa canggung pula untuk melalui hari- hari tanpa buku.

Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dengan membaca. Antaranya:
1. Menambah ilmu pengetahuan ( klise sangat jawapan ni...=D)
2. Mematangkan fikiran dan membuka minda tentang dunia luar. Yang ini bergantung pada buku yang menjadi pilhan bacaan. Saya lebih suka membaca buku dengan pelbagai latar belakang penulis. Sebenarnya dari segi gaya penulisan, kita boleh tahu serba sedikit mengenai peribadi & gaya pemikiran seseorang. Cuma bergantung kepada tahap sensitiviti kita sebagai pembaca.
3. Belajar dari pengalaman orang lain. Dengan cara membaca hasil tulisan seseorang mengenai pengembaraannya sebagai seorang pendakwah, doktor, diplomat dan macam-macam lagi. Bagaimana hebat pun kita, tak mungkin boleh nak 'cover' semua kebolehan kan? Bila membaca, sekurang-kurangnya kita boleh menilai sesuatu perkara dari sudut pandangan yang berbeza. Kita akan kurang cenderung untuk berfikiran berat sebelah & lebih menghargai peranan orang lain dalam menjalani kehidupan di dunia. Selain tu, kita akan lebih bijak menilai antara yang baik & buruk.
4. Koleksi buku seseorang boleh menceritakan tentang peribadi pemiliknya. 
5. Membaca adalah perkara yang SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAM. InsyaAllah, ada pahala.

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,........." (Al-A'laq 96:1-4)

Bukan sekadar baca tetapi berfikir tentang apa yang dibaca dan janganlah terlalu suka membaca sampai terlupa tanggungjawab pada diri sendiri & keluarga. Perkara yang baik, elok disampaikan pada orang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan