20 Ogos, 2013

Dia ni begitu begini

 
(sekadar hiasan, takda kena-mengena dengan teks pun. I just love cats. =D)
 
Manusia memang takkan terlepas daripada membuat kesilapan. Dari kesilapan itu kita belajar menghargai apa yang ada dan memperbaiki diri menjadi lebih matang. Dalam hidup bermasyarakat, semestinya kita berhubung dengan ramai orang yang kaya dengan seribu satu ragam. Bila melihat kelakuan atau tindakan mereka yang tak menyenangkan, ringan sungguh mulut berbicara, mengumpat dan mengkritik. Kedengaran seperti tiada langsung kebaikan si dia.
 
A: Kenapa la si K tu nak hantar anak sulung dia ke sekolah agama? Budak tu baru umur 7 tahun kan? Hantar ja la pi sekolah biasa. Kat situ pun kan ada kelas KAFA untuk ajar pasal agama.
B: Si K tu kahwin dengan orang luar, macam dah pupus laki kat dalam Malaysia ni. Bukannya elok pun.
C: Harap ja bapak kamu cikgu BI tapi BI kamu... hancur!
 
Bla..bla...bla...macam-macam lagi la jenis umpatan orang. Kahwin salah, tak kahwin salah, hantar anak belajar agama pun salah....ehhhmmm....jika mampu menegur mereka, tegurlah dengan hikmah. Face to face, one vs one dan cakap. Kalau tak berdaya, doalah semoga mereka sedar. Kebelakangan ni saya jadi lebih berhati-hati ketika sembang bila saya tengok sendiri apa yang berlaku pada A, B & C. Bila mulut rasa gatal nak terkutuk orang, cepat-cepat istighfar & ingatkan diri untuk 'zip' mulut. Kononnya TER sangat la kan.
 

Sekarang, K bahagia dengan kehidupannya. Anak K berkongsi apa yang dipelajari di sekolah agama dengan semua ahli keluarga & bantu dalam memperbetul bacaan Al-Quran ayahnya. Si A mengalami krisis rumahtangga. Hidupnya tak tenang, anak-anaknya pun entahlah. Anak C pula terpaksa ulang semula kertas peperiksaan MUET.

Saya menulis untuk berkongsi tentang apa yang dilihat. Si A & B yang baik punya dok kutuk K hidup terumbang-ambing, tak tenang sedangkan K bahagia. Serius takut tengok hidup A. Bukan setakat rumahtangga huru-hara, personalitinya pun berubah. Pakaian yang semakin seksi, sanggup memulau ahli keluarga sendiri, hatinya jadi keras untuk menerima nasihat. C pula diuji dengan anak yang tidak lulus ujian MUET pada tahap yang minima untuk kemasukan ke universiti. Pendek kata, Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk menguji hamba-hambaNya. Ujian yang diberi boleh jadi melalui nikmat, perkara yang disukai atau perkara yang tidak disukai. Apabila seseorang hamba Allah diuji, bantulah dia. Janganlah dicaci, dihina atau dijaja kisahnya. Kita tak tahu mungkin suatu hari nanti Allah akan uji kita pula. Kita tak tahu hikmah di sebalik ujian yang Allah beri kepada orang lain.
 
K menghantar anaknya ke sekolah agama kerana dia sedar, dia sendiri tidak mampu memberi didikan agama yang secukupnya. Ujian yang Allah bagi mungkin akan kena pada batang hidung sendiri atau anak. Tak kena dekat anak mungkin cucu. Bila kita rasa nak mengata anak orang, ingatlah kita pun akan ada anak. Kalau bukan anak sendiri sekalipun mungkin anak saudara. Mana kita tahu apa yang nak jadi. Daripada menyesakkan kepala, dia ni begitu begini apakata muhasabah diri sendiri. Aku ni macam mana? Elok ka kelakuan aku? Menyenangkan atau menyakitkan hati orang? Menegur tu tak salah, yang salahnya mengumpat mengutuk bagai nak rak.
 
Waalahua'lam.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan