Masa sekolah dulu, dalam subjek Kemahiran Hidup, mesti ada ja la rekacipta yang nak kena buat. Bila diberi tin kosong, yang terfikir nak dibuat adalah tempat letak pen atau pensel. Sebab masa tu kalau nak beli, tak ada duit. Mana-mana benda yang boleh DIY baik la buat sendiri. Ikut suka nak pelekat kartun apa, nak rekaan macam mana, best oooo... Antara rekaan yang best bagi saya ialah buat senduk dari tempurung kelapa & penyodok sampah dari tin biskut. Masa ni sibuk la bodek atuk suruh buat 'final touching' kat benda-benda tu. Alahai, projek budak umur 12 tahun kot, agak-agak la nak kemas tahap mana sangat.
Ok la, ni intro ja tau. Yang saya nak highlight plus blink2 glitter magic pen adalah perihal kitar semula insan. Haha...jangan marah aaa.. Kasi warm up sikit da minda tu sebelum masuk bab yang berat.
Kalau sampah-sarap boleh dikitar semula, tak mustahil sampah masyarakat pun boleh dikitar semula menjadi lebih baik. Dengan syarat semua orang memberi peluang & tidak mudah menjatuhkan hukum- PCD
Senang cakap masing-masing kena sedar diri yang kita ni adalah ciptaan bukannya Pencipta. Apa yang membuatkan masyarakat jadi huru-hara, bergaduh sesama sendiri adalah apabila wujudnya individu atau sekelompok masyarakat yang mengambil alih tugas Tuhan. Sesedap rasa hati dan lidah ja nak menuturkan si dia ni ahli syurga dan yang itu ahli neraka. Indeed, God is the ultimate judge, right?
Seorang hakim yang hendak menjatuhkan hukuman terhadap pesalah semestinya perlu mengetahui tentang keseluruhan kes daripada kedua-dua belah pihak, planitif dan defenden. Tak gitu? Now, in this context, who knows more about a creation? Is it The Creator or the other creations? Kita nampak yang zahir saja, yang batin, dalam hati sanubari tu kita tak boleh nak telah lebih-lebih kan? Fikir logik ja benda ni tapi ya lah, kadangkala manusia lebih jelas tentang salah orang berbanding diri sendiri.
Kita ni tak ada yang sempurna baik. Setiap orang pernah buat salah, pernah terlajak kata dan terlanjur perbuatan. Masa sekolah dulu, yang nampak sebagai pelajar baik pun sebab tak pernah kena tangkap dek cikgu disiplin. Tapi kita sendiri tahu aja salah apa yang dibuat. Makan dalam kelas, tiru kerja sekolah kawan, sorok kasut kawan & macam-macam lagi la.
Nak kitar semula sampah jadi rekaan yang menarik perlu ada seni & kemahiran. Adakalanya ia perlu ditempa dengan tukul, digunting mana-mana bahagian yang tak perlu dan dilicinkan dengan kertas pasir. Ada masanya pula tak boleh kasar-kasar sangat, ianya perlu dilentur perlahan-lahan supaya tidak hancur atau hilang bentuk asli yang dikehendaki. Begitu juga dengan jiwa insan yang nak dikitar semula. Adakalanya perlu ditarbiah dengan lembut, adakalanya perlu diberi amaran keras. Sebagai permulaan, kata-kata yang lembut lebih mudah meresap ke jiwa yang keras dan ternoda. InsyaAllah. Banyakkan juga berdoa semoga insan itu diberi hidayah untuk menjadi lebih baik kerana hidayah itu milik Allah.
Last, the most important, kita sendiri juga kena mohon hidayah supaya tetap berada di jalan yang lurus. Ianya untuk mengelakkan berbunganya rasa bangga diri iaitu dengan merasakan kita ini lebih baik dari orang lain. Syaitan ni macam-macam cara dia guna untuk hasut kita. Yang pakai serban digoda dengan cara yang satu, yang bernafsu liar digoda dengan cara lain tapi gol dia sama ja iaitu mengheret anak Adam ke neraka.
Setakat ni ja la. Dah masuk waktu maghrib der kat sini. Waallahua'lam. Jumpa lagi di lain artikel, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan