13 Ogos, 2014
Untuk seketika
Untuk seketika
Aku ingin sungai jadi beku
Untuk seketika
Aku ingin deru ombak jadi kaku
Untuk seketika
Biarkan matahari terus tidur
Untuk seketika
Biarkan purnama kekal mengambang
Tolonglah
Hanya untuk seketika
Kerana sesungguhnya
Aku letih mendengar anjing menyalak
Aku jijik menonton serigala berbalah
Aku sedih menyaksikan pesta bunga api berdarah
Tak pernah surut malah semakin galak
Untuk seketika
Aku pejamkan mata
Untuk seketika
Aku kunci mulut dan telinga
Untuk seketika
Biar aku terperuk
Di bawah rumah di pinggir kampung
Hanya berteman kalam pengubat lara
Sebelum aku hadapi semuanya semula
06 Ogos, 2014
Beza antara Islam dan Muslim
Saya dengar banyak soalan yang berbentuk begini:
A: Kenapa awak pakai tudung? Kenapa dia tu tidak?
B: Arak tu haram dalam Islam tapi kenapa bila saya pergi kelab, ada juga orang Islam yang minum?
C: Dalam Islam, tak boleh bersentuhan antara lelaki dengan perempuan sesuka hati tapi kenapa ramai saja orang Islam yang begitu? Yang dalam TV siap peluk-peluk lagi.
Saya rasa saya tahu punca soalan-soalan begini diutarakan. Masalahnya ialah ramai orang KELIRU antara Islam dan Muslim. Secara jujurnya, saya tahu & saya faham sebab saya pun pernah mengalami perkara yang sama ketika di sekolah rendah. Personally, I'm not the one who blindly accept whatever people are saying. I find out about this while I'm searching for the answer: Why I become a Muslim? Saya tak nak menjadi Muslim sebab saya dilahirkan dalam keluarga Muslim. I can't accept this reason. It's not concrete for me to keep hold on to the syahadah.
Contoh paling mudah saya bagi. Suatu hari mak saya janji nak bawa saya dan adik-adik ke taman permainan pada hujung minggu. Bila sampai hari yang dijanjikan, mak saya tak bawa pun. Macam-macam alasan yang dia bagi. Maaf. Saya bukan nak burukkan mak saya cuma saya rasa ramai saja mak ayah orang lain di luar sana yang pernah buat macam ni kan? Saya cakap terus-terang dengan mak.
" Kita orang Islam. Dalam Islam, mungkir janji ialah salah satu ciri orang munafik. Tak baik. Kenapa umi buat macam ni? Kalau tak boleh tunai, baik jangan janji."
PERHATIAN: TOLONG JAUHI AYAT DI ATAS TERHADAP IBU BAPA KERANA IA SANGAT MENGGURIS PERASAAN MEREKA.
Ayat itu saya guna waktu umur saya 9 tahun. Agak-agak la, mentah lagi kot waktu tu. Kenyataan yang terlalu jujur sehingga terlucut dari adab sopan. Saya keliru. Sebab apa yang saya belajar & saya baca dalam Al-Quran tidak dipraktikkan oleh Muslim di sekeliling saya. Pergi sekolah agama, saya tengok tandasnya kotor tapi bila saya baca sejarah Nabi Muhammad s.a.w, baginda sangat mengutamakan kebersihan. Saya baca Quran, Allah s.w.t sukakan perkara yang baik. Bersih itu kan baik tapi kenapa Muslim tak ikut?
Back to the title, Islam itu agama. Agama yang ada peraturan. Muslim itu pula penganut, orang yang memilih Islam sebagai pegangan hidupnya. Penganut itu manusia biasa yang ada nafsu, macam-macam perangai dan tidak sempurna. Manusia terdedah untuk buat salah. Masalah utama yang kita tengok sekarang ialah ramai Muslim yang mengaku dirinya beragama Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang diajarkan dalam Islam.
Dalam Islam, arak itu haram tapi ada saja Muslim yang minum jugak. Yang salahnya di sini ialah Muslim, bukan Islam. Nak jelas lagi? Bila kita bawa motosikal, kita diwajibkan oleh undang-undang di Malaysia untuk pakai topi keledar tapi ada tak orang yang tak pakai? Ramai saja. Bila berlaku kemalangan, terhantuk pada batu lantas cedera di bahagian kepala, siapa yang nak dipersalahkan? Undang-undang atau kita sendiri yang melanggar peraturan?
Berat le tajuk hari ni. Semoga bermanfaat. Penulis pun nak kena rehat....=D
03 Ogos, 2014
Jelajah Kelantan 2: Nota cabar sebagai iktibar
Tanggal 2 Ogos 2014 bersamaan dengan 6 Syawal 1435H adalah tarikh yang memberi satu lagi pengalaman baru buat saya. Jemputan ke kenduri kahwin seorang rakan di Kuala Krai diterima dengan hati yang terbuka. Memang jarang sekali saya dapat memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan-rakan disebabkan faktor jarak & jadual belajar. Perjalanan dari Kubang Kerian - Kuala Krai dalam jarak 67 km (mengikut Pak cik Google Maps) mengambil masa selama 1 jam lebih. Untuk ke sana saya mengambil jalan Kubang Kerian- Pasir Mas- Tanah Merah- Machang- Kuala Krai. Perghh...berapa banyak daerah yang dilalui untuk sampai ke sana. Berikut adalah beberapa cabaran yang saya tempuhi untuk tiba ke destinasi:
1. Jalan yang sesak. Oh, baru teringat hari ini ramai warga kota sudah memulakan perjalanan untuk keluar dari Kelantan...sigh... dah memandu keluar baru teringat jadi saya redah saja la kesesakan.
2. Tangki minyak kereta kancil yang kecil menyebabkan saya terpaksa berhenti 2 kali untuk isi minyak.
3. Kali pertama dalam hidup saya memandu ke Kuala Krai. And I'm ALONE. Gigih sangat study Google Maps sebelum keluar. Well, terbukti BUKAN semua perempuan tak boleh baca peta. InsyaAllah, boleh.
4. Kesesakan makin teruk di antara Machang-Kuala Krai. Hal ini sangat menguji kesabaran. Jarak perjalanan hanya berbaki 17 km sahaja tapi mengambil masa selama kira-kira 2 jam! Teruskan atau patah balik?
" Sampai juga awak ke sini. Orang lain patah balik bila tengok jalan sesak."
Alhamdulillah. Oh yeahh... walaupun jalan sesak saya redah juga. Accomplish or do not begin. Dalam perjalanan hidup kita untuk mencapai sesuatu atau gol, suka atau tidak kita memang akan bertemu dengan cabaran. Pilihan untuk menghadapinya atau berhenti di tengah jalan terletak pada diri kita sendiri. Sudah tentu setiap pilihan itu memberikan hasil yang berbeza. Disebabkan saya sampai ke tempat kenduri maka saya dapat makan nasi kenduri. Yang patah balik atau tak datang, tak dapat la. Yang buat saya gembira dan puas bukanlah nasi kenduri tu tapi kegembiraan tak terhingga bila melihat wajah kawan saya yang ceria dan terkejut sebab saya sanggup redah jalan sesak untuk ke kenduri dia. Erti hidup pada memberi. Kita buat orang gembira, kita pun akan rasa gembira. Senang saja sifir bahagia ni.
Iktibar:
1. Dapatkan maklumat tentang info trafik sebelum keluar. Bila dah mula sesuatu, bersabar dan istiqamahlah dengan usaha sehingga berjaya.
2. Kenali kelemahan yang ada & cuba kawal atau atasinya. Kereta kancil itu saja yang mampu untuk saya sewa & disebabkan saya tak pernah memandu ke sana maka saya pastikan minyak dalam tangki sentiasa ada. Ada ketikanya jarak di antara satu stesen minyak dengan yang lain terletak berjauhan. Kita tak nak la kereta terhenti tengah jalan sebab minyak habis kan?
3. Buat persediaan. Persediaan sangat penting untuk meminimumkan kesukaran yang bakal dihadapi & ianya banyak membantu dalam kita menyelesaikan masalah.
4. Ada ketika dalam usaha kita mencapai sesuatu, kita hanya perlu bersabar dan terima apa yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t dengan redha. Sabar itu bukannya hanya menunggu tetapi mengekalkan peribadi yang baik dalam tempoh tersebut. Tak ada gunanya maki hamun atau membunyikan hon berkali-kali sewaktu jalan sesak. Dah memang tak boleh nak jalan pun kan?
Akhir kata, whatever happen just enjoy & work out the best.
Masjid Ayesha yang sempat dilawati dalam perjalanan pulang ke Kubang Kerian melalui Kok Lanas. Cantik =)
Langgan:
Catatan (Atom)