Tanggal 2 Ogos 2014 bersamaan dengan 6 Syawal 1435H adalah tarikh yang memberi satu lagi pengalaman baru buat saya. Jemputan ke kenduri kahwin seorang rakan di Kuala Krai diterima dengan hati yang terbuka. Memang jarang sekali saya dapat memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan-rakan disebabkan faktor jarak & jadual belajar. Perjalanan dari Kubang Kerian - Kuala Krai dalam jarak 67 km (mengikut Pak cik Google Maps) mengambil masa selama 1 jam lebih. Untuk ke sana saya mengambil jalan Kubang Kerian- Pasir Mas- Tanah Merah- Machang- Kuala Krai. Perghh...berapa banyak daerah yang dilalui untuk sampai ke sana. Berikut adalah beberapa cabaran yang saya tempuhi untuk tiba ke destinasi:
1. Jalan yang sesak. Oh, baru teringat hari ini ramai warga kota sudah memulakan perjalanan untuk keluar dari Kelantan...sigh... dah memandu keluar baru teringat jadi saya redah saja la kesesakan.
2. Tangki minyak kereta kancil yang kecil menyebabkan saya terpaksa berhenti 2 kali untuk isi minyak.
3. Kali pertama dalam hidup saya memandu ke Kuala Krai. And I'm ALONE. Gigih sangat study Google Maps sebelum keluar. Well, terbukti BUKAN semua perempuan tak boleh baca peta. InsyaAllah, boleh.
4. Kesesakan makin teruk di antara Machang-Kuala Krai. Hal ini sangat menguji kesabaran. Jarak perjalanan hanya berbaki 17 km sahaja tapi mengambil masa selama kira-kira 2 jam! Teruskan atau patah balik?
" Sampai juga awak ke sini. Orang lain patah balik bila tengok jalan sesak."
Alhamdulillah. Oh yeahh... walaupun jalan sesak saya redah juga. Accomplish or do not begin. Dalam perjalanan hidup kita untuk mencapai sesuatu atau gol, suka atau tidak kita memang akan bertemu dengan cabaran. Pilihan untuk menghadapinya atau berhenti di tengah jalan terletak pada diri kita sendiri. Sudah tentu setiap pilihan itu memberikan hasil yang berbeza. Disebabkan saya sampai ke tempat kenduri maka saya dapat makan nasi kenduri. Yang patah balik atau tak datang, tak dapat la. Yang buat saya gembira dan puas bukanlah nasi kenduri tu tapi kegembiraan tak terhingga bila melihat wajah kawan saya yang ceria dan terkejut sebab saya sanggup redah jalan sesak untuk ke kenduri dia. Erti hidup pada memberi. Kita buat orang gembira, kita pun akan rasa gembira. Senang saja sifir bahagia ni.
Iktibar:
1. Dapatkan maklumat tentang info trafik sebelum keluar. Bila dah mula sesuatu, bersabar dan istiqamahlah dengan usaha sehingga berjaya.
2. Kenali kelemahan yang ada & cuba kawal atau atasinya. Kereta kancil itu saja yang mampu untuk saya sewa & disebabkan saya tak pernah memandu ke sana maka saya pastikan minyak dalam tangki sentiasa ada. Ada ketikanya jarak di antara satu stesen minyak dengan yang lain terletak berjauhan. Kita tak nak la kereta terhenti tengah jalan sebab minyak habis kan?
3. Buat persediaan. Persediaan sangat penting untuk meminimumkan kesukaran yang bakal dihadapi & ianya banyak membantu dalam kita menyelesaikan masalah.
4. Ada ketika dalam usaha kita mencapai sesuatu, kita hanya perlu bersabar dan terima apa yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t dengan redha. Sabar itu bukannya hanya menunggu tetapi mengekalkan peribadi yang baik dalam tempoh tersebut. Tak ada gunanya maki hamun atau membunyikan hon berkali-kali sewaktu jalan sesak. Dah memang tak boleh nak jalan pun kan?
Akhir kata, whatever happen just enjoy & work out the best.
Masjid Ayesha yang sempat dilawati dalam perjalanan pulang ke Kubang Kerian melalui Kok Lanas. Cantik =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan