Perjalanan saya ke Kuala Lumpur kali ini bukan untuk bersuka-ria atau melancong tetapi untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa dalam bidang perubatan dan kesihatan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz,Subang, saya berhasrat untuk mencuba bas shuttle Subang-KL Sentral. Tapi hasrat tu tak tercapai memandangkan lama sangat nak tunggu bas tu muncul. Kena pulak hari Jumaat, kalau nak ke KL waktu tgh hari, mesti lagi sesak dengan orang ramai yang nak pergi Solat Jumaat. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menaiki teksi bajet. Tambang dari Subang Skypark- LRT Kelana Jaya berharga RM 25. T_T.....
Brother teksi India tu nampak baik dan agak ramah. Tapi mengikut pengalaman saya yang banyak kali juga merantau sendirian, saya tak mudah percaya dengan orang luar. Ya, dulu saya memang agak lurus bendul, apa orang tanya semua saya jawab yang benar tapi akhirnya saya meletakkan diri saya dalam bahaya.
Brother: Nak pergi mana?
Saya: LRT Kelana Jaya.
Brother: Lepas tu nak ke mana?
Saya: Tak tahu lagi, nak jumpa kawan kat situ.
Haa...jawapan pertama tu betul, jawapan kedua tu ada betul ada salah. Memang saya nak jumpa kawan tapi bukan hari tu & bukan di tempat tu. Bagi saya, tugas dia cuma hantar saya ke LRT Kelana Jaya. Lepas tu, saya nak pergi mana atau buat apa, tu bukan urusan dia.
Hari kedua saya ke hotel untuk persidangan, saya kagum dengan akhlak seorang pak cik dari kaum India juga yang menjadi tukang sapu di laluan pejalan kaki.
Pak cik: Good morning (senyum).
Saya: Morning (senyum). Sorry ya, Uncle.
Saya minta maaf sebab saya lalu di kawasan yang dia sapu sampah. Saya bukan nak puji diri sendiri cuma saya nak beritahu anda, ini yang dikata budi bahasa, Tak kira la siapa kita & siapa orang yang kita berdepan, apa pangkat kita & apa pangkat dia, apa tahap pendidikan kita & apa tahap pendidikan dia, Islam mengajar kita untuk saling hormat-menghormati. Tukang sapu sangat penting untuk negara sebab rakyat kita memang perangai tak berapa nak baik kan, suka buang sampah merata-rata. Kalau tak ada tukang sapu, lagi sesak laluan pejalan kaki dengan sampah sarap.
Sebaik sahaja selesai persidangan, saya mengambil keputusan untuk bertemu kawan baik di Plaza Sungei Wang. Saya tunggu kawan tu di laluan monorel-Sg Wang. Masa tengah tunggu tu ada pulak sorang pak cik ni yang nampak macam Melayu campur India datang tegur. Tengok muka nampak biasa ja tapi dalam hati ada rasa tak sedap.
Pak cik: Tren ni pergi mana?
Saya: Nak pergi mana?
Pak cik: Tren ni pergi mana?
Saya: Ya la, nak pergi mana? Tren ni ada 2 laluan.
Pak cik: Nak ke Sentul Timur.
Saya: Naik tren yg sebelah sini ke Titiwangsa, lepas tu tukar naik LRT ke Sentul.
Pak cik: Adik ni baru balik sekolah ke?
Saya: (Dalam hati berkata, aiii pak cik ni dah lain macam je tanya) Saya tengah tunggu kawan.
Pak cik: Ok la, pergi dulu. (Terus dia menghala masuk ke Plaza Sungei Wang)
Haa.. dah agak dah. Nasib baik saya kata tengah tunggu kawan, memang betul pun. Nasib baik saya tak bagitahu saya bukan budak sekolah ke, balik dari conference ke.....Apa yang saya nak bagitahu anda ialah hati-hati bila bersendirian. Waspada dengan orang yang lalu di sekeliling anda. Bila ada yang datang tegur, cuba cam muka dia, pakaian dia, apa yang dia pegang. Malang tak berbau. Orang jahat sekarang macam-macam taktik dia guna. Saya dah banyak kali jumpa orang jahat/penipu yang berpakaian kemas. Saya harap cerita saya kali ini dapat dijadikan iktibar untuk anda.
Wasalam. Bye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan