18 November, 2017

Sujudku yang pertama

Ingat tak bila kali pertama kita solat, sujud menghadap Ilahi?

Saya tak ingat pun. Saya tak ingat sama ada saya mula solat waktu tadika atau masa dah masuk Darjah 1. Tapi saya ingat la ada satu hari masa saya umur 7 tahun, hari tu tak ada siapa pun yang suruh saya solat jadi saya buat-buat lupa saja. Budak baru belajar, kan.

Keluarga saya, terutamanya orang yang menjaga saya sejak kecil, nenek & mak saudara memang mengutamakan solat. Dari saya kecil sampai la sekarang ni, dah dewasa, dah dekat nak masuk umur 30 tahun, kalau dengar azan & diorang tengok saya tak bangun lagi pergi ambil wudhuk, mesti kena bebel. Diorang tak salah apa pun, itu memang tanggungjawab diorang.

Solat ni susah ke sebenarnya?

Masa saya di matrikulasi, ada seorang kawan bukan Islam bagitau saya, dia cuba puasa macam saya tapi susah. Saya cakap dekat dia, puasa tu jauh lebih senang dari solat. Dia kerutkan dahi, hairan. Lepas tu saya cakap, kena ada disiplin yang bagus untuk solat 5 kali sehari. Setiap hari dari waktu baligh sampai mati. No excuse. Kecuali la perempuan yang tengah haid & nifas. Sedangkan puasa cuma wajib masa bulan Ramadhan saja. Sebulan dalam setahun, jauh beza tu. 

Korang ada tak kenal orang sekeliling yang dah dewasa tapi masih tak cukup solat 5 waktu?

Atau,

Diri kita sendiri yang masih tak cukup solat 5 waktu?
Kenapa?

Saya ingat lagi waktu ustaz saya, ni cerita kat matrik jugak la, ustaz kata mengikut kajian, 60% umat Islam di Malaysia tak cukup solat 5 waktu. Masing-masing dalam kelas waktu tu terkejut. Lepas tu ustaz saya kata, "Tak payah terkejut la. Diri sendiri cukup tak?" Sentap beb.

Solat ni soal diri kita dengan Tuhan. Saya bukan menulis untuk menunding jari kepada sesiapa atau nak bagi ceramah. Saya menulis untuk kita semua fikir macam mana solat kita sehari-hari? Solat adalah Rukun Islam kedua selepas syahadah. Solat adalah ibadah khusus yang diwajibkan ke atas semua Muslim yang baligh & elok akalnya oleh Yang Maha Esa. Kalau kita tak buat, bukankah itu tandanya kita membantah suruhan-Nya?

17 November, 2017

Telekung Exclusive

Telekung Exclusive 

Kain cotton lembut dengan hiasan kerawang cantik tapi tak keterlaluan. Kain pun tak melekat, tak ikut bentuk badan. Paling best, bahagian kemasan kat kepala tu terletak elok ja. Takdak la risau anak rambut terkeluar kat bahagian tepi muka masa solat. 

Sangat sesuai sebagai hadiah & HANTARAN 😍

Harga 1 unit termasuk pos:
RM120 (semenanjung) / RM130 (sabah sarawak)

Nak order?
Boleh terus whatsapp Farhana, 017 226 0084
#telekungexclusive #telekunghantaran #telekungcotton

White


Green

Brown

Blue

Purple

Grey

Peach

Pink

23 Julai, 2017

Kisah Buku Biru

Artikel ni saya tulis pada 12 Mei yang lepas di Facebook saya. Dok bertagak nak kongsi di blog, hari ni baru boleh.

Hari ni saya nak cerita 1 pengalaman masa zaman sekolah menengah:

Saya jadi pengawas perpustakaan sejak Form 1-5. Alang2 suka baca buku & selalu pi library, fikir baik jadi pengawas, dapat gak merit 😁
 
Kerja saya sepanjang 5 tahun tu, kebanyakan masa saya susun buku. Punya la lama dok buat kerja yang sama sampai saya dah boleh hafal tajuk buku untuk setiap bahagian rak.1 hari, saya tengah susun buku untuk bahagian khas iaitu bahagian rak yang kita boleh baca buku kat situ je. Tak boleh bawa keluar dari bahagian tu & tak boleh pinjam. Masa tu saya perasan ada 1 buku hilang. Buku kulit tebal berwarna biru.

Saya pun naik bengang la. Dok bebel sorang2, "sapa pulak reti ambik tak reti letak balik ni?!"
Saya pun geledah setiap rak dalam bahagian tu, tengok kalau2 ada pembaca pi letak buku tu kat rak lain. Cari2 takdak jugak. Bahagian tu kosong je, tak ada pelajar lain masa tu. Lepas tu saya nampak ketua pengawas harian saya tengah baca sesuatu kat kaunter. Saya pun pergi kat dia,

Saya: Awak baca apa?

Dia: (Terkejut, terus sorok buku) Tak ada apa.

Saya: Jangan tipu saya. Saya nampak awak pegang buku warna biru. Tunjuk kat saya.

Dia: (Teragak-agak tapi terpaksa tunjuk jugak bila saya berdegil nak dia tunjuk)
Korang nak tahu tak apa buku tu? Buku kulit tebal berwarna biru tu ialah Al-Quran dengan terjemahan & ketua saya tu ialah seorang pelajar India Non Muslim.

Saya: Kenapa awak takut nak tunjuk kat saya? Al-Quran adalah kitab yang mengandungi himpunan firman Allah s. w. t, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan, dibaca oleh SEMUA manusia 😊

Dia: Awak takkan bagitau orang lain yang saya baca ni, kan?

Saya: Handle it with respect & letak balik dekat rak sebelum library tutup.

Kalau korang kat tempat saya, apa yang korang buat? Adakah korang akan biar dia baca dengan tenang, marah dia atau korang snap gambar & viralkan?

Dia salah seorang daripada kenalan saya yang curious apa tu Quran? Apa kandungan Quran? Kenapa ramai sangat benci Islam & Muhammad? Agama lain pun ada kitab tapi kenapa Quran yang selalunya digembar-gembur sebagai bacaan pengganas, dibakar, dipijak-pijak. Why? Let them read it in PEACE. Let them find what they are curious about.

Kita ni yang dah sememangnya Muslim, kita baca tak Quran? Kita faham tak isi kandungan dalam Quran? Kita beramal ke tak dengan apa yang Allah suruh buat & apa yang Allah larang? Saya tak keep in contact dengan ketua saya tu sebab lepas tu saya nampak dia approach seorang kawan lelaki dia yang Muslim. Saya doakan dia jumpa apa yang dia cari 😊

Nuzul Quran
17 Ramadhan 1438H bersamaan 12 Mei 2017

08 Mei, 2017

Produk kecantikan

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya nak kongsi 1 status yang saya letak di Facebook.

"Tok suruh beli sesuatu dari kedai. Tertulis di kedai tu, pemborong & penjual produk barangan kesihatan & kecantikan.
Rasa terkilan bila saya tengok kedai tu jual 1 produk kecantikan yang dah disenarai hitam oleh KKM kerana mengandungi hydroquinone.
Untung lebih penting dari kesihatan orang awam ke?
Apa yang orang dalam bidang kesihatan boleh buat? Ada ilmu tapi tak mampu halang perkara macam ni daripada berlaku.... Hmmm"

Ada yang sokong, ada jugak yang buat tuduhan melulu terhadap status saya. Terasa ke? Nak jual produk apa pun jual la tapi kalau jual benda yang melibatkan kesihatan & keselamatan awam, kita sebagai penjual bertanggungjawab untuk PEKA dengan kelulusan keselamatan produk yang dijual. Produk yang saya katakan ni dah viral sebab dapat notis dari KKM untuk dihentikan penjualannya serta-merta. Tapi saya masih nampak iklan di TV, masih dijual secara terbuka. Amaran atau arahan dari kementerian tu macam angin lalu saja, takdak kesan.

Post saya bukan hentam sesiapa, saya tak sebut pun nama kedai & produk. Saya tulis ni untuk ajak kita semua fikir:

1. Pengasas fikir, produk yang kita cipta tu betul-betul selamat atau tak?

2. Penjual fikir apa kandungan produk yang dijual? Dapat kelulusan yang sah atau tak?

3. Pembeli/pengguna fikir, benda yang ditepek kat muka, yang ditelan tu dapat kelulusan atau tak? Kalau yang sakit, korang ada bincang dengan doktor dulu tak? Kalau sakit korang makin teruk, penjual atau syarikat yang keluarkan produk tu ada nak tolong bayar kos perubatan ke?

4. Orang yang dalam bidang kesihatan pun fikir, ilmu kesihatan yang kita ada ni, apa sumbangannya pada masyarakat? Apa tujuan kita belajar? Adakah sekadar nak biar ilmu tu disimpan sendiri atau berlegar-legar di kalangan ilmuwan yang sebulu dengan kita saja?

Walaupun kawan-kawan saya yang dalam bidang kesihatan kebanyakannya membisu seribu bahasa tentang isu ni tapi saya akan bagitau jugak. Apa yang kita masukkan ke dalam mulut akan bagi kesan pada kesihatan tubuh badan. Sama jugak benda yang kita tepek di kulit bila benda tu meresap masuk ke salur darah.

Produk kecantikan yang mengandungi merkuri & hydroquinone bila kita pakai secara berterusan boleh menyebabkan pengumpulan bahan tu di hati dan ginjal (buah pinggang). Kedua-dua organ ni sangat penting untuk buang bahan toksik daripada tubuh badan. Kalau rosak, apa jadi? Untuk wanita mengandung pulak, keadaan boleh jadi lebih teruk sebab merkuri boleh menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Berbaloi ke cantik tapi anak yang tak bersalah tu menderita?

Hal ni bukan main-main, bukan saja-saja saya tulis. Dalam Facebook saya ada ramai sangat penjual produk kecantikan yang saya pasti majoriti tak ambil tahu pun bahan yang ada dalam tu & soal keselamatan produk. Saya lebih terkilan bila mereka yang ada ilmu dalam bidang kesihatan pun tak peka dengan keselamatan produk yang dijual. Jadi, saya tulis status untuk ketuk minda semua yang terlibat.

Kalau rajin nak baca artikel saintifik, boleh tengok sini:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4788657/
http://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/mercury_flyer.pdf

Waallahua'lam. =)

30 April, 2017

Ibu


Apa yang korang fikir bila baca tajuk artikel saya kali ni?

Saya agak kebanyakan korang akan teringat pada ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan korang, kan?

Macam-macam panggilan yang digunakan pada seorang ibu. Ada yang panggil ibu, mak, umi, mommy, mama, omma =)

Siapa di antara korang yang membesar dengan ibu lain selain dari ibu kandung?

Saya dijaga oleh nenek dan ibu saudara sejak kecil bila ibu kandung saya pergi bekerja. Jadi, boleh dikatakan pada kebanyakan masa, saya bersama dengan bukan ibu kandung. Nenek saya lebih tahu tentang saiz baju saya, ibu saudara saya lebih tahu tentang perubahan mood saya. Dan 1 perkara lagi, kedua-duanya ada persamaan dengan ibu kandung.

Walaupun mereka tak lahirkan kita, mereka juga akan cepat risau kalau kita tak makan atau kalau kita takdak benda nak makan. Kadang tu, diorang kata ja malas nak masak, suruh kita belajar berdikari la tapi kalau lagi 3 jam nak masuk waktu makan & takdak benda atas meja, diorang akan pergi masak. Padahal kita dok pikiaq lagi 10 minit nak makan nanti baru pi buat nasi goreng =D

So true.

Dan satu lagi, korang tahu tak yang diorang akan terasa hati, kecil hati kalau korang tinggi suara dengan diorang? Apa saja yang buat ibu kandung terasa, benda tu juga boleh membuatkan ibu saudara dan nenek terasa terutama sekali kalau diorang jaga korang masa kecil.

Kawan saya sendiri pernah cerita yang dia menangis bila anak saudara dia tinggi suara dengan dia. Walaupun itu bukan anak kandung dia tapi itu anak abang kandung dia yang dibesarkan dengan tangan dia. 

Jadi untuk mereka yang kehilangan ibu kandung, saudara perempuan bagi ayah & ibu korang adalah ibu korang juga. Takdak alasan untuk kita abaikan diorang. Allah dah tarik nikmat doa ibu kandung yang hidup jadi jangan sia-siakan ibu saudara atau nenek yang kita ada. Kalau diorang tu berperangai buruk, tu lain cerita la. Yang penting, kita hormat diorang macam kita hormat ibu kandung sendiri.

Saya belum jadi ibu, saya tak boleh nak faham sepenuhnya perasaan seorang ibu cuma saya cuba terima apa yang diorang rasa. Korang yang baca artikel ni, mungkin korang boleh muhasabah balik tentang hubungan korang dengan ibu saudara, ibu susuan, nenek & bekas pengasuh korang. Terpulang la korang nak buat macam mana cuma ingat la yang mereka itu punya rasa sayang terhadap korang seperti ibu kandung. Walaupun tak sama tapi....... rasa itu ada.

Waallahua'lam.