Ini bukan 'ranking' dunia ya. Saya sekadar membuat 'ranking' saya sendiri mengikut cita rasa saya. Hari ni saya nak kongsi tentang 5 mamalia/makhluk Allah s.w.t yang comel, bila tengok ja ramai yg jatuh cinta pandang pertama dengan mereka2 yg berkenaan ni...hehe..:
5. Kucing
Kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Mamalia ini merupakan salah satu di antara haiwan peliharaan yg terkenal di dunia. Kucing ni ada macam2 jenis, yg bulu panjang, bulu pendek, tak ada bulu, ada ekor, tak ada ekor dan etc. sebab kucing ni banyak sangat kacukannya. Ketika zaman Mesir Purba, kucing digunakan sebagai 'pengawal keselamatan' untuk mengawal simpanan bahan makanan daripada makhluk perosak seperti tikus. Kucing juga ialah makhluk pemangsa yang mahir dan diketahui mereka memburu lebih seribu spesies haiwan lain untuk dijadikan makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. (Tak hairan la pintu bilik mak selalu kena pecah masuk dengan kucing...tup2 dah sedap tidur atas katil...huhu) Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing. Kepada anda yg tak suka kucing, janganlah menyiksa kucing2 tersebut. Ingatlah, dia juga hamba Allah dan doanya juga akan dimakbulkan jika dia teraniaya.
4. Raccoon
Unikkan makhluk Allah ni, muka macam pakai topeng. Sekali tengok mcm pencuri ... hehe.. Muka yang bertopeng, mata hitam yang bulat, badan berbulu yg gebu, kaki pendek dan ekor yang berbelang hitam kelabu...auuww...comel sangat. Err, tp jgn lupa tentang kukunya yg panjang dan tajam ya. Raccoon ni jenis haiwan yg nokturnal (aktif di waktu malam) dan omnivor dengan diet yang terdiri daripada 40 invertebrata%, tumbuh-tumbuhan 33%, dan 27% vertebrata. Rakun merupakan makhluk yang cerdas. Menurut kajian, rakun dapat mengingati penyelesaian mengenai sesuatu perkara selama 3 tahun. Haiwan ini adalah yang terbesar dari keluarga procyonid, memiliki panjang tubuh 40 hingga 70 cm an berat badan 3.5-9 kg
3. Arnab
Arnab adalah mamalia kecil dalam keluarga Leporidae order Lagomorpha, ditemui di beberapa bahagian dunia. Arnab memiliki telinga yg panjang, berbulu gebu, mata berwarna biru, hitam, merah dan etc. Mamalia ini ialah sejenis mamalia yang cepat membiak. Haiwan herbivor dan satu ciri unik arnab ialah haiwan ini memakan najisnya semula selepas pertama kali dikeluarkan. Eeuu....Nak buat macam mana, inilah tabiat dia. Arnab suka tinggal dalam lubang-lubang di tanah. Mempunyai kaki belakang yg kuat untuk melompat. Mamalia ini hanya akan mengeluarkan bunyi ketika dalam kesakitan ...T_T...Saya ada dengar cerita yg arnab ini mengeluarkan bunyi seperti bayi ketika disembelih, benar atau tidak waallhua'lam. Saya sendiri tak makan daging arnab sebab kesian...comel sgt, tak sampai hati nak makan walaupun halal.
2. Koala
Subhanallah, comelnya hambaMu ni..rasa macam nak cubit je pipi dia, peluk2 jadi bantal. Koala(Phascolarctos cinereus) ini ialah haiwan herbivor asli di Australia dan ianya antara haiwan yg hampir pupus kerana mengalami kemusnahan habitat yg teruk. Mempunyai bulu yang agak nipis. Koala bukan sejenis beruang. Ia adalah haiwan marsupial tapi selalu disalah erti kerana kelihatan seperti beruang. Koala menghabiskan sebahagian besar harinya dengan tidur dan bersandar di atas pokok kira-kira 18 jam sehari. Pengendalian koala boleh menyebabkannya stress. Iyo la, siapa yg tak stress bila kena kacau waktu tidur. Walaupun nampak lembab tp koala ini boleh jadi agresif terhadap satu sama lain tetapi dalam jangka masa yg pendek ja. Daripada bergaduh, baik tidur ja kan.Hehe..mungkin inilah yg difikirkan oleh koala.
1. Panda gergasi
Yeahh...johan kita kali ialah Panda Gergasi(Ailuropoda melanoleuca). Panda sejenis beruang yang berbulu hitam dan putih, gebu (sedap dibuat bantal peluk..hehe). 99% dietnya terdiri daripada buluh dan lain-lain ialah tikus, burung, rumput yg lain dan sebagainya. Seperti koala, panda gergasi juga mengalami kepupusan kerana kemusnahan habitat terutama sekali kemusnahan pokok buluh yg menjadi sumber makanan utamanya di samping mempunyai kadar pembiakan yg rendah. Panda gergasi ialah haiwan asli di China terutamanya di Sichuan. Kebanyakan masanya dihabiskan dengan makan dan bermain. Panda gergasi ialah haiwan yg sangat istimewa kerana ianya dijadikan ikon bagi World Wildlife Federation (WWF).
Akhir kata untuk kali ini, sayangilah haiwan kerana mereka juga makhluk Allah. Tiada manusia dalam dunia haiwan tapi ada 'haiwan' dalam dunia manusia. Allah s.w.t menjadikan manusia sbg khalifah di muka bumi dan khalifah yg baik tidak akan sesekali menyiksa rakyatnya. Antara sebab saya sayangkan haiwan ialah mereka 'innocent', comel dan bila kita perhatikan tingkah laku mereka, there are something we can learn from them such as Pinniped (anjing laut) Dalam keadaan cuaca sejuk yang melampau, mereka akan membentuk satu kumpulan yang besar, anak-anak akan duduk di tengah-tengah kumpulan. Yg dewasa akan melindungi anak-anak tersebut daripada pemangsa yg akan cuba mengambil kesempatan, tak kira la anak siapa pun.
24 Mei, 2011
20 Mei, 2011
Adab SMS
Hari ini saya menulis di atas permintaan ibu saya. Saya mohon hidayah dari-Nya supaya hasil tulisan saya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Saya mendengar rungutan daripada para guru dan pensyarah bahawa para pelajar sekarang hanya pandai dari segi akademik tetapi sahsiah diri tidak selari dengan pencapaian mereka. Ada di kalangan pensyarah saya yang mengatakan apabila para pelajar menghantar SMS kepada mereka, sesuatu pertolongan yang ingin diminta itu dirasakan lebih kepada memberi arahan contohnya:
Prof, sy nk jmpa prof kat blik pkul 5 pm.prof kena sign kat surat prmohonan tu.
Dr, aku x boleh buat presentation hari ni sbb smua ahli kumpulan aku x dpt dtg.
Kesalahan yang terdapat pada ayat di atas ialah:
1. Tiada salam/ucap selamat. (sangat tidak sopan)
2. Penggunaan terlalu banyak perkataan singkatan. Walaupun Prof/Dr/Cikgu itu seorang yang 'slumber', boleh buat macam kawan2 tapi bila berkaitan soal kerja mestilah dihormati mereka selari dengan kedudukan mereka sebagai pendidik kita. Kita juga perlu bersikap lebih profesional.
3. Lihat contoh yang kedua, ini lagi teruk. Menggunakan kata ganti nama 'Aku' dengan seorang pensyarah. Perkara ini benar. Seorang pensyarah saya mmbacakan SMS yang lebih kurang seperti ini. Dia bertanya di dalam dewan kuliah, siapa yang menghantar SMS tersebut.(Tu la, masa cikgu BM ajar kat sekolah buat main2, konon BM tu senang sgt mcm makan kacang putih)
4. Tak ada nama pengirim. Ingatlah, kita ni bukannya VIP atau mnggunakan no. telefon utk panggilan kecemasan macam 999, kebanyakan pensyarah tidak akan menyimpan nombor telefon kita.
Ayat yang lebih baik ialah seperti ini:
Salam. Prof, saya Lisa pengarah utk hari interaksi jabatan kita. Boleh saya jumpa Prof pukul 5 petang di bilik Prof untuk mendapatkan tandatangan bg surat permohonan tu?
Selamat Petang Dr. Saya Kamala, ketua kumpulan 5. Kami mohon maaf kerana tak dapat buat pmbentangan pada hari ni.Beberapa orang ahli kumpulan kami terpaksa mngikuti program jabatan di tempat lain.
Walaupun ayat di atas ni lebih panjang tapi lebih sopan kan? Kalau pensyarah/guru tu tengah marah sekali pun, rasa sejuk sikit hati bila baca SMS macam ni. Semua orang suka dihormati, tak rugi apa pun kalau kita hormati org lain. Perkara seperti ini juga perlu dipraktikkan kepada semua orang bukan sekadar kepada ibu bapa atau pendidik kita.
Sebelum ingin menghantar mesej pesanan ringkas kepada sesiapa, ambil sedikit masa untuk meneliti perkara2 berikut:
1. Siapa yang ingin kita SMS? (Ibu bapa, guru, kawan2, datuk...etc)
2. Nama dan jawatan(apa2 maklumat yang membolehkan orang itu mengenali kita terutama sekali terhadap pensyarah, guru & etc. kalau ahli keluarga tak payah la sebab kebanyakannya tahu nombor telefon kita)
3. Semak kandungan mesej. Letakkan diri kita di tempat orang yg nak terima mesej. (Tanya diri, kalau anak murid hantar mesej ni kat aku, apa yang aku rasa?)
4. Jawatan penerima mesej terutama sekali antara ahli organisasi dalam sesuatu program.
Antara kekurangan kita mnyampaikan mesej melalui kaedah penulisan ialah penerima mesej tidak dapat melihat kita. Oleh itu, gaya bahasa yang digunakan mmberi tafsiran tntg perasaan dan sikap kita ketika menaip mesej tersebut. Setiap manusia berbeza tafsirannya terhadap sesuatu. Biarlah kita dikatakan skema daripada dicop sbg biadab.
Sekian, waalahua'lam.
16 Mei, 2011
Thank you teacher
Happy Teacher's Day to all teachers out there. Now,it is a little bit awkward for me as I just celebrate this day in Facebook and Blog. I still remember during my school time, teacher's day is an event that we were waiting for every year. On this special day, there will be a special occasion whereby we were glad to watch our beloved teacher perform on stage.
Let me share about one of my school teacher during Year 6. His name is Mr. Liew, my English teacher ( Err, I forgot his full name). He is a very strict and tidy person (all my teachers are strict too...hehe) especially when it comes about hygiene. I still remember that, every time he entered my class, the first thing he said after greeting was, "Please picks up any pieces of rubbish under your table or chair". He is a very dedicated and punctual teacher too. He never either miss his class nor late entering the class.
Somehow, we as students didn't like him so much because he was very fierce. Rarely we think about the positive values behind his actions. When he punishes us, we thought that he was a bad guy, don't like us, all of bad intentions circled in our mind. Actually, everything he had done was for our own benefits. He was not only taught us about English, how to speak, writing, understand the language and etc. But he also taught us about punctuality, discipline, hygiene and all of these values are very important for us in later life. He only done it in his own way. The last time I met him was about one or two years ago at night market Desa Damai. I was shocked and a bit proud because he still can recognize me although we haven't met since I leaved SK Kebun Sireh. He was looking good and handsome although some of his hair had turned into white in colour.
I like him because he is a kind of person that will just do the thing that is right and didn't even care what people felt and gossiping about him. Never cross in my mind that I will end up likely become a person that I don't like before, him. Thank you sir.
11 Mei, 2011
Cubaan
"Tiap-tiap diri pastilah merasakan mati. Dan sesungguhnya akan Kami berikan percubaan kepada kamu dengan kesusahan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kepada Kami-lah kamu semua akan kembali." ( Surah Al-Anbiya' ayat 35)
Pada pangkal ayat ini disebut "Tiap-tiap diri pastilah merasakan mati". Segala yang hidup tidak kira apa darjatnya di dunia ini sekalipun pasti akan merasakan sakaratul maut. Mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ialah satu proses untuk ke alam yang kekal abadi. Hidup di dunia ini cuma satu persinggahan, segala yang ada di sekeliling dan yang berlaku kepada kita membantu kita mengumpul seberapa banyak pahala atau pun dosa yang semuanya akan dihisab di padang mahsyar kelak. Balasan yang setimpal akan diberikan mengikut usaha kita di dunia ini. Janji Allah s.w.t bahawa seseorang itu tidak akan dizalimi sedikit pun, pasti ada balasannya untuk setiap amalan yang dikerjakan.
Keduanya, disebutkan tentang kesusahan dan kebaikan sebagai cubaan.Kadang-kadang kita ketawa, kadang-kadang kita menangis. Kadang-kadang kita diberi nikmat, kadang kita ditimpa musibah. Kadang-kadang kita sihat, kadang-kadang kita sakit.Hidup ini ibarat roda. Susah senang silih berganti seperti juga malam dan siang. Manusia apabila diberi nikmat maka mudahlah dia melupakan Pemberi nikmat itu kerana kelekaannya atau timbul sifat riak dalam dirinya. Contoh yang paling senang ialah pelajar yang tidak solat, suka ponteng kelas tetapi mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari pelajar yang bertungkus-lumus berusaha memahami pelajaran dan dalam masa yang sama menunaikan perintah Allah. Sengaja saya gunakan contoh ini kerana ramai rakan-rakan sekeliling saya yang mengadu tentang permasalahan ini. Saya juga mengalami perkara yang sama. Saya katakan kepada rakan saya, kejayaan yang Allah berikan kepada si dia itu satu cubaan pada dirinya dan kegagalan kita mendapat pointer yang baik ialah cubaan untuk kita supaya kita terus berusaha dan sentiasa percaya bahawa Allah tidak akan sesekali mensi-siakan usaha kita. Memang seronok bila berusaha ala kadar tapi dapat pointer yang 'power'. Namun, kita kena sedar adakah pointer yang tinggi itu berkat apabila perintah Allah dilanggarnya. Orang yang melanggar perintah Allah, sudah pasti tidak ada masalah baginya untuk melanggar perintah/ peraturan yang ditetapkan oleh manusia. Kenikmatan sering kali melalaikan manusia daripada mengingati Allah.
Kesenangan dan kesusahan akan mewarnai hidup kita selama nyawa masih dikandung badan. " Dan kepada Kami-lah kamu semua akan kembali." Setiap orang akan menempuh ujian, dugaan dan cabaran semasa hidup. Pengakhirannya ialah sama ada seseorang itu berjaya atau gagal dalam melepasi semua dugaan tersebut ketika kita menghadap Allah s.w.t.
Kesusahan juga satu cubaan. Cubaan untuk menguji sejauh mana keimanan dan kepercayaan seseorang itu kepada Allah. Tanpa iman yang kukuh dan semangat yang kental, tidak mustahil beban musibah yang menimpa akan semakin melemahkan kepercayaan dan kebergantungan seseorang kepada Yang Maha Esa. Apabila diberi nikmat, ingatlah bahawa semuanya milik Allah dan apabila ditimpa musibah, ingatlah bahawa Allah ingin menguji sejauh mana rasa cinta kita terhadap-Nya. Biarlah kita susah di dunia yang sementara ini asalkan kita gembira bertemu dengan-Nya di akhirat kelak.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Sekian, waallahua'lam.
Rujukan: Tafsir Al-Azhar, Prof Dr. Hamka, Juzuk 17 Surah Al'Anbiyaa' ayat 35 dan Al-Quran Terjemahan Pustaka Darul Iman
Langgan:
Catatan (Atom)