20 Mei, 2011

Adab SMS




Hari ini saya menulis di atas permintaan ibu saya. Saya mohon hidayah dari-Nya supaya hasil tulisan saya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Saya mendengar rungutan daripada para guru dan pensyarah bahawa para pelajar sekarang hanya pandai dari segi akademik tetapi sahsiah diri tidak selari dengan pencapaian mereka. Ada di kalangan pensyarah saya yang mengatakan apabila para pelajar menghantar SMS kepada mereka, sesuatu pertolongan yang ingin diminta itu dirasakan lebih kepada memberi arahan contohnya:

Prof, sy nk jmpa prof kat blik pkul 5 pm.prof kena sign kat surat prmohonan tu.

Dr, aku x boleh buat presentation hari ni sbb smua ahli kumpulan aku x dpt dtg.

Kesalahan yang terdapat pada ayat di atas ialah:
1. Tiada salam/ucap selamat. (sangat tidak sopan)
2. Penggunaan terlalu banyak perkataan singkatan. Walaupun Prof/Dr/Cikgu itu seorang yang 'slumber', boleh buat macam kawan2 tapi bila berkaitan soal kerja mestilah dihormati mereka selari dengan kedudukan mereka sebagai pendidik kita. Kita juga perlu bersikap lebih profesional.
3. Lihat contoh yang kedua, ini lagi teruk. Menggunakan kata ganti nama 'Aku' dengan seorang pensyarah. Perkara ini benar. Seorang pensyarah saya mmbacakan SMS yang lebih kurang seperti ini. Dia bertanya di dalam dewan kuliah, siapa yang menghantar SMS tersebut.(Tu la, masa cikgu BM ajar kat sekolah buat main2, konon BM tu senang sgt mcm makan kacang putih)
4. Tak ada nama pengirim. Ingatlah, kita ni bukannya VIP atau mnggunakan no. telefon utk panggilan kecemasan macam 999, kebanyakan pensyarah tidak akan menyimpan nombor telefon kita.

Ayat yang lebih baik ialah seperti ini:

Salam. Prof, saya Lisa pengarah utk hari interaksi jabatan kita. Boleh saya jumpa Prof pukul 5 petang di bilik Prof untuk mendapatkan tandatangan bg surat permohonan tu?

Selamat Petang Dr. Saya Kamala, ketua kumpulan 5. Kami mohon maaf kerana tak dapat buat pmbentangan pada hari ni.Beberapa orang ahli kumpulan kami terpaksa mngikuti program jabatan di tempat lain.

Walaupun ayat di atas ni lebih panjang tapi lebih sopan kan? Kalau pensyarah/guru tu tengah marah sekali pun, rasa sejuk sikit hati bila baca SMS macam ni. Semua orang suka dihormati, tak rugi apa pun kalau kita hormati org lain. Perkara seperti ini juga perlu dipraktikkan kepada semua orang bukan sekadar kepada ibu bapa atau pendidik kita.

Sebelum ingin menghantar mesej pesanan ringkas kepada sesiapa, ambil sedikit masa untuk meneliti perkara2 berikut:
1. Siapa yang ingin kita SMS? (Ibu bapa, guru, kawan2, datuk...etc)
2. Nama dan jawatan(apa2 maklumat yang membolehkan orang itu mengenali kita terutama sekali terhadap pensyarah, guru & etc. kalau ahli keluarga tak payah la sebab kebanyakannya tahu nombor telefon kita)
3. Semak kandungan mesej. Letakkan diri kita di tempat orang yg nak terima mesej. (Tanya diri, kalau anak murid hantar mesej ni kat aku, apa yang aku rasa?)
4. Jawatan penerima mesej terutama sekali antara ahli organisasi dalam sesuatu program.

Antara kekurangan kita mnyampaikan mesej melalui kaedah penulisan ialah penerima mesej tidak dapat melihat kita. Oleh itu, gaya bahasa yang digunakan mmberi tafsiran tntg perasaan dan sikap kita ketika menaip mesej tersebut. Setiap manusia berbeza tafsirannya terhadap sesuatu. Biarlah kita dikatakan skema daripada dicop sbg biadab.

Sekian, waalahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan