Mereka: Kamu ada baca kitab Quran kan? Ada diberitahu bila hari kiamat?
Saya : Kiamat ialah urusan Tuhanku dan Tuhanmu, Allah. Tak ada sesiapa pun yang tahu bila akan terjadinya kiamat. Cuma, Allah memberi peringatan dalam Al-Quran tentang keadaan pada hari itu. Ada tanda-tanda sebelum kiamat.
Mereka : Apa tanda-tandanya?
Saya : Antara tanda-tanda kecil ialah apabila ibu melahirkan tuan. Maksudnya, anak menjadi derhaka kepada ibu. Berlaku penzinaan di merata-rata tempat, apabila seseorang yang tidak layak diberi jawatan dan semakin hilang ilmu maksudnya ramai ilmuwan yang meninggal dunia. Antara tanda-tanda besar pula ialah apabila matahari terbit dari sebelah barat, turunnya Nabi Isa Alaihissalam (a.s) dan keluar binatang yang melata ke muka Bumi. Kenapa kamu tanya?
Mereka : Kami tengok dalam Youtube tentang kiamat akan terjadi pada 2012.
Saya : Saya tak percaya. Macam saya cakap tadi, tak ada siapa yang tahu bila kiamat akan berlaku kecuali Allah. Saya rasa semua tanda-tanda kecil dah ada cuma tanda-tanda besar saja yang belum. Kalau nak tahu tentang kiamat, lebih baik baca Quran. Boleh ambil yang terjemahan. Dalam Quran banyak surah yang menceritakan tentang hari kiamat. Kiamat akan berlaku pada bila-bila masa, sentiasa bersedia.
Then when the Horn is blown with one blast
And the earth and the mountains are lifted and leveled with one blow -
Then on that Day, the Resurrection will occur,
(Al-Haqqah: 13-15)
Saya jawab soalan mereka berdasarkan apa yang saya tahu dan ingat apa yang diajar oleh ustaz/ustazah semasa sekolah dahulu. Betapa halusnya cara Allah s.w.t memberi peringatan kepada saya tentang hari kiamat dengan melalui pertanyaan dari rakan bukan Islam. Perkara ini bukan sekadar menguji kefahaman saya dan sejauh mana pengetahuan saya tentang hari kiamat malah menyedarkan saya bahawa Al-Quran yang saya baca bukan sekadar baca saja tapi perlu difahami dengan benar dan mampu untuk disampaikan isi kandungannya kepada orang lain. 2 perkataan yang terakhir kepada mereka ialah sentiasa bersedia. Nasihat yang diberi kepada orang, lebih berat untuk diamalkan pada diri sendiri.
p/s: Balik asrama saja, buka Quran. Tengok balik terjemahan dan surah-surah tentang kiamat... Al-Waqi'ah, Al Haqqah, Al-Qariah & etc. Am I told anything wrong to them? Muhasabah diri sendiri. Periksa balik solat-solat yang belum diqadha, periksa hati...adakah kebaikan yang dilakukan selama ini benar-benar ikhlas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan