01 Oktober, 2011

Terima kasih


Terima kasih, thank you, syukran, xie xie, arigatou, gomawo dan etc. ialah ucapan keramat yang diucapkan kepada seseorang sebagai tanda penghargaan terhadap usaha baiknya kepada kita. Ucapan ini mengeratkan hubungan, menambahkan kemesraan dan membuatkan kita gembira apabila mendengarnya. Walaubagaimana pun, kadang-kadang apabila melibatkan ahli keluarga atau orang yang rapat dengan kita, ada sesetengah orang berasa janggal untuk mengucapkan terima kasih kepada ayah, ibu, nenek, datuk, anak dan lain-lain kerana sebagai ahli keluarga memang seharusnya kita saling bantu-membantu. Jadi macam mana nak tunjukkan tanda penghargaaan tu?

1. Buat sesuatu yang menggembirakan hati mereka. Jika kita lihat ibu keluar bekerja di awal pagi dan tak sempat nak kemas rumah, kita boleh tolong siapkan. Tak susah pun, anggap saja sebagai senaman.

2. Elakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka kecil hati atau sedih. Jika ayah belum mengizinkan untuk mempunyai hubungan yang serius dengan orang lain atas alasan kita masih belajar, turutkan saja.

3. Jika ada duit lebih, boleh la beli pen, coklat, kek atau apa-apa makanan yang disukai oleh seseorang itu. Biasanya orang yang membantu kita seperti adik beradik atau kawan baik akan berasa tidak senang jika diberi duit, jadi anggap saja kita bagi hadiah penghargaan kepada mereka.

4. Bantu mereka ketika mereka mengalami kesusahan. Jika ada rasa berat hati nak melakukannya, ingatlah kembali jasa dan kebaikan yang pernah mereka diberikan kepada kita.

5. Kepada anak kecil seperti anak saudara, kita boleh beri mereka peluang untuk minta satu benda yang disukai untuk menggembirakannya. Pada masa yang sama, sentiasa mengingatkan mereka supaya rajin membantu orang lain atas jalan kebaikan walaupun tidak mendapat apa-apa barang sebagai balasan.

6. Doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

p/s: Nenek saya tak pernah membiarkan saya dan adik-adik pergi dengan tangan kosong selepas membantu dia. Paling kurang pun dia akan bagi 3 biji epal atau mempelam. Bagi saya, sikap ini baik untuk kita amalkan bersama jika berkemampuan berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan