Hari ini, banyak pengajaran yang dapat diambil dari pengalaman menjual aiskrim bagi mengumpul dana untuk aktiviti pelajar. Ketika rakan saya mencadangkan untuk aiskrim ini dijual di taman tasik, saya terus bersetuju. Dengar macam kerja gila kan? Tiba-tiba nak jual aiskrim pada orang yang tak dikenali. Ini satu cabaran. Kalau saya tak cuba, saya takkan tahu setakat mana potensi diri saya. Itu yang saya fikir pada mulanya.
Bila saya mula melangkah ke taman, hati rasa berdebar-debar. Saya terfikir apa pandangan orang terhadap saya. Macam mana nak tegur orang? Macam mana nak jual aiskrim-aiskrim ni? Bawa pakai kotak ja kot. Teringat kisah Abdul Rahman Bin Auf yang pernah diceritakan oleh ibu saudara saya. Ketika beliau berhijrah bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w, beliau ditanya oleh orang Ansar tentang jenis pertolongan apa yang dia perlukan. Bukan harta, bukan duit yang diminta tetapi beliau minta untuk ditunjukkan kepadanya pasar supaya beliau boleh berniaga. Bermula dengan 0, akhirnya beliau menjadi salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang paling kaya. Usaha dan ketakwaan yang tinggi membuatkannya berjaya dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan. Saya jadikan sahabat Nabi ini sebagai inspirasi. Saya berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberi kekuatan, kesungguhan dan keberanian seperti Abdul Rahman.
Ketika hendak menjual aiskrim, saya sangat takut untuk menegur dan mempromosi aiskrim yang saya bawa. Segala doa dibaca supaya dipermudahkan urusan. Semasa menjual aiskrim, saya teringat pula akhlak mulia yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Kita perlu sentiasa bersikap jujur dan berbudi bahasa ketika berniaga. Macam-macam perangai manusia yang saya jumpa. Ada yang baik, ada yang tak berkira langsung untuk beli dan ada juga yang menolak. Tapi yang paling penting ialah berusaha. Rezeki itu milik Allah s.w.t dan Dia akan beri pada mereka yang berusaha. Kadang-kadang Allah melapangkan rezeki, kadang-kadang Dia menyempitkan rezeki. Kedua-duanya adalah untuk menguji hamba-hambaNya.
Alhamdulillah, jualan saya berjalan lancar. Dalam masa satu jam, saya berjaya jual 13 tub. Syukur dan pada masa yang sama malu dengan Allah s.w.t. Walaupun dosa menggunung tinggi tapi Dia tetap memberi pertolongan kepada hambaNya. Pengajaran yang paling penting untuk hari ini ialah kita takkan tahu apa yg kita akan perolehi jika kita tidak mencuba bersungguh-sungguh. Kadangkala cabaran yang datang bukan dari luar tapi dari dalam diri kita sendiri. Segala perasaan takut, rendah diri, malas dan malu tak bertempat boleh menjadi penghalang terbesar daripada mencapai kejayaan. Nobody can change what is inside you. Allah s.w.t will give you chance when you are ready but you, the only one who have to decide either to take it or leave it.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan