22 Jun, 2016

17 Ramadhan

Ada apa dengan 17 Ramadhan?

Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi,

Dalam kekacauan keruntuhan akhlak masyarakat Arab Jahiliyah, wahyu yang pertama diturunkan. Perkataan pertama ialah Iqra', BACA. Ubat bagi mengubati kejahilan manusia ialah ILMU. Ilmu tu diperoleh melalui pembacaan baik secara tulisan kalam, kajian pada apa yang ada sekeliling atau mendengar tunjuk ajar ilmuan.



Baca dengan NAMA TUHANMU.
Manusia yang membaca dengan nama Tuhan TAKKAN sombong dengan ilmu yang dia ada sebab dia dah mindset bahawa semua ilmu itu milik Tuhan.

Dia telah menciptakan manusia daripada SEGUMPAL DARAH.
Ingat balik asal kejadian diri kita. Kita ni tak ada apa-apa kuasa. Kita asal kejadian dari sesuatu yang semua orang rasa jijik bila tengok.

Kita lahir dalam keadaan tak tahu apa-apa. Makan minum pun orang yang kena bagi. Nak berjalan pun ibu ayah ajar. Dan sekarang bila kita dah ada ilmu tentang banyak perkara, apa yang kita dah buat untuk tunjuk rasa syukur? Atau adakah kita bersyukur dengan segala yang diberi tanpa kita minta?

Lihat di sekeliling, adakah perkara yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah dulu ada dalam masyarakat kita?
Merompak, membunuh, menipu, amalan riba, pembuangan bayi.... ada tak?

Walaupun Al-Quran diturunkan di Tanah Arab tapi ianya wahyu yang diturunkan untuk semua umat manusia daripada saat Rasulullah s.a.w dilantik menjadi rasul terakhir sehinggalah Hari Kiamat nanti. Ianya untuk SEMUA MANUSIA tanpa mengira bangsa, bahasa dan melangkaui sempadan geografi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan