05 Oktober, 2016

Sembang-sembang

Assalamualaikum. Apa khabar?

Lama saya tak menulis kat sini, sibuk menulis status di Facebook saja. Hmmm....nak sembang apa? Berita terbaru yang hangat di pasaran, HARGA MINYAK NAIK ke? Rasa macam tak layak saya nak ulas sebab saya bukannya pakar ekonomi. Cuma kalau nak ulas dari segi kedudukan sebagai rakyat marhaen, saya pun sama juga seperti rakyat Malaysia yang lain. Tentu la tak puas hati & boleh agak akan berlaku kenaikan harga barang. 

Tapi, saya sendiri sebenarnya lebih suka fikirkan cara untuk selesaikan masalah daripada pung pang pung pang heboh pasal masalah. Saya juga sedar dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak syarikat yang mula kurangkan pekerja. Kalau yang dah kerja pun kena buang kerja, yang tak ada kerja lagi macam saya ni, entah la apa nasib. Anda ada baca post saya sebelum ni? Ya, saya masih bekerja, berniaga simkad Tone Excel sambil-sambil guna handphone tiap-tiap hari. Dah hampir 10 bulan. Alhamdulillah, walaupun belum kaya tapi paling kurang tak perlu meminta-minta dengan orang lain.

Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai kata-kata rakan niaga saya, 
" Payung tu buka awal sikit, biar tak basah kuyup nanti."

Maksudnya, kita kena buat persediaan awal. Kalau dah rasa gaji yang ada sekarang tu tak cukup untuk sara keluarga, cari la sumber pendapatan sampingan.

Kalau rasa lepas graduate nanti belum tentu dapat kerja, buat la kerja part time dari sekarang. Mungkin ada rezeki dari Allah, lepas graduate nanti kerja part time tu boleh jadi full time. Tak kisah la tahap pengajian kita tinggi mana, dalam bidang apa sekali pun. Ilmu bukan hanya pada skrol tetapi pada kemampuan diri kita untuk guna segala pengetahuan yang kita ada & kebolehan bagi mencari nafkah untuk diri & keluarga.

Saya tak malu & tak pernah malu pun untuk mengaku saya graduan Bioperubatan & sekarang saya berniaga simkad. Bidang telekomunikasi & bioperubatan memang berbeza tapi SIKAP dalam menjalankan kerja adalah sama. Istiqomah, sabar, sentiasa belajar, sama je. Walau susah macam mana sekali pun kita belajar & kerja, susah lagi kalau tak ada DUIT. Tu yang kena ingat bila rasa nak give up.

Melihat pada keadaan rakan saya yang biasiswanya dibeku berikutan ada masalah dalam peruntukan, saya jangka pada masa hadapan, sesiapa yang nak sambung belajar, kita kena ada back up duit sendiri. Serius la. Saya bukan tulis sembang kosong, saya menulis kerana saya seorang pelajar siswazah & saya alami, nampak perkara macam ni berlaku di depan mata saya sendiri. Saya menjangkakan yang saya boleh habis pengajian sarjana saya dalam masa 2 tahun tapi ada beberapa masalah di penghujungnya ni, terpaksalah sambung lagi. Mujur ada wang simpanan untuk bayar yuran pengajian. 

Sampai sini saja untuk kali ni, jumpa lagi bila saya ada idea nak tulis...hahahaha... wasalam =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan