21 Ogos, 2019

Munafik


Kenalan bapa angkat saya di Jepun adalah seorang warga Jepun yang pernah bekerja di Malaysia selama 8 tahun. Dia boleh faham & bertutur sikit-sikit dalam Bahasa Melayu. Suatu hari, masa kami tengah makan tengah hari di sebuah restoran, kenalan bapa angkat ni tanya saya 1 soalan. 

“Kenapa orang lelaki Islam sahaja yang pergi solat Jumaat? Kenapa yang perempuan tak pergi?”

Selepas saya jawab soalan dia, saya tanya balik “Kenapa dia tak tanya soalan tu kat kawan sekerja di Malaysia. 8 tahun kan awak tinggal kat sana.”

Kenalan tu kata, “Saya takut mereka bagi jawapan yang salah sebab ada orang Islam yang saya kenal terlalu ekstrim. Itu salah, ini salah. Bila bercakap dengan mereka, saya rasa tak senang. Ada orang Islam yang mengaku Islam tapi tak beramal dengan apa yang Islam ajar contohnya mungkir janji, tak amanah… asyik ponteng kerja”

Jadi saya cakap kat dia, “Kalau awak nak tanya tentang Islam, tanya pada orang Islam yang tak ada sifat munafik. Ciri-ciri sifat munafik ini ialah:

1.    Bila berjanji , dia mungkir.
2.    Bila diberi amanah, dia khianat. Contohnya, ponteng kerja macam yang disebut tadi atau bila diberi kuasa untuk menguruskan harta syarikat, dia seleweng.
3.    Bila bercakap, dia berdusta/berbohong.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim. (1)
Rujukan:
1.    http://www.islam.gov.my/e-hadith/915-sifat-orang-munafik

Yang ini gambar semasa kami makan malam. Tak ada pulak gambar masa kami makan tengah hari waktu dia tanya soalan tu. 😁

15 Ogos, 2019

Aku tak suka senyum


Dari pukul 8-9 pagi, tak ada pesakit pun yang masuk ke Jabatan aku. Aku pun duduk relaks saja la goyang kaki kat dalam pejabat. Tapi lepas tu, sekali datang berderet-deret pesakit. Ada sorang pesakit ni datang kata nak buat X-ray. Aku pun persilakan dia duduk. Dia cuba nak sembang, aku cuma kata, “Kejap ya, duduk dulu”

Lepas habis ujian, aku pun minta la dia ambil kad pesakit balik & naik tingkat atas, jumpa doktor. Dia cakap, "Terima kasih, dik. Awak kalau senyum lagi comey."

Aku cuma senyum tak ikhlas sikit & cakap Ok. Dalam hati, ada sekelumit rasa menyampah. Dengan pesakit atau staf lelaki, aku memang berat hati sikit la nak senyum sebab:

1.      Kadang terkena dengan 'ulat bulu naik daun' a.k.a lelaki miang. 

2.      Wife pesakit salah faham, tenung aku gaya macam nak libas dengan pelepah nyok. Haihhh….

3.      Pesakit suka sembang hingga mengganggu aku nak buat kerja. Hilang fokus boleh buat aku salah daftar test, bab ni yang aku paling tak suka.

Kalau nak tunjuk comey, aku tak kerja kat klinik la. Baik aku jadi model....aauuu

Sebenarnya, takde salah pun apa yang pesakit cakap & takde salah pun aku berpegang pada prinsip menjaga batas pergaulan yang mungkin agak tegas pada sesetengah orang. Semuanya bergantung pada penerimaan masing-masing. 😁

05 Ogos, 2019

Review Pedasss Chic-kyun Challenge (Myeongdong Topokki)

Hujung minggu lepas, aku pergi outlet Myeongdong Topokki kat 1 Utama Shopping Complex. Suami aku la yang ajak sebab lidah dia teringin nak makan makanan Korea hari tu. Biasanya kami pesan Hangul Chicken Ramyun dengan Bulgogi. Disebabkan kami berdua suka makan makanan pedas, kami pun cuba la Pedasss Chic-kyun Challenge. Tapi aku kata la kat suami, beli 1 set ja yang Pedasss ni, 1 set lagi ambil Hangul Chicken Ramyun. Takut pedas sangat, kang tak boleh makan pulak.

Setibanya kedua-dua ramyun tu, perghhhhh......memang pedas gila. Kau memang tak boleh nak hirup langsung kuah dia. Suami aku cuba jugak makan tapi lepas beberapa suap, muka dia dah merah sangat & sampai 1 tahap dia dah tak boleh telan. Aku kata dah, jangan paksa diri tapi dia kata kalau tak makan macam membazir la sebab dah bayar.

Lepas aku selesai makan 3/4 mangkuk Hangul Chicken Ramyun tu, aku dapat idea. Apa kata kaut ramyun yang Pedasss tu & masukkan dalam kuah Hangul Ramyun aku? Kami pun cuba & Alhamdulillah, ramyun tu boleh dimakan dengan penuh nikmat 😋

Nak cuba lagi tak?
Cukuplah sekali, tak sanggup kami ulangi. Kami punya had pedas tu setakat Hangul Chicken Ramyun saja la yang kami boleh enjoy. Cumanya yang aku perasan, suami aku takdak la sakit perut lepas makan ramyun ni berbanding makan ayam 3x extra pedas tu.

Aku kaut keluar ramyun yang dari mangkuk Pedasss Chic-kyun Challenge tu untuk dipindahkan ke mangkuk bertentangan yang depan suami aku tu.

Nampak tak bezanya kemerahan kuah antara kedua-dua ramyun tu. Yang depan sekali ni, aku tengok warna kuah dia pun aku gerun.....perggghhh. Aku akui Pedasss Chic-kyun Challenge memang betul-betul pedas.