27 April, 2017

Miskin yang sabar atau kaya yang syukur?

Yuhuuu, lama tak jumpa..... hehehe... Bukan apa, kadang tu ada saja idea nak menaip tapi tangguhkan, buat kerja lain. Lepas tu lupa pulak nak tulis apa & perkara ni berlarutan sampai beberapa bulan, tu yang nampak senyap je. Hari ni saya nak kongsi cerita di Facebook saya.

Semalam saya ada post soalan ni. Yang mana lebih baik antara:

1. Orang miskin yang bersabar

2. Orang kaya yang bersyukur

Rata-rata rakan Facebook saya jawab, dua-dua baik. Memang betul kedua-duanya baik tapi, mengikut agama, orang kaya yang bersyukur itu lebih baik. Sebab bila dia bersyukur, hubungan dengan Allah
terjaga & pada masa yang sama, dia boleh bagi manfaat, bantuan kepada ramai orang lain yang dalam kesusahan. 

Seperti mana yang ditonjolkan oleh isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah, para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Bin A'ffan, Abdurrahman Bin Auf & etc. 6 daripada 10 orang sahabat Nabi yang dijamin syurga adalah terdiri daripada orang kaya yang kekayaan mereka, kita masih boleh tengok pada tanah wakaf & hotel wakaf yang dimajukan di Madinah sekarang ni. Keberkatan kekayaan mereka tu berpanjangan walaupun selepas 1000 tahun mereka meninggal dunia.

Orang kaya boleh bayar banyak wang zakat & dengan zakat itu boleh tolong orang yang susah seperti ilmu & modal berniaga untuk golongan ibu tunggal. Nampak tak macam mana orang kaya yang bersyukur ini boleh membantu menaikkan ekonomi umat Islam?

Sekadar perkongsian daripada saya, setakat ilmu yang saya belajar. Waallahua'lam. =)

22 Januari, 2017

FOKUS

Assalamualaikum. Hai semua pembaca (bajet ramai la sangat yang baca...hahahaha)

Hari ni saya cuma nak kongsi tentang macam mana kita nak kekalkan momentum semangat dalam kita berusaha untuk capai misi hidup kita. Okay, as a Muslim, semestinya misi hidup kita ialah berjaya kembali ke kampung asal iaitu syurga yang abadi. Itu misi utama tapi nak capai ke arah tu, banyak jalan. Setiap orang dari kita ni tak sama pada kelebihan & kekurangan yang Allah bagi iaitu dari segi sikap, pencapaian akademik, kemahiran & sebagainya.

Bagi pendapat saya, saya cerita berdasarkan apa yang saya buat selama ni, kita kena FOKUS pada kerja kita. Fokus pada kelebihan diri, kekurangan diri & gol yang kita nak capai. Saya ingat lagi masa saya kecil dulu, family saya selalu bandingkan diri saya dengan anak-anak orang lain. Kenapa anak orang tu boleh dapat A tapi saya tak dapat? Kenapa anak yang lain boleh melompat tapi saya tak pandai melompat? Kenapa itu kenapa ini. Saya sangat stres & saya selalu rasa diri saya macam tak berguna. Tapi nasib baiklah masa zaman saya kanak-kanak ada banyak lagu nasyid ketuhanan jadi bila saya rasa stres, saya banyak ke arah ingat Tuhan. Saya baca Quran dengan tafsir sekali, dari situ saya dapat zat motivasi. Yang paling penting dalam hidup ni bukanlah pandangan orang lain tapi pandangan Allah pada diri kita.

Apa yang Allah suruh, kita buat. Apa yang Allah larang, kita jauhkan diri, jangan buat. Dan apa pun kelebihan, minat & kemahiran yang kita ada, kita gunakan ke arah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Seriously saya kesian dengan kawan-kawan yang suka bagi tekanan pada diri sendiri dengan membandingkan pencapaian diri dia & orang lain. Saya pun kadang-kadang macam ni jugak tapi saya tak biarkan diri saya hanyut terlalu lama dalam keadaan macam tu. Contoh bila saya dapat pointer yang tinggi, kawan saya stres sebab dia tengok saya tidur lebih lama & study lebih relaks dari dia tapi pencapaian saya lebih baik. Saya pernah bagitau dia, pencapaian saya baik bukan sebab saya pandai. Saya tak rasa saya pandai pun, saya cuma fokus. Saya tak peduli pasal pointer orang lain. Bila saya belajar, saya belajar sebab saya minat, saya suka nak tahu tentang sesuatu fakta & juga sebab saya nak capai target pointer untuk melayakkan diri terima biasiswa. Sebab saya sedar family saya tak mampu nak support saya belajar ke peringkat lebih tinggi kalau tak dapat bantuan pelajaran. Saya pula memang demand tak nak ambil pinjaman sebab saya tak suka berhutang. Buat pening kepala je nak bayar lepas belajar.

Ada orang kata kita tengok kejayaan & pencapaian orang lain sebagai cabaran untuk kita berjaya dalam sesuatu bidang. Bagi saya, terpulang pada diri sendiri. Kalau awak rasa awak lebih bersemangat dengan cara tu, ikut suka awak. Kalau saya, saya tak suka dengan cara tu. Cabaran yang buat saya sentiasa berusaha ialah masalah hidup yang saya hadapi. Saya fokus pada macam mana nak selesaikan masalah hidup saya & bertahan sehingga saya menghembuskan nafas terakhir & kembali ke rahmatullah dengan jayanya. Itu fokus saya. Saya tak perlu tengok pencapaian orang lain untuk buat saya rasa tercabar. Sebab bagi saya, kalau saya buat macam tu, saya akan rasa sangat tertekan macam zaman kanak-kanak saya dulu. Saya tak nak. Serik.



Kesimpulannya hidup lebih tenang bila kita hanya fokus pada kerja & pencapaian diri sendiri. In terms of finding source to boost up motivation, since childhood I prefer to search in the Quran or reading about Prophet Muhammad pbuh & his companion. Jarang sangat saya ambil tahu pasal pencapaian orang lain atau tokoh lain, tak kira la tokoh pelajar, tokoh negara, tokoh belia ke melainkan cerita tokoh tu masuk dalam soalan periksa

22 Disember, 2016

Am I NORMAL?

Assalamualaikum. Hai. Jarang-jarang dah saya tulis kat blog ni, ada lagi ke orang yang nak baca tulisan saya? =D

Entri kali ni takde apa sangat, cuma nak kongsi pendapat saya tentang satu drama kat TV yang tengah trending sekarang ni. Tak nak sebut la nama drama tu, bukan saya dapat DUIT pun kalau promote hahahaha

Saya tengok status kawan-kawan FB, ramai la yang melting bagai dengan watak hero. Siap tulis lagi kata-kata romantik sebagai status. Saya mengaku, saya pun tengok jugak la sebab waktu tu biasa saya dinner & just buka TV sambil-sambil makan. I don't know why, honestly for me, saya rasa menyampah tengok watak hero & saya tak rasa romantik pun dialog dia. Serius. Saya terfikir, am I Normal? 

Whatever scene yang diorang cakap sweet, saya rasa menyampah. Sorry to say. Dan yang saya paling tak suka ialah bila cerita melibatkan watak doktor, apa yang ditunjukkan hanyalah doktor tu pegang stetoskop. Nak check ahli keluarga yang sakit pun, watak yang ditunjukkan dia hanya goncang-goncang badan & nampak gelabah. Please la, boleh tak kalau nak buat cerita tu at least buat kajian sikit. Tak payah sampai ke tahap pakar, cuma ketengahkan perkara asas tentang tugas seorang doktor. Bila pesakit pengsan, doktor akan check nadi, tengok warna kulit, bibir & kuku, tengok keadaan anak mata untuk dapatkan diagnosis awal.

Saya teringin nak tengok cerita tempatan yang boleh mendidik masyarakat tapi pada masa yang sama, cerita tu tak berat, santai je. Contoh macam cerita Korea. Kalau cerita tentang ahli perniagaan, diorang ada juga tunjukkan macam mana strategi pemasaran, macam mana perbincangan untuk keluarkan sesuatu produk. Benda asas je tapi paling kurang, kita NAMPAK kerja ahli perniagaan tu macam mana. Cabaran dia macam mana. Cerita tempatan kita pulak, majoriti pi mai pi mai pasal cinta, 100% tunjuk aksi romantik, tak mendidik langsung. Kalau yang mendidik pula, cerita tu terlalu berat, jalan cerita kurang menarik & tak mampu dihayati oleh masyarakat umum. 

Banyak gula boleh menyebabkan kencing manis, sama jugak bila kita asyik suap masyarakat tentang kemanisan ayat-ayat romantik yang boleh membakar & meledakkan nafsu/kemahuan khayalan. Cinta sebenar antara 2 insan bukan sekadar terletak pada aksi & ayat romantik. Perlu lebih penekanan pada macam mana dengan perasaan cinta tu, mereka saling menyokong antara satu sama lain supaya sama-sama berjaya dalam kerjaya. Daripada sekadar tunjuk aksi romantik, tunjuk la macam mana doktor tu rawat orang yang dia sayang. Tunjuk la macam mana isteri dia tolong dapatkan tender untuk perniagaan suami dia. Cakap meeting dengan Dato' tu, Dato' ni. Tunjuk la sikit perbincangan meeting tu macam mana, pembentangan kertas kerja macam mana. Kalau ada scene yang azankan anak, kenapa perlu letak latar belakang lagu tema? Kenapa tak dengarkan azan tu? Cuba tengok cerita Hindustan, ada ja scene yang mereka baca doa atau petikan dari kitab Hindu. They are proud with their religion, yang kita ni nak malu sangat dah kenapa? Padahal majoriti rakyat Malaysia ni ada agama. Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Azan tiap-tiap hari dengar kat bumi Malaysia ni, takkan tak boleh nak azan?

Sekadar luahan pendapat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, jangan langgar sempadan. Ok? =)

13 Oktober, 2016

Thinking to giving up



Banyak benda yang saya buat tak menjadi. Rasa macam hidup ni terikat, stuck. I feel that I cannot move. Daripada sebesar-besar perkara sampai sekecil-kecil tanam pokok. Pokok bunga mawar dalam gambar di atasa ialah pokok yang ditanam oleh mak saya. Rasanya dah setengah tahun la, pokok tu tak pernah berbunga. Mak saya suruh saya yang jaga sebab mengikut prestasi mak saya, pokok yang berdaun saja yang dia berjaya tanam & tumbuh dengan baik. Kalau pokok bunga, sama ada mati, tak membesar atau tak berbunga. Jadi, dia suruh saya cuba jaga pulak.

Saya pun ikut la cakap mak saya. Saya jaga pokok tu. Siram, buang rumpai. Hari-hari siram pun dia macam tu je, keluar daun punya la banyak tapi tak ada bunga. Tengok pokok yang tok saya tanam, merecik bunga-bunga yang kembang. Saya pun tanya tok saya macam mana dia jaga pokok bunga mawar dia. Tok saya syorkan saya letak baja yang sama macam yang dia guna. Saya pun letak la baja macam yang tok saya ajar. Pokok bunga lain dah berbunga tapi pokok ni macam tu jugak. Kecewa la, rasa macam nak cabut buang je.

Masa saya tengah sapu sampah kat laman, tok saya datang:

Tok  : Mana pokok bunga ros hang yang berbunga tu?
 Saya: Mana ada. Dah lama siram pokok tu, buh baja tapi dia tak berbunga pun.
Tok : Dah keluaq bunga la, sekuntum.
Saya: Mana ada.
Tok : Ada. Hang mai sini tengok betul-betul.

Sometimes we're thinking of giving up by the time that we actually already succeed. We just don't realize it. Saya memang rasa terharu, saya menangis gembira tengok putik bunga yang keluar tu. FINALLY! I DID IT!

Pengajaran yang saya dapat dari jaga pokok ni ialah usaha kena konsisten. Percaya pada diri sendiri, percaya pada kuasa Tuhan. Rasa penat, kecewa tu biasa. Kita ni manusia. Tapi kalau kita betul-betul nak sesuatu perkara tu berhasil, kita kena BUAT SAMPAI JADI. 

05 Oktober, 2016

Sembang-sembang

Assalamualaikum. Apa khabar?

Lama saya tak menulis kat sini, sibuk menulis status di Facebook saja. Hmmm....nak sembang apa? Berita terbaru yang hangat di pasaran, HARGA MINYAK NAIK ke? Rasa macam tak layak saya nak ulas sebab saya bukannya pakar ekonomi. Cuma kalau nak ulas dari segi kedudukan sebagai rakyat marhaen, saya pun sama juga seperti rakyat Malaysia yang lain. Tentu la tak puas hati & boleh agak akan berlaku kenaikan harga barang. 

Tapi, saya sendiri sebenarnya lebih suka fikirkan cara untuk selesaikan masalah daripada pung pang pung pang heboh pasal masalah. Saya juga sedar dengan keadaan ekonomi sekarang, banyak syarikat yang mula kurangkan pekerja. Kalau yang dah kerja pun kena buang kerja, yang tak ada kerja lagi macam saya ni, entah la apa nasib. Anda ada baca post saya sebelum ni? Ya, saya masih bekerja, berniaga simkad Tone Excel sambil-sambil guna handphone tiap-tiap hari. Dah hampir 10 bulan. Alhamdulillah, walaupun belum kaya tapi paling kurang tak perlu meminta-minta dengan orang lain.

Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda mengenai kata-kata rakan niaga saya, 
" Payung tu buka awal sikit, biar tak basah kuyup nanti."

Maksudnya, kita kena buat persediaan awal. Kalau dah rasa gaji yang ada sekarang tu tak cukup untuk sara keluarga, cari la sumber pendapatan sampingan.

Kalau rasa lepas graduate nanti belum tentu dapat kerja, buat la kerja part time dari sekarang. Mungkin ada rezeki dari Allah, lepas graduate nanti kerja part time tu boleh jadi full time. Tak kisah la tahap pengajian kita tinggi mana, dalam bidang apa sekali pun. Ilmu bukan hanya pada skrol tetapi pada kemampuan diri kita untuk guna segala pengetahuan yang kita ada & kebolehan bagi mencari nafkah untuk diri & keluarga.

Saya tak malu & tak pernah malu pun untuk mengaku saya graduan Bioperubatan & sekarang saya berniaga simkad. Bidang telekomunikasi & bioperubatan memang berbeza tapi SIKAP dalam menjalankan kerja adalah sama. Istiqomah, sabar, sentiasa belajar, sama je. Walau susah macam mana sekali pun kita belajar & kerja, susah lagi kalau tak ada DUIT. Tu yang kena ingat bila rasa nak give up.

Melihat pada keadaan rakan saya yang biasiswanya dibeku berikutan ada masalah dalam peruntukan, saya jangka pada masa hadapan, sesiapa yang nak sambung belajar, kita kena ada back up duit sendiri. Serius la. Saya bukan tulis sembang kosong, saya menulis kerana saya seorang pelajar siswazah & saya alami, nampak perkara macam ni berlaku di depan mata saya sendiri. Saya menjangkakan yang saya boleh habis pengajian sarjana saya dalam masa 2 tahun tapi ada beberapa masalah di penghujungnya ni, terpaksalah sambung lagi. Mujur ada wang simpanan untuk bayar yuran pengajian. 

Sampai sini saja untuk kali ni, jumpa lagi bila saya ada idea nak tulis...hahahaha... wasalam =)