15 Januari, 2016

Rainy

I'm not gonna talk about rainy day, either literally or philosophically. Rainy is a cat, just an animal in the eyes of others. But to me, Rainy is more than that. She's a family member, a friend. We're so close, my siblings called her as my youngest sister. 

Rainy ni kasar. Dia tak manja macam kucing lain. Dia dibesarkan dalam sangkar sejak dari kecil. Masa mak saya adopt dia, Rainy dianggar dah berusia setahun. Masa mula-mula dia datang ke rumah saya, dia sangat takut dengan kucing-kucing saya yang lain. Bila kami lepaskan dia, bagi dia peluang untuk keluar dari sangkar, dia lari tak tentu arah. Punyanya la seronok. Terlompat-lompat, terkinja-kinja. Kita pun tak suka kena kurung kan, sama la juga dengan Rainy. Kucing-kucing saya yang lain asyik berkawal di sekeliling dia. Rumah saya dekat dengan hutan. Ada ular, biawak & seribu satu macam spesis haiwan. Kucing kampung tahu la yang mana boleh main, yang mana tak. 

Mulanya dia sangat liar. Tak ada sesiapa pun yang boleh pegang dia. Mak saya sampai berdarah jari kena gigit. Saya cuba dapatkan kepercayaan dia secara perlahan-lahan. Pertama sekali saya cuba usap dia sekali dua. Lepas agak dia dah selesa, saya cuba garu-garu atas kepala dia. Seterusnya saya cuba peluk dia tapi pada awalnya dia memang tak bagi. Dia jadi macam takut. So, saya peluk kucing yang lain kat depan dia dan bagitahu saya cuma nak peluk, pelukan itu bukan sesuatu yang bahaya. Hampir 2 bulan juga saya cuba ambil hati dia sebelum dia benarkan saya peluk dia.

Adik saya kata Rainy ni kucing biadab. Orang baru pegang sikit, dah cakar. Kerja nak gigit je. Suatu hari, saya rasa tertekan sangat dengan study saya. I felt terrible & I can't stop crying. Perkara yang mengejutkan saya pada ketika itu ialah bila Rainy naik atas meja belajar saya, dia duduk senyap kat depan saya sampai saya berhenti menangis. Tambah lagi masa saya tengah sakit, dia naik atas katil saya waktu saya tengah baring & dia bau-bau gaya seperti nak check sama ada saya ok atau tak sebab masa tu saya tak boleh nak gerak.

Beberapa hari yang lepas saya tak ada kat rumah. Saya ke luar negeri. Bila saya balik, Rainy mengamuk. Dia tak nak saya pegang dia. Mak saya kata sepanjang saya tak ada, Rainy tak nak tidur dalam rumah. Esok paginya, mood dia dah ok. Dia datang bila saya panggil. Cuma saya sedar perangai dia macam pelik sikit. Dia asyik panggil saya. Dia sangat manja, asyik berguling-guling depan saya. Dia nak saya tengok dia & dia akan panggil bila saya beralih pandangan. Adik saya kata perangai dia pelik sebab sekarang masa dia mengawan. Ada seekor kucing jantan jiran saya asyik ikut dia. Jadi, saya pun tak fikir banyak la.

Petang tadi, masa maghrib Rainy tiba-tiba nazak. Tak tahu kenapa. Saya cakap kat mak, baik bawa terus ke klinik haiwan. Mak saya suruh solat dulu tapi keadaan dia teruk jadi saya dengan adik terus ambil kunci kereta & drive ke klinik yang terdekat. Masa sampai kat situ, doktor kata dah tak boleh buat apa tapi adik saya insist, " Kucing ni baru jadi macam ni. Baru sangat, tak sampai sejam." Rainy nazak secara tiba-tiba pada 10 minit yang lepas. Lepas tu, doktor pun check la jugak & inject 3 jenis ubat. Dia cakap, saya cuba selamatkan tapi.....I just can try.  He gives me 1 minute untuk ada dengan Rainy dalam bilik dia. Saya usap kepala Rainy & cakap, " Aku tak tahu apa yang jadi tapi aku dah cuba selamatkan kau. Betul, aku dah cuba."

Doktor nak bagi dia 'tidur' terus sebab ubat tu tak bagi kesan pun kat dia tapi saya tak nak, saya tak sampai hati so saya pun bawa Rainy balik. Bila sampai kat rumah, beberapa minit je, Rainy dah tak ada. Allah ambil balik dalam sekelip mata. Doktor pun tak tahu dia sakit apa. Tak ada patah kat mana-mana, kot la kena langgar. Nak kata kena racun pun, tak ada tanda-tanda. Doktor cuma kata paru-paru dia berair. Innalillahi wainna ilaihi raji'un (Dari Allah kita datang dan hanya kepada Allah kita kembali). By the way, kitorang sempat balik rumah untuk solat Maghrib (penjelasan supaya tak ada yang buruk sangka bila baca artikel ni).

Allah hanya uji seseorang hamba itu sekadar yang termampu untuk ditanggung. The Prophet (pbuh) said: "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials." [Bukhari]

Saya tengok kucing sebagai individu. Sepanjang 12 tahun saya bela kucing, tak ada satu pun yang sama macam yang lain. Setiap seekor ada perangai masing-masing. I feel sad but at the same times, I thank Allah for giving me chance to take care of Rainy. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk sayang dan disayangi. 

For those who are in a difficult time of losing someone in your lives, stay firm. Tak ada yang hidup selamanya di dunia ini. 

Rainy suka duduk atas tanah, main dengan rumput



Rainy suka teman saya tulis tesis

I thanked Allah for giving her in my life

26 Disember, 2015

Solat Jumaat



A     : Saya pernah bekerja selama 8 tahun di Malaysia. Saya hairan dengan satu perkara. Kenapa  hanya lelaki Islam yang pergi solat Jumaat? 

Saya : Dari sudut hukum Islam, solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki Islam sahaja. Wajib tu maksudnya kena buat. It is a MUST. Wanita Islam pula hanya diharuskan untuk pergi solat Jumaat. Maksudnya, untuk wanita, nak solat Jumaat di masjid pun boleh, nak solat Zohor seorang diri di rumah pun boleh. Kebiasaannya di Malaysia, jarang ada wanita yang pergi solat Jumaat sebab kebanyakan masjid akan dibanjiri dengan jemaah lelaki termasuklah di ruangan solat khas untuk wanita.

Dari sudut pemikiran logik pula, jika semua wanita Islam diwajibkan solat Jumaat, boleh awak bayangkan bagaimana keadaan wanita yang ada ramai anak & masih kecil kena keluar rumah untuk solat Jumaat di masjid? Bagaimana pula dengan wanita yang mengandung? Wanita sudah tentu lebih sukar untuk melaksanakan perintah solat Jumaat berbanding lelaki.

Solat Jumaat ialah solat fardhu 2 rakaat yang menggantikan solat Zohor pada setiap hari Jumaat. Solat ini perlu dilakukan secara beramai-ramai iaitu tidak kurang daripada 40 orang jemaah yang cukup syarat wajib seperti dalam gambar di atas. Jemaah diwajibkan mendengar khutbah iaitu ceramah ringkas yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Isi khutbah ini biasanya terkandung peringatan atau nasihat untuk para jemaah yang boleh merangkumi banyak hal dalam kehidupan seharian khususnya perkara yang menjadi isu dalam kalangan masyarakat contohnya, rasuah.

26 November, 2015

Ayuh, bangun!

Credit to Google image =)




Dalam hidup ni, ada masanya kita tengah elok melalui hari yang indah tiba-tiba ada masalah datang bergolek. Ada ketikanya kita rasa macam tersadung sikit, tak ada apa yang serius. Selesaikan masalah tu dan terus jalan macam biasa. Ada ketikanya pula kita terus terjatuh, sakit tu bak kata orang utara, "Tak tau nak habaq la. Sakit nak mampuih." 

Kita mungkin boleh bangun sendiri cuma ambil masa sikit atau kita mungkin perlukan pertolongan dari orang lain. Siapa pernah rasa jatuh telaga? Haaa...saya pun tak pernah tapi ibu saudara saya pernah. Kena minta tolong orang lain bagi tali. Dinding telaga licin, susah nak naik sendiri. Lebih kurang macam ni lah perumpaannya. 

Tapi lepas orang dah tolong kita bangun, manusia mana yang suka kita asyik bergantung pada dia kalau kita masih ada sepasang kaki yang boleh berjalan sendiri? Walaupun ada orang kata yang dia akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan, dengar saja la tapi jangan percaya dalam hati bulat-bulat. Ada masanya nanti, jangankan nak tolong kita berjalan, nak tolong sekadar dengar masalah pun tak mampu. Lagipun, setiap orang ada hidup mereka, ada masalah yang tersendiri. Apa yang saya belajar baru-baru ini ialah kita kena bangun dan cuba berdiri atas kaki sendiri. Tak kiralah terluka sikit atau banyak, terseliuh atau patah kaki, kita kena juga usaha untuk berdiri sendiri. Bila rasa dah tak tahan sangat, rasa macam perlu minta pendapat orang lain, kita bolehlah bertanya kepada sesiapa yang kita percaya dan kita tahu dia mampu beri nasihat yang baik untuk tolong kita selesaikan masalah. Lepas tu, kita sendiri kena ambil tindakan & teruskan hidup.

Dah bila saya cakap macam ni, saya tahu mesti ada yang kata, "Kembalilah kepada Allah, Yang Maha Mendengar segala rintihan hati. Jangan diluahkan rasa pada insan yang lemah seperti kita" Bila masa pula saya kata tak payah ingat Allah? Atau mungkin orang yang mengeluarkan kata-kata ini belum pernah diuji sampai ke tahap yang kita sendiri tak faham apa yang berlaku dalam hidup kita. Iman kita ni kadangkala naik, kadangkala turun. Masa tengah lemah semangat ditambah dengan emosi yang tak stabil, masa tu la terdengar bisikan syaitan. 

Pernah rasa dalam hati tu tertanya, aku dah buat kerja dengan baik tapi kenapa masih tak dapat hasilnya? Aku buat benda ni semata-mata kerana Allah tapi kenapa susah sangat nak berjaya? Tak perlu jawab pada saya, jujur dengan diri sendiri.

Dalam keadaan tenang, kita tahu jawapannya. Sebagai contoh, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita dan etc. Tapi masa kita tengah down sangat, serius saya cakap ada masanya kita terlanjur fikir buruk tentang perancangan Allah dan pada masa inilah kita perlukan sesuatu atau seseorang yang mampu ingatkan kita balik. Istighfar atas keterlajuran kita. 

Life is a constant struggle. As long we live, we'll be facing challenges. The only way to get out of the problem is that to get through it. Keep intact in our relationship with Allah. Sabar, solat, baca Quran. Consistently, we have to do that together with working to overcome the situation. How solat can help us to solve our problem? By making our heart feel ease so that we are able to think rationally, build the inner strength so that we won't think of taking our own life. Got it? For non muslim, you can do as you believe.

11 November, 2015

'Kawan'



Kawan. Ehmm... ada kawan yang berada di sisi tatkala susah atau senang. Ada kawan yang nampak kita waktu dia susah sahaja. Ada kawan yang menemani kita di kala senang sahaja. Macam-macam perangai manusia, macam-macam jenis kawan juga yang kita ada. Kita pun kena muhasabah diri kita juga. Adakah kita seorang kawan yang baik? Adakah kita sentiasa berada di sisi mereka yang memerlukan pertolongan? Adakah kita sentiasa ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan?

Semasa kecil dahulu, ibu saudara selalu kata, " Kita buat baik, semua orang suka. Kalau kita jahat, tak ada orang nak kawan."

Setelah beberapa puluh tahun hidup, berkawan dengan manusia daripada pelbagai latar belakang, saya balik kampung dan beritahu ibu saudara saya, " Mak lang, tak semua orang suka kita jadi baik."

"Saya segan nak kawan dengan awak sebab awak baik sangat."
"Saya tak boleh nak rapat dengan awak sebab awak pandai sangat."

Huh?!

Serius saya tak faham. Saya cuba bertanya kepada rakan lain dan dia pun tidak dapat memahami apakah yang tersembunyi di sebalik kata-kata itu. Kami berdua sepakat pada pendapat, "Eh, patutnya kita gembira la bila dapat kawan yang baik kan? Patutnya kita bersyukur bila dapat kawan yang tak ajak kita ke arah kemungkaran, berbuat jahat kan? Patutnya kita suka bila tengok kawan kita senang kan? Kita gembira ke kalau tengok kawan kita dalam keadaan susah?"

Sambungan dari dialog dengan ibu saudara saya, dia kata, "Orang macam tu tak boleh jadi kawan. Biarkan dia pergi & kita teruskan hidup, buat baik kepada orang lain."

Rakan saya yang lain pula kata, "Orang macam tu ada penyakit dengki yang mungkin dia sendiri tak sedar. Tinggalkan dia sebab orang macam tu takkan bahagia bila tengok kawan dia gembira."

Kata saya pula, kawan itu datangnya tak diundang, perginya juga tak dihalau. Cukuplah setakat itu sahaja kawan, selepas ini biarlah sekadar kenalan sahaja. Cukuplah sekali dia sakitkan hati kita. Buat baik berpada-pada, jangan sampai diri kita dipergunakan oleh orang lain. Jangan kita terlalu lama terperangkap pada rasa marah atau sakit hati. Jika tidak, kita takkan boleh nak teruskan hidup dengan baik. Maafkan dan pergi.

Dunia ini memang tempat kita untuk terluka dan sengaja dilukai. Ibarat musafir dalam sebuah perjalanan, kadang-kadang kita bertemu orang yang baik, kadang-kadang berjumpa dengan penyangak, pencuri. Kadang-kadang kita bahagia melihat keindahan alam pada tempat kita singgah, kadang-kadang kita menjadi mangsa bencana alam yang membuatkan kita kehilangan harta benda, disakiti dan sebagainya. Destinasi abadi bukan di sini.

Apa kata anda? Saya sangat mengalu-alukan pendapat/komen anda. 

19 Oktober, 2015

Kembara Zikir 4: Ragam manusia

Perjalanan saya ke Kuala Lumpur kali ini bukan untuk bersuka-ria atau melancong tetapi untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa dalam bidang perubatan dan kesihatan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz,Subang, saya berhasrat untuk mencuba bas shuttle Subang-KL Sentral. Tapi hasrat tu tak tercapai memandangkan lama sangat nak tunggu bas tu muncul. Kena pulak hari Jumaat, kalau nak ke KL waktu tgh hari, mesti lagi sesak dengan orang ramai yang nak pergi Solat Jumaat. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menaiki teksi bajet. Tambang dari Subang Skypark- LRT Kelana Jaya berharga RM 25. T_T.....

Brother teksi India tu nampak baik dan agak ramah. Tapi mengikut pengalaman saya yang banyak kali juga merantau sendirian, saya tak mudah percaya dengan orang luar. Ya, dulu saya memang agak lurus bendul, apa orang tanya semua saya jawab yang benar tapi akhirnya saya meletakkan diri saya dalam bahaya. 

Brother: Nak pergi mana?
Saya: LRT Kelana Jaya.
Brother: Lepas tu nak ke mana?
Saya: Tak tahu lagi, nak jumpa kawan kat situ.

Haa...jawapan pertama tu betul, jawapan kedua tu ada betul ada salah. Memang saya nak jumpa kawan tapi bukan hari tu & bukan di tempat tu. Bagi saya, tugas dia cuma hantar saya ke LRT Kelana Jaya. Lepas tu, saya nak pergi mana atau buat apa, tu bukan urusan dia. 

Hari kedua saya ke hotel untuk persidangan, saya kagum dengan akhlak seorang pak cik dari kaum India juga yang menjadi tukang sapu di laluan pejalan kaki.

Pak cik: Good morning (senyum).
Saya: Morning (senyum). Sorry ya, Uncle. 

Saya minta maaf sebab saya lalu di kawasan yang dia sapu sampah. Saya bukan nak puji diri sendiri cuma saya nak beritahu anda, ini yang dikata budi bahasa, Tak kira la siapa kita & siapa orang yang kita berdepan, apa pangkat kita & apa pangkat dia, apa tahap pendidikan kita & apa tahap pendidikan dia, Islam mengajar kita untuk saling hormat-menghormati. Tukang sapu sangat penting untuk negara sebab rakyat kita memang perangai tak berapa nak baik kan, suka buang sampah merata-rata. Kalau tak ada tukang sapu, lagi sesak laluan pejalan kaki dengan sampah sarap.

Sebaik sahaja selesai persidangan, saya mengambil keputusan untuk bertemu kawan baik di Plaza Sungei Wang. Saya tunggu kawan tu di laluan monorel-Sg Wang. Masa tengah tunggu tu ada pulak sorang pak cik ni yang nampak macam Melayu campur India datang tegur. Tengok muka nampak biasa ja tapi dalam hati ada rasa tak sedap.

Pak cik: Tren ni pergi mana?
Saya: Nak pergi mana?
Pak cik: Tren ni pergi mana?
Saya: Ya la, nak pergi mana? Tren ni ada 2 laluan. 
Pak cik: Nak ke Sentul Timur. 
Saya: Naik tren yg sebelah sini ke Titiwangsa, lepas tu tukar naik LRT ke Sentul.
Pak cik: Adik ni baru balik sekolah ke?
Saya: (Dalam hati berkata, aiii pak cik ni dah lain macam je tanya) Saya tengah tunggu kawan.
Pak cik: Ok la, pergi dulu. (Terus dia menghala masuk ke Plaza Sungei Wang)

Haa.. dah agak dah. Nasib baik saya kata tengah tunggu kawan, memang betul pun. Nasib baik saya tak bagitahu saya bukan budak sekolah ke, balik dari conference ke.....Apa yang saya nak bagitahu anda ialah hati-hati bila bersendirian. Waspada dengan orang yang lalu di sekeliling anda. Bila ada yang datang tegur, cuba cam muka dia, pakaian dia, apa yang dia pegang. Malang tak berbau. Orang jahat sekarang macam-macam taktik dia guna. Saya dah banyak kali jumpa orang jahat/penipu yang berpakaian kemas. Saya harap cerita saya kali ini dapat dijadikan iktibar untuk anda. 

Wasalam. Bye!!