25 September, 2011

Larangan darah sebagai makanan (Prohibition of blood as food)



2:173

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang (yang ketika disembelih) disebut nama selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tiada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al- Baqarah: 173)

Ayat Al-Quran di atas jelas menyatakan tentang pengharaman darah untuk diambil sebagai sumber makanan kerana darah yang keluar daripada tubuh ialah kotor dan najis. Darah ialah tisu perantara yang terlibat dalam sistem pengangkutan gas, hormon dan nutrien di dalam badan. Larangan menjadikan darah sebagai sumber makanan adalah relevan dan selari dengan fakta sains yang menyatakan bahawa darah ialah salah satu ancaman bio (biohazard) kerana ianya boleh menyebabkan jangkitan penyakit. Darah juga berfungsi mengangkut bahan kumuh seperti ammonia, urea dan asid urik yang terhasil daripada proses metabolisme sel.

Selain itu, sel darah merah mempunyai kandungan zat besi (ferum) yang sangat tinggi. Satu sel darah merah mempunyai 250 million molekul hemoglobin dan setiap hemoglobin terdiri daripada 4 atom ferum. Dengan menjadikan darah sebagai makanan yang diambil secara langsung boleh menyebabkan beban terlampau zat besi di dalam badan. Ferum mempunyai potensi untuk meyebabkan ketoksikan kerana keupayaannya menerima dan menderma elektron menyebabkan penghasilan radikal bebas . Dalam keadaan normal di dalam badan kita, atom ferum akan bergabung dengan protein pengangkut transferrin untuk diangkut ke sum-sum tulang bagi menghasilkan sel darah merah yang baru atau disimpan di dalam sel sebagai besi-protein kompleks seperti ferritin dan hemosiderin.

Secara logiknya bila difikirkan jika terlalu banyak ferum di dalam badan, adakah protein-protein ini berupaya bergabung dengan atom ferum bagi menghalang ketoksikan daripada berlaku? Bagaimana pula dengan proses pencernaan di dalam perut untuk menguraikan kesemua komponen darah? Manusia tidak ada mekanisme fisiologi pengawalseliaan untuk mengeluarkan zat besi dari badan, kita cuma dapat mengelak beban terlampau zat besi melalui pengawalseliaan penyerapannya dari makanan ke dalam tubuh. Jika berlaku infeksi sistemik bakteria ketika ini maka keadaan tubuh seseorang boleh menjadi lebih serius kerana atom ferum yang bebas di dalam darah memudahkan bakteria untuk memperolehinya.

Kewajiban untuk menyembelih binatang menurut hukum Islam ialah dengan memutuskan halqum(saluran pernafasan) dan mari' (saluran makanan) serta sunat memutuskan vena jagular dan arteri karotid dengan hanya sekali sembelih untuk mengeluarkan darah haiwan sebanyak yang mungkin dan mempercepatkan kematiannya.

English translation:

2:173


"He has only forbidden to you dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah . But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit], there is no sin upon him. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful."(Al-Baqarah: 173)

Quranic verses above clearly states the prohibition of blood to be taken as food source because the blood coming out of the body is dirty. Blood is a connective tissue involved in gas transport system, hormones and nutrients in the body. Prohibition makes the blood as a food source is relevent and in line with scientific fact that blood is bio hazard since it can cause infection. Blood also serves to transport waste materials such as ammonia, urea and uric acid resulting from the process of cell's metabolism.

In addition, red blood cells is very high in iron content. A red blood cell has 250 million hemoglobin molecules, each hemoglobin consisting of four atoms of iron. By making the blood as the food taken directly can cause excessive load of iron in the body. Iron has the potential to bring about toxicity because its ability to accept and donate electrons causes the production of free radicals. In normal conditions in the body, iron atoms would combine with the carrier protein transferrin for transport to the bone marrow to produce new red blood cells stored in the cell as a iron-protein complexes such as ferritin and hemosiderin.

When considered logically, if too much iron in the body, will these proteins able to combine with atoms of iron to prevent toxicity from occuring? What about the process of digestion in the stomach to break down all the components of blood? Human physiology has no regulatory mechanism to remove iron from the body, we just can prevent excessive load through the regulation of iron absorption from food into the body. In the event of systemic bacterial infection, the state of one's body can become more serious because the free iron in the plasma making it easier for bacteria to obtain it.

Obligation to slaughter animals according to Islamic law is to disconnect upper respiratory along with food channel, jagular vein and carotid artery at once in order to remove all the blood as much as possible and accelerate death.

Waalahua'lam.

Rujukan:

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran dan Sunnah; Yusuf Al-Hajj Ahmad; Al-Hidayah Publication; 2009

Human Anatomy and Physiology Eighth Edition; Elaine N. Marieb & Katja Hoehn; Pearson Education, Inc

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_iron_metabolism
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah
http://quran.com/2
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/penyembelihan.htm

21 September, 2011

Rahsia perpaduan


Malam ini saya dijemput menghadiri mesyuarat organisasi baru Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi Det. kolej saya selaku pemantau. Saya teringat kembali saat saya menjadi Penolong Komandan bagi sesi yang lepas. Ahli organisasi kami terdiri daripada pelbagai bangsa walaupun majoritinya ialah pelajar Cina. Apa yang saya nak kongsi dengan anda ialah bagaimana kami wujudkan dan semarakkan semangat perpaduan seperti kami ialah satu keluarga. Saya sangat bangga dengan organisasi kami kerana kami sangat rapat walaupun berbeza dari segi agama, bangsa, personaliti dan bahasa.

Rahsia kami:

1. Persefahaman. Apabila kami menjadi pemudahcara bagi Minggu Mesra Pelajar, kami luangkan banyak masa bersama. Makan, tidur, menjaga dan merawat pesakit. Matlamat kami ialah semua pelajar dan pemudahcara(PC) di bawah jagaan kami berada dalam keadaan sihat. Saya tinggal sebilik dengan PC berbangsa Cina. Saya maklumkan tentang kewajiban saya untuk solat 5 waktu serta had aurat antara saya dan dia. Bila saya solat, dia akan jaga pesakit. Sebagai Muslim, saya juga menerangkan tentang tatatertib dalam memberikan rawatan kecemasan kepada ahli non-muslim terutama apabila melibatkan rawatan terhadap berlainan jantina.

2. Majoriti ahli berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu. Ketika mencatat minit mesyuarat, adakalanya mereka tak dapat menterjemah sesuatu perkataan Mandarin ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Dengan adanya persefahaman yang kukuh, dari raut wajah pun kami dah boleh tahu apa yang nak disampaikan dan apa isi hati ahli yang sedang membuat pembentangan walaupun adakalanya ahli menggunakan ayat tergantung.

3. Tolak ansur. Kami sangat berbeza dari segi personaliti. Ada yang cepat marah, ada yang sangat tegas, ada yang banyak cakap, ada yang suka makan, ada yang selalu 'blur'. Hanya dengan bersikap tolak ansur kami dapat menyelesaikan tugas dalam keadaan harmoni dan gembira. Kalau ada kesilapan yang sikit-sikit tu, maafkan sajalah. Jika kesilapan yang dilakukan itu serius, kami berbincang secara terbuka dan ambil iktibar dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kelebihan dan kelemahan setiap individu bila disatukan dalam satu kumpulan dapat menghasilkan satu kumpulan yang hampir sempurna apabila saling melengkapi.

4. Ambil berat. Setiap ahli sangat mengambil berat tentang kesihatan ahli lain kerana kami perlu sentiasa dalam keadaan sihat supaya tugas yang diberi dapat dilaksanakan sebaiknya. Bila ada yang hampir sakit kerana terlalu letih, yang lain akan bergilir-gilir mengganti tugasnya tanpa ada sikap mementingkan diri sendiri.

5. Komited. Nilai ini WAJIB ada dalam diri semua ahli. Dalam organisasi kami, majoriti sangat aktif dengan aktiviti kolej dan fakulti. Namun, tanggungjawab terhadap jawatan yang disandang perlu dipikul dengan sebaik-baiknya supaya tak ada ahli yang akan membebankan ahli lain dengan tugasannya yang tidak sempurna.

Perpaduan hanya dapat dicapai dengan komitmen dari setiap individu terlibat dan persefahaman antara satu sama lain dalam kelompok tersebut. Seorang pensyarah saya pernah kata, " People who eat together, stick together." Dia sentiasa galakkan mereka yang perlu membuat kerja berkumpulan makan bersama supaya lebih mudah untuk mewujudkan persefahaman dan kemesraan antara ahli kumpulan.

p/s: Aurat= bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat

18 September, 2011

When life gets hard


" The lonely bamboo tree is evergreen when it's hard for the gingko tree to sprout. The light shade feels burdensome for a short while, when the sun sets the beautiful dusk falls again."

A very short poem or word of wisdom above was picked from a Korean drama, Jewel in the palace. It was written by Sir Min to a kitchen lady named Jang Geum in order to comfort her as she lost her sense of taste. As a human, although we have strong will and a highly motivated person but sometimes life can make us so hard to breath. Life is full of joy and pain. Sometimes tears keep falling down, no matter what we do its just fail to stop. In another situation we felt so happy, lots of laugh like there is no end.

When you feel down, try to watch motivated movie/drama or read a biography about successful people such as Prophet Muhammad, Avicenna, Thomas Edison, Walter Elias Disney, Oprah Winfrey, Michael Jordan and etc. Some of them may have a similar part in their life experiences with us. God will never give you pain that you can't endure. Although this way can't solve our problems but at least it give us courage to keep moving on and comfort us. In my opinion, I like the most reading biography or watch movie/drama based on true story because it told me something that is possible to achieve.

Here are some motivated movie/drama that I can suggest to you:

1. Jewel in the palace (Korean drama)
2. Taare Zameen Par ( Hindi movie)
3. A beautiful mind
4. 3 idiots ( Hindi movie)
5. Kung Fu Panda
6. Sang Pencerah ( Indonesian movie)

p/s: Nobody was born to be a failure.

16 September, 2011

Wajah kesayangan hamba (Bahagian 4)



Bombay cat...pergghh, gila aaa....menawan!!! Salah satu baka yang paling saya suka. Well, black is beautiful. Ini ialah baka kacukan American Shorthair dan Burmese. Dia sangat sukakan perhatian, memang manja dan sesuai sangat dibela oleh kanak-kanak. Dia sangat selesa apabila berada dekat dengan tuannya dan rela hati dibuat seperti bantal peluk. Kucing ni baik dengan anjing tetapi kurang baik dengan kucing baka lain. Dia mempunyai mata berwarna emas atau hijau.


Balinese cat... kucing kacukan di Amerika tetapi diberi nama Balinese kerana digambarkan sebagai cantik seperti penari di Bali, Indonesia. Kucing ni nampak macam kucing siam tetapi berbulu panjang terutama sekali di bahagian ekor berbanding di kawasan lain pada badannnya.


American wirehair.... kucing yang bulunya ala-ala terkena kejutan elektrik tapi jangan risau ianya hanya disebabkan mutasi yang berlaku pada bulunya. Kucing ini agak agresif terhadap haiwan peliharaan yang lain jadi kalau nak bela, jangan bela haiwan lain. Walaubagaimana pun, dia sangat sukakan kanak-kanak dan setia kepada tuannya.


Burmese cat.. baka semulajadi dari Burma dan Thailand. Burmese maksudnya cantik. Kecantikan kucing ni terletak pada bulunya yang selembut sutera dan juga matanya yang galak. Agak-agak kalau dalam gelap, mata dia boleh jadi macam lampu suluh tak?



Australian mist....baka kacukan Burmese, Abbysinian dan kucing domestik yang berbulu pendek untuk menghasilkan kucing yang bertubuh cantik seperti Abbysinian, mata galak seperti Burmese dan yang penting ialah corak berbintik pada bulunya. Kucing ini sesuai dibela bagi mereka yang ada anak kecil atau yang takut kena cakar sebab kucing ni sifatnya tak suka mencakar seperti kucing lain.


Aegean cat...baka semulajadi yang berasal dari Greece. Bulu tak terlalu panjang dan mempunyai telinga yang lebar.

p/s: Bila tengok Bombay cat, teringat kucing saya yang dulu. Nama dia Hitam, manja tahap infiniti. Bukan setakat suka duduk dekat tapi sampai ke tahap naik atas bahu. Apapun 'best' juga sebab dia tak kisah kalau peluk masa tidur pun.

13 September, 2011

Harga sebutir beras


Hari kedua di asrama ternampak ada yang buang lebih kurang 3 senduk nasi. Kaya rupanya orang Malaysia ni, bila harga barang naik tahu pulak nak melenting. Saya lihat ramai ja yang membazir makanan merata-rata. Kalau dah tahu harga barang makin naik, kenapa tak belajar berjimat? Susah sangat ke?

Saya cukup baik hati untuk beritahu malam ni tentang cara-cara untuk mengelak daripada membazir makanan. Antaranya:

1. Kenal perut sendiri. Kalau dah tahu perut tu cepat kenyang, tak perlu beli makanan banyak-banyak. Cuba kawal nafsu.

2. Bila masak nasi tu berpada-pada lah. Kalau setakat dua orang makan, 1 cawan pun dah cukup.

3. Cuba ringankan tangan untuk sedekah makanan yang lebih tu kepada kawan lain yang kurang berkemampuan.

Tong beras di rumah saya pernah kosong tanpa sebutir beras. Saya lihat betapa susahnya mak saya berjimat cermat supaya kami sekeluarga tak kelaparan. Seorang kawan saya di PLKN pernah menangis sewaktu kami makan. Bila ditanya, kawan saya cerita yang dia sekeluarga sangat jarang makan ayam atau daging. Setiap hari dia dan adik-adik hanya makan telur atau ikan kering yang dikongsi bersama. Ketika dia gembira menikmati hidangan yang lazat di kem, dia terfikir apakah nasib adik-adiknya di rumah. Ini yang saya lihat di sekeliling saya, saya pasti ada lagi yang lebih daif di luar sana seperti masalah kebuluran di Somalia.

Setiap kali makan, sila lihat pinggan dan muhasabah diri sendiri. Adakah anda membazir hari ni? Apa erti anda mengucapkan alhamdulillah selepas makan kalau rezeki yang Allah s.w.t bagi senang-senang ja anda buang? Saya tak perlu simpati sesiapa tentang kisah di atas, ianya sekadar renungan. Saya beritahu perkara yang benar, terpulang kepada diri masing-masing sama ada ingin berubah ke arah yang lebih baik atau pertahankan 'amalan' tidak sihat itu.

Pesanan dari guru saya, membazir itu perangai syaitan. Siapa yang membazir, dia kawan dengan syaitan.

11 September, 2011

Petua bersihkan sel kulit mati

Sel kulit mati atau bahasa pasarnya ialah daki memang wujud secara normal di permukaan kulit. Kulit ialah organ terbesar yang melindungi tubuh kita daripada patogen yang berada di persekitaran daripada menembusi tubuh. Petua untuk menghilangkan daki di badan ialah dengan menggosok bahagian tubuh yang dikehendaki dengan hampas kelapa atau kelapa parut. Menurut nenek saya, santan dari kelapa parut itu yang membantu menanggalkan sel kulit mati secara lembut. Gosok sekuat mana pun tak rasa sakit. Tambahan pula bahan ini sangat mudah diperolehi di seluruh negara kita. Selain itu, ianya juga dapat melembutkan kulit anda.

Daki ialah sejenis 'kotoran degil'. Walaupun anda menggunakan sabun dan span semasa mandi, ia hanya dapat menanggalkan sebahagian sel kulit mati dan secara tidak langsung boleh mencalarkan kulit anda. Selamat mencuba.

07 September, 2011

Wajah kesayangan hamba (Bahagian 3)


Si gemuk yang suka main dengan duit syiling



Eddie dan Elvis yang sangat nakal.



Danny a.k.a Kucing IT



Bobo!!! Habis la baju raya gueee....



Kasihnya ibuuu.... sampai dah nak tergolek si Amber tu


p/s: Dah nak balik asrama, sedihnya nak tinggal kucing-kucingku.... Hidup tanpa kucing=Sunyi

06 September, 2011

Why I choose fast food?


Just name it...Kentucky Fried Chicken(KFC), McDonalds, A&W, Pizza Hut and etc. All this kind of fast food restaurants are very famous among us. I read in health magazine, consumer's pamphlete and etc. all of them discuss about the unhealthy of fast food. Too salty, high in calories, too sweet and bla..bla.. Before anybody critics those fast food fan, I would like to give you some info so that you can think wisely before you jump into a conclusion about fast food.

Why we like it?

1. The restaurant is CLEAN AND TIDY. When I went out for a meal, the first thing that attract me to the restaurant is the hygiene. Most of fast food restaurant (It's not too much if I said all of it) are in Grade A. Hygiene is the biggest problem.

2. Friendly service. I extremely dislike servers who are arrogant and not polite. Most of them in fast food are OK. I know they got training from their supervisor.

3. Delicious. Of course I want to eat something worth for the money I pay for.

4. Price. It is very important to eat something that affordable. In fast food franchise, the prices are fixed and reasonable. Nothing to worry about. If I walk into other restaurant which is clean and tidy, most of them required me to pay double prices. Far from how much a student can afford.

I know and admit the food which were served to us are unhealthy but sometimes it's the only choice that cover all the qualities listed. The best way I can do to prevent me from fast food is bring my own food from home if I can.

p/s: Anybody who would like to open a restaurant, bakery or etc. I suggest that you keep eye on these qualities to keep your customers.

04 September, 2011

Kitar semula ( Reuse, Reduce and Recycle)


Saya dengar ramai di antara rakan-rakan saya yang mencari pekerjaan sementara semasa cuti. Ada yang bekerja di pejabat, jual kuih raya, bekerja di restoran makanan segera dan lain-lain lagi. Saya pula memilih untuk buat kerja-kerja kampung sebab ianya lebih sesuai bagi saya yang bersifat lebih fleksibel. Jam kerja saya dari pukul 8 -11pagi dan 5ptg-7malam.(Tertakluk pada pindaan...=D) Antara kerja yang saya lakukan ialah membersihkan kawasan dusun, jual buah kelapa kepada peruncit dan menjual barangan kitar semula.

Untuk entri kali ini, saya nak tekankan bab barangan kitar semula. Bila datang ke rumah saya, anda mesti hairan kenapa la banyak sangat sampah. Haa...jangan tak tahu, zaman sekarang ni sampah pun boleh tukar jadi duit. Daripada besi buruk, katalog/majalah, surat khabar, kotak pizza, bekas syampu/sabun pencuci, botol-botol plastik, tin, kipas rosak sehingga ke beg plastik semuanya LAKU untuk dikitar semula. Tapi dalam banyak-banyak ni, besi buruk la yang paling mahal.

Saya buat kerja ni bukan semata-mata kerana duit tetapi sebagai usaha untuk berbudi kepada Bumi kita. Kalau tak ada orang yang sanggup kutip 'sampah' untuk dikitar semula maka penuhlah 'sampah' di kawasan tu. Sanggup ke hidup dikelilingi sampah? Saya tak malu ke hulu ke hilir kutip sampah sebab berbanding bekerja sebagai pencuri, perompak, penipu dan etc. lebih baik saya buat kerja ni. Bak kata mak lang saya, " Kita buat kerja halal, buat apa nak malu?" Mak pulak kata, " Siapa rajin, dapat la duit." Daripada sampah-sampah ni terbiar hingga menyebabkan Bumi kita kotor, lebih baik kitar semula. Duit pun dapat, pahala insyaAllah akan diberi setimpal dengan usaha kita membersihkan Bumi ini daripada sampah. Saya tak kisah berapa banyak duit yang saya dapat, perkara yang paling penting ialah kesedaran diri sendiri tentang kebersihan dan tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.

p/s: Perkara ini masih belum difahami sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Masih ramai yang suka buang sampah di merata-rata tempat.

Sayangilah Bumi kita.