14 Julai, 2013

Hijrah



Entri kali ini tak ada kena mengena pun dengan Maal Hijrah atau apa ya. Definasi hijrah yang saya ingin utarakan ialah penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain bagi mencari peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik. Untuk siapa? Pastinya untuk Allah s.w.t. Kerana apa? Kerana hanya Dia yang menguasai setiap inci tubuh, gerak dan hela nafas seorang insan. Saya tanya & saya jawab sendiri ya, saya sengal sikit hari ni. Ayat pun ala2 santai gitu. Biarlah, janji anda faham kan? Saya baru sahaja tamat ijazah sarjanamuda. Alhamdulillah, terubat segala penat, lelah, air mata, peluh, kehilangan glukosa, oksigen....ehhmm so, what to do now?

Objektif utama hidup ialah mencapai redha Allah s.w.t. Macam2 jalan yang boleh diambil. Nak kerja, belajar @ terus kahwin & jadi surirumah  tangga? Yg ketiga tu, tak sedia lagi so ada 2 pilihan ja sekarang. Lepas fikir punya fikir, siasat punya siasat, dengar punya dengar pendapat orang lain, yeaahhh....ana nak sambung belajar. Persoalan kedua, di mana? Haa...ni la baru nak masuk pasal hijrah nih. Selepas tamat sekolah, saya sambung belajar di luar negeri. Luar dari Pulau Pinang la maksudnya... haha...Pergi Kedah, Perak & Kuala Lumpur. Saya jumpa ramai orang, dapat ramai kawan, lawan & guru. Sedikit demi sedikit segala ujian, dugaan & cabaran mendewasakan diri ini. Saya sendiri mengaku saya dah banyak berubah. Gaya pemikiran & tingkah laku menjadi jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Bila kenalan & pensyarah saya tanya nak sambung belajar di mana, saya kata nak keluar dari uni saya sekarang. Ya, semua terkejut. Uni saya memang bagus dalam bab penyelidikan tapi insan2 di sekeliling di sini agak ramai juga yang menjadi batu penghalang untuk saya belajar menjadi seorang yang lebih baik. Keputusan saya untuk berhijrah, belajar di tempat lain, di bawah sistem yang lain adalah untuk mencari tapak bagi membentuk diri menjadi hamba Allah yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, sahsiah dan iman. Saya ambil pengajaran daripada peristiwa hijrah junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang berhijrah ke Madinah setelah 13 tahun berdakwah di Makkah. Cukup hebat tentangan yang diperolehi dari kaum kafir Quraisy ketika itu. Malu bila kita asyik mengeluh & keluh kesah dengan dugaan yang menimpa walhal bila kita banding dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah & para sahabat, sebesar kuman pun tak dapat kita tandingi.

Hijrah di sini bukan bermakna kita lari dari masalah tetapi ianya adalah cara menukar strategi bagi mencapai objektif. Satu analogi di sini, ibarat kita nak daki gunung...okey, tapi kat depan kita ada batu besar yang licin & dipenuhi dengan haiwan yang berbisa. Maka, sekarang ni kita tak mampu nak daki dari tempat kita berdiri tapi kita masih mampu untuk mengelilingi gunung tu bagi mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk kita daki. Dalam perjalanan kita mencari pusat dakian yang lain, kita akan lalui pelbagai belukar, onak duri & kita dapat jumpa para pendaki lain. Kita boleh belajar dari pengalaman mereka juga. Pendek kata, kita akan kenal lebih ramai orang & kita lebih berfikiran terbuka dalam mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Tak kurang juga, kita dapat menjadi lebih kreatif apabila dugaan & masalah yang dihadapi menguji minda kita dalam berfikir & mengawal emosi. Kuncinya terletak pada bagaimana kita menggunakan segala input yang Allah s.w.t bagi untuk dijadikan sebagai penguat semangat.

Dr Zaharuddin ada menyatakan dalam bukunya Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari', " Guru dan tempat belajar hanyalah sebab kepada perolehan ilmu. Apa yang lebih penting ialah diri sendiri, keberkatan pengajian dan keikhlasan dalam penuntutnya." Berhijrah ke tempat lain menjadikan kita sebagai orang yang terasing. Maka secara langsung kita dapat meminimumkan risiko untuk rasa bangga diri dengan ilmu yang ada & tidak prejudis terhadap graduan dari uni yang lain. 

Wallahua'lam.