21 Ogos, 2019

Munafik


Kenalan bapa angkat saya di Jepun adalah seorang warga Jepun yang pernah bekerja di Malaysia selama 8 tahun. Dia boleh faham & bertutur sikit-sikit dalam Bahasa Melayu. Suatu hari, masa kami tengah makan tengah hari di sebuah restoran, kenalan bapa angkat ni tanya saya 1 soalan. 

“Kenapa orang lelaki Islam sahaja yang pergi solat Jumaat? Kenapa yang perempuan tak pergi?”

Selepas saya jawab soalan dia, saya tanya balik “Kenapa dia tak tanya soalan tu kat kawan sekerja di Malaysia. 8 tahun kan awak tinggal kat sana.”

Kenalan tu kata, “Saya takut mereka bagi jawapan yang salah sebab ada orang Islam yang saya kenal terlalu ekstrim. Itu salah, ini salah. Bila bercakap dengan mereka, saya rasa tak senang. Ada orang Islam yang mengaku Islam tapi tak beramal dengan apa yang Islam ajar contohnya mungkir janji, tak amanah… asyik ponteng kerja”

Jadi saya cakap kat dia, “Kalau awak nak tanya tentang Islam, tanya pada orang Islam yang tak ada sifat munafik. Ciri-ciri sifat munafik ini ialah:

1.    Bila berjanji , dia mungkir.
2.    Bila diberi amanah, dia khianat. Contohnya, ponteng kerja macam yang disebut tadi atau bila diberi kuasa untuk menguruskan harta syarikat, dia seleweng.
3.    Bila bercakap, dia berdusta/berbohong.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim. (1)
Rujukan:
1.    http://www.islam.gov.my/e-hadith/915-sifat-orang-munafik

Yang ini gambar semasa kami makan malam. Tak ada pulak gambar masa kami makan tengah hari waktu dia tanya soalan tu. 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan