01 Jun, 2013

Shine like a diamond? Nahhh....


Bersarang lelabah sudah blog ni. Dua minggu yang lepas adalah giliran saya untuk membentangkan hasil kajian penyelidikan tahun akhir. Saya tak pandai, jauh sekali kalau nak naik pentas sebagai pelajar terbaik masa sekolah dulu. Saya juga tak ramah dengan guru dan pensyarah memandangkan saya ada rasa hormat yang tinggi terhadap mereka. Makanya, saya hanya dikenali melalui hasil kerja. Sakit, perit, derita masa buat kajian ni, hanya Allah s.w.t saja yang tahu. Banyak perkara yang saya tak puas hati dengan orang sekeliling dipendam seorang diri. Jadi, untuk pembentangan ini saya memang usahakan yang terbaik. Ini ialah hasil kajian seseorang yang tak dipandang oleh sesiapa, hasil kajian seorang pelajar yang pernah digelar sebagai pelajar yang tak ada masa depan. 

Daripada penyediaan slaid, saya terima segala kritikan dan nasihat SV serta sahabat yang 'proof read' slaid saya. This is the time. Time to share with everybody the nearly 1 year hardwork. Masuk lab pukul 7 pagi sampai 7 malam. Dari hari Isnin hingga Ahad. Weekdays dengan weekend dah tak ada beza. Tu belum masuk pergi balik dari asrama ke lab yang jaraknya lebih kurang 3 km. Iman saya tercabar setiap kali saya gagal dalam ujian makmal. Kepercayaan saya pada Allah s.w.t teruji. Saya buat sebaik mungkin, saya memang push diri saya sekuat hati. But why I didn't get the result? Selain berdoa, saya troubleshoot banyak perkara. Tanya sana sini. Rekodkan setiap apa yang saya buat untuk cari di mana salahnya. Pada hari pembentangan, saya bentangkan hasil dengan cara saya, seikhlas hati. I'm just being Me. Saya tak harap pujian dari sesiapa. Saya cuma nak kongsi harapan bahawa bahan yang saya gunakan berpotensi untuk dijadikan dadah yang baru. It can save life, millions of people. Please look into it. Ni ja yang saya minta.

Alhamdulillah, pembentangan saya berjalan lancar dan ketua program sangat berpuas hati dengan saya. Komennya banyak ke arah memuji tapi muka saya macam orang tak ada perasaan. Saya tak pernah dengar pujian dari guru atau pensyarah seperti tu. Ini merupakan pengalaman baru dan saya tak tahu nak beri reaksi macam mana. Lagi pun, saya sedikit sebak sebab saya sangat sayangkan penyelidikan ini. Pensyarah lain kata SV saya terharu dengan pembentangan saya tapi saya tak dapat baca dari riak mukanya. Cuma dalam hati saya dapat katakan," Jika Prof tahu betapa peritnya saya buat semua ni mungkin ianya akan buat Prof rasa terharu." Selama ni saya berdoa semoga Allah bimbing saya untuk menjadi seorang hamba yang berguna untuk orang lain. Saya harap hasil kajian ini dapat menjadi pencetus untuk kajian lanjutan bagi menghasilkan dadah antimalaria yang baru, yang berguna untuk menyelamatkan nyawa.

Mak kata," Along patut tulis buku pasal pengalaman ni. Kisah along dah macam cerita dalam novel." Tapi, errmmm...buat masa sekarang saya rasa lebih indah untuk dipendam. Hanya saya dan Allah yang tahu. Sikit saja yang saya cerita dalam blog ini untuk beritahu pada semua, jika kamu sayang dengan diri kamu, ambil kata-kata hinaan dan kritikan yang orang berikan untuk dijadikan pembakar semangat. Jauhi harapan untuk dipuji atau dihargai, please. Allah, Tuhan yang Maha Esa pun berapa ramai yang lupa untuk memuji atas segala kurniaan & nikmat yang diberi. Apatah lagi kita sebagai hamba-Nya. And the diamond won't shine if it didn't being placed in a high pressure and heat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan