15 Julai, 2019

Kelebihan tinggal dengan keluarga mentua

Uiitt....sabar.....
Jangan melenting lagi dengan tajuk ni haa
Mai baca dulu sampai habis tau

Bila kita bercerita tentang duduk serumah dengan keluarga mentua, ramai orang bercerita tentang pengalaman pahit masing-masing. Well, setiap satu tindakan yang kita ambil pastilah ada buruk baiknya.

Antara kelebihan duduk dengan keluarga mentua:

1. Belajar kenal mak pak mentua & ipar

Walaupun kita dah pernah jumpa dengan mereka, pernah keluar makan sama-sama sebelum kita kahwin dengan pasangan tapi percayalah, kita hanya akan nampak diri sebenar mereka bila dah duduk serumah. Contohnya masa ni la baru nampak mak mentua jenis suka control anak-anak, ipar yang suka bergaduh sesama sendiri & macam-macam lagi. Relaks la. Masa kita belajar, duduk kat asrama dulu pun kita jumpa kawan sebilik yang macam-macam ragam kan so sama la jugak bila dah kahwin ni. Kita pun ada perangai sendiri jugak kan? Makanya, bukanlah sesuatu yang pelik bila orang lain pun ada perangai mereka yang tersendiri. Manusia sememangnya diciptakan berbeza.

2. Boleh belajar masakan kesukaan suami

Yang ni penting & sangat membantu kita dalam mencari keserasian dengan pasangan. Pernah dengar kata pepatah, nak jaga hati suami, kena jaga perut dia. Haaa....gitewww.... Benda ni paling penting la terutama sekali untuk mereka yang kahwin berlainan bangsa atau negeri. Kahwin dengan orang minang kena belajar masak lemak cili api. Kahwin dengan orang jawa kena belajar masakan berasaskan tempe. Kahwin dengan orang kelantan, kena belajar masak nasi kerabu. Kita sebagai isteri tak bolehlah hari-hari nak masak ikut tekak kita saja. Kesian la dekat suami. Masaklah jugak benda-benda yang ikut selera tekak dia. Sama-sama jaga hati, aman damai rukun rumahtangga, InsyaAllah.

3. Belajar cara baru berkenaan kerja rumah

Kita ni sejak kecil mak kita ajar potong bawang cara A. Bila duduk dengan mak mentua, dia ajar potong cara B. Kita tengok la kalau cara B tu lebih efektif, lebih menjimatkan masa memasak, tak salah untuk kita ikut. Bukankah dengan cara ni kita dapat jadi lebih baik? Kalau cara B dia melambatkan kerja, kita boleh kongsi cara A yang mak kita ajar. Kalau dia tak boleh terima, depan muka dia kita buat la cara B. Bila belakang dia, hentam la cara kita A,C,D,E pun 😂........

4. Belajar toleransi dan berfikiran matang

Berbalik pada apa yang saya dah terangkan pada point 1, kita semua ada perangai masing-masing. Jadi bila dah duduk serumah ni, kita boleh belajar macam mana nak lebih bertoleransi dengan orang lain dan bertindak dengan matang. Sebelum kahwin, bila kita duduk rumah sendiri memang la kita buat perangai ikut kepala kita ja. Mak tegur 100 kali pun tak jalan. Macam tu la jugak dengan orang lain. Makanya, tak perlu la kita keji atau pandang sinis dengan orang lain. Selagi mana benda yang dibuat tu tak menyalahi hukum hakam agama, kita cuba la bertindak balas dengan cara yang baik walaupun hati kita terluka sikit. Kadang tu kita sendiri kena buang perangai buruk kita yang menyakitkan hati orang lain. Tak salah pun kita berubah ke arah yang lebih baik.

5. Manfaatkan kelebihan/kemahiran 

Setiap dari kita ni ada kelebihan masing-masing. Contohnya bila dapat mak mentua yang pandai menjahit, boleh minta tolong dia jahitkan baju atau minta dia ajar. Kadang-kadang kita teringin nak makan sesuatu tapi kita tak pandai masak. Kena pulak dapat ipar yang pandai masak menu tu, boleh la minta dia buat atau minta dia ajar kita. 

Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku ada baik dan buruknya. Bagus atau tak bagus tinggal serumah dengan keluarga mentua bergantung pada penerimaan kita sendiri, pasangan kita & keluarga mentua. Sebab keadaan kita semua tak sama, rezeki Allah bagi berbeza-beza. Ada orang OK, ada orang tak OK. Terpulang. Yang penting kita buat keputusan yang lebih menjamin terjaganya kerukunan rumah tangga kita. Kahwin ni berkaitan 2 jiwa makanya kena bawa berbincang la dengan pasangan masing-masing mana cara yang paling baik. Sesungguhnya contoh suami terbaik ialah Rasulullah s.a.w. Sama-sama kita bina rumah tangga bersama pasangan seperti yang Rasulullah ajar. Sama-sama la kita jadikan rumahtangga sebagai ladang kita menuai pahala untuk ke syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan