29 Julai, 2019

Resepi Siakap Masak Masam Manis (Siakap Sweet Sour)

Assalamualaikum. Hai, hari ni saya nak kongsikan resepi siakap sweet sour yang saya buat hujung minggu lepas. Mudah, senang yakmatttt laaaa.....Dah tak payah kira-kira duit nak pi makan kat luaq 😋


Saiz hidangan: 2 orang

1/2 ekor siakap
1 sudu besar bawang besar + bawang putih (telah dikisar)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu besar cili kering (telah dikisar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap 
1 cawan air
2 inci lobak merah (dihiris besar)
1 mangkuk kecil nanas yang masak (dipotong dadu)
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam 
Daun ketumbar (optional)

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Goreng sampai garing. Ketepikan.

2. Tumis bawang kisar & halia. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar. Biarkan seketika sampai pecah minyak.

3. Masukkan, sos tiram, sos cili, sos tomato & kicap. Gaul bagi sebati. Lepas tu, masukkan air.

4. Masukkan lobak merah & biar sampai lobak lembut sikit. Kemudian, masukkan nanas. 

5. Tuang kuah sweet sour di atas ikan siakap. Kalau suka aroma daun ketumbar, boleh la tabur sebagai hiasan macam dalam gambar tu. Dah siap. 


Tips:

1. Masa nak goreng ikan tu, tunggu minyak betul-betul panas iaitu bila minyak nampak berasap sikit. 

2. Gunakan nanas yang segar. Jangan guna yang dalam tin tau, banyak gula tu.

3. Tak perlu masukkan garam & gula tambahan sebab semua sos yang digunakan dah ada garam & gula yang tersembunyi. Lagipun, nanas yang masak dah cukup manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan