18 November, 2017

Sujudku yang pertama

Ingat tak bila kali pertama kita solat, sujud menghadap Ilahi?

Saya tak ingat pun. Saya tak ingat sama ada saya mula solat waktu tadika atau masa dah masuk Darjah 1. Tapi saya ingat la ada satu hari masa saya umur 7 tahun, hari tu tak ada siapa pun yang suruh saya solat jadi saya buat-buat lupa saja. Budak baru belajar, kan.

Keluarga saya, terutamanya orang yang menjaga saya sejak kecil, nenek & mak saudara memang mengutamakan solat. Dari saya kecil sampai la sekarang ni, dah dewasa, dah dekat nak masuk umur 30 tahun, kalau dengar azan & diorang tengok saya tak bangun lagi pergi ambil wudhuk, mesti kena bebel. Diorang tak salah apa pun, itu memang tanggungjawab diorang.

Solat ni susah ke sebenarnya?

Masa saya di matrikulasi, ada seorang kawan bukan Islam bagitau saya, dia cuba puasa macam saya tapi susah. Saya cakap dekat dia, puasa tu jauh lebih senang dari solat. Dia kerutkan dahi, hairan. Lepas tu saya cakap, kena ada disiplin yang bagus untuk solat 5 kali sehari. Setiap hari dari waktu baligh sampai mati. No excuse. Kecuali la perempuan yang tengah haid & nifas. Sedangkan puasa cuma wajib masa bulan Ramadhan saja. Sebulan dalam setahun, jauh beza tu. 

Korang ada tak kenal orang sekeliling yang dah dewasa tapi masih tak cukup solat 5 waktu?

Atau,

Diri kita sendiri yang masih tak cukup solat 5 waktu?
Kenapa?

Saya ingat lagi waktu ustaz saya, ni cerita kat matrik jugak la, ustaz kata mengikut kajian, 60% umat Islam di Malaysia tak cukup solat 5 waktu. Masing-masing dalam kelas waktu tu terkejut. Lepas tu ustaz saya kata, "Tak payah terkejut la. Diri sendiri cukup tak?" Sentap beb.

Solat ni soal diri kita dengan Tuhan. Saya bukan menulis untuk menunding jari kepada sesiapa atau nak bagi ceramah. Saya menulis untuk kita semua fikir macam mana solat kita sehari-hari? Solat adalah Rukun Islam kedua selepas syahadah. Solat adalah ibadah khusus yang diwajibkan ke atas semua Muslim yang baligh & elok akalnya oleh Yang Maha Esa. Kalau kita tak buat, bukankah itu tandanya kita membantah suruhan-Nya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan