04 Ogos, 2011

Ramadhan ini

Banyak peringatan yang diberi melalui ceramah-ceramah dan tak kurang juga dari saudara mara serta sahabat handai yang terdekat supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan demi mengejar pahala berganda. Kata mereka, " Kita tak tahu adakah ini Ramadhan yang terakhir? Akan berpeluang lagikah kita tahun depan?" Memang benar. Bukan setakat dengar kata orang, saya lihat ramai ahli keluarga terdekat yang menghadapi hal ini.

Kadang kala bila sampai saja bulan Ramadhan, agak sayu juga bila teringatkan ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia dalam bulan ini. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah lanjut usia. Semuanya kerana sakit. Ada yang sakit baru 3 hari, ada yang dah setahun lebih terlantar. Macam-macam keadaan mereka yang dapat kita ambil sebagai iktibar sementara kita masih hidup di dunia.

Tahun ini, kebanyakan pelajar universiti bercuti ketika Ramadhan. Tanpa tugasan dari pensyarah, tanpa peperiksaan. Saya rasa sangat bebas pada bulan puasa kali ni. Bertugas sebagai 'driver' sepenuh masa di rumah, saya cuma bekerja jika ada permintaan atau kecemasan dalam kalangan ahli keluarga. Masa yang terluang ini juga satu ujian kerana manusia biasanya lalai dalam dua keadaan. Masa lapang dan tubuh yang sihat.

p/s: Perkara paling susah nak buat ialah sabar dalam menahan marah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan