23 Ogos, 2013

Sakit? Ucap Alhamdulillah

Meow ni ada kurap, tak mampu nak bawa pergi klinik...hanya mampu bagi makan. Ni kisah di asrama dulu.

Dapat duit raya, orang belanja makan, dapat beli kereta, beli rumah, semua ucap Alhamdulillah. Kepada pembaca bukan Islam, Alhamdulillah tu maksudnya Segala Puji Bagi Allah. Ucapan ini digunakan apabila kita mendapat sesuatu nikmat contohnya seperti yang saya nyatakan. Pelik tak bila orang sakit ucap Alhamdulillah? Ianya tak pelik kalau kita faham betul-betul hikmah di sebalik sakit yang Allah bagi.

Tak payah nak bagi contoh sakit yang kronik, cukup sekadar demam. Rasa sakit kepala, tak selesa, mulut kering, tak da selera makan & macam-macam lagi la. Ni pun dah cukup buat kita rasa menderita bagai. Pernah tak kita ingat balik apa yang kita banyak ucapkan masa sakit? Sehebat mana pun kita , mesti  ada mengeluh " Ya Allah, sakitnya kepala ni, Ya Allah, sembuhkanlah penyakitku". Tambah bagi wanita yang senggugut, seksanya rasa macam terputus-putus urat darah. Kadang-kadang sampai terguling-guling, muntah. 

Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).


Saya bukan pelajar aliran agama jadi saya tak dapat nak terangkan hadis di atas secara terperinci cuma saya menulis apa yang saya belajar dan fahami. Waktu kita sakit, bersabar dan syukurlah. Bersyukur sebab kita ada deria sakit. Pernah lihat, baca atau dengar tentang penyakit Congenital insensitivity to pain with anhidrosis (CIPA)? Ianya merupakan salah satu penyakit neuropati sensori dan autonomi yang diwarisi secara keturunan. Senang cakap dalam bahasa pasar, orang yang ada penyakit ni TAK PERNAH  RASA SAKIT. Pesakit CIPA tak berupaya untuk merasai kesakitan. Mereka cenderung untuk mencederakan diri sendiri seperti menggigit bibir dan lidah terutamanya bagi bayi yang baru tumbuh gigi. Dia boleh gigit sampai berdarah tanpa rasa sakit sebab ketidakhadiran atau disfungsi sel-sel saraf yang berperanan untuk sensasi sakit. Anhidrosis pula maksudnya pesakit tidak dapat berpeluh. Kebanyakan bayi yang lahir dengan penyakit ni meninggal dunia disebabkan oleh badan tidak dapat berpeluh untuk melepaskan haba ketika demam. Oleh itu, suhu badan naik semakin tinggi sehingga kematian berlaku akibat hipepireksia.

Jika anda tercari-cari bacaan motivasi dalam menghadapi penyakit, saya syorkan anda membaca kisah Nabi Ayub a.s. Betapa sabarnya baginda dalam menghadapi ujian Allah s.w.t. Ketika sakit & hanya mampu terlantar pun baginda masih kuat beribadah & berzikir. Tak pernah langsung mengeluh walaupun badannya berulat sehingga semua orang menjauhkan diri daripada baginda. Saya harapkan apa yang ditulis ni dapat dijadikan motivasi bagi diri saya dan sidang pembaca yang mungkin sedang menghadapi ujian berupa penyakit. Hikmah sakit yang dapat dilihat dengan jelas ialah bila badan kita sakit, kita jadi kurang buat dosa kan? Bila sakit kaki, tak da maknanya la nak ke hulu ke hilir 'dating' atau pergi 'clubbing'. Bila demam atau sakit kepala, tak da maknanya nak tengok perkara yang tak senonoh. Masa ni kita semua ingat Tuhan ja, makan ubat tu usaha tapi hanya Tuhan yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan. Akhir kata, jagalah kesihatan anda kerana badan yang sihat itu merupakan nikmat kurniaan Ilahi yang tak ternilai harganya.

Ucapan terbaik apabila ditimpa musibah atau sakit ialah ucapan yang dianjurkan untuk kita ucap seperti firman Allah s.w.t :


Waallahua'lam. Phir milenge (jumpa lagi), bubbye. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan