22 Disember, 2016

Am I NORMAL?

Assalamualaikum. Hai. Jarang-jarang dah saya tulis kat blog ni, ada lagi ke orang yang nak baca tulisan saya? =D

Entri kali ni takde apa sangat, cuma nak kongsi pendapat saya tentang satu drama kat TV yang tengah trending sekarang ni. Tak nak sebut la nama drama tu, bukan saya dapat DUIT pun kalau promote hahahaha

Saya tengok status kawan-kawan FB, ramai la yang melting bagai dengan watak hero. Siap tulis lagi kata-kata romantik sebagai status. Saya mengaku, saya pun tengok jugak la sebab waktu tu biasa saya dinner & just buka TV sambil-sambil makan. I don't know why, honestly for me, saya rasa menyampah tengok watak hero & saya tak rasa romantik pun dialog dia. Serius. Saya terfikir, am I Normal? 

Whatever scene yang diorang cakap sweet, saya rasa menyampah. Sorry to say. Dan yang saya paling tak suka ialah bila cerita melibatkan watak doktor, apa yang ditunjukkan hanyalah doktor tu pegang stetoskop. Nak check ahli keluarga yang sakit pun, watak yang ditunjukkan dia hanya goncang-goncang badan & nampak gelabah. Please la, boleh tak kalau nak buat cerita tu at least buat kajian sikit. Tak payah sampai ke tahap pakar, cuma ketengahkan perkara asas tentang tugas seorang doktor. Bila pesakit pengsan, doktor akan check nadi, tengok warna kulit, bibir & kuku, tengok keadaan anak mata untuk dapatkan diagnosis awal.

Saya teringin nak tengok cerita tempatan yang boleh mendidik masyarakat tapi pada masa yang sama, cerita tu tak berat, santai je. Contoh macam cerita Korea. Kalau cerita tentang ahli perniagaan, diorang ada juga tunjukkan macam mana strategi pemasaran, macam mana perbincangan untuk keluarkan sesuatu produk. Benda asas je tapi paling kurang, kita NAMPAK kerja ahli perniagaan tu macam mana. Cabaran dia macam mana. Cerita tempatan kita pulak, majoriti pi mai pi mai pasal cinta, 100% tunjuk aksi romantik, tak mendidik langsung. Kalau yang mendidik pula, cerita tu terlalu berat, jalan cerita kurang menarik & tak mampu dihayati oleh masyarakat umum. 

Banyak gula boleh menyebabkan kencing manis, sama jugak bila kita asyik suap masyarakat tentang kemanisan ayat-ayat romantik yang boleh membakar & meledakkan nafsu/kemahuan khayalan. Cinta sebenar antara 2 insan bukan sekadar terletak pada aksi & ayat romantik. Perlu lebih penekanan pada macam mana dengan perasaan cinta tu, mereka saling menyokong antara satu sama lain supaya sama-sama berjaya dalam kerjaya. Daripada sekadar tunjuk aksi romantik, tunjuk la macam mana doktor tu rawat orang yang dia sayang. Tunjuk la macam mana isteri dia tolong dapatkan tender untuk perniagaan suami dia. Cakap meeting dengan Dato' tu, Dato' ni. Tunjuk la sikit perbincangan meeting tu macam mana, pembentangan kertas kerja macam mana. Kalau ada scene yang azankan anak, kenapa perlu letak latar belakang lagu tema? Kenapa tak dengarkan azan tu? Cuba tengok cerita Hindustan, ada ja scene yang mereka baca doa atau petikan dari kitab Hindu. They are proud with their religion, yang kita ni nak malu sangat dah kenapa? Padahal majoriti rakyat Malaysia ni ada agama. Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Azan tiap-tiap hari dengar kat bumi Malaysia ni, takkan tak boleh nak azan?

Sekadar luahan pendapat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, jangan langgar sempadan. Ok? =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan