03 Februari, 2018

Gelap mata

Hari ni nak cerita sikit pasal satu pengalaman kat uni. Masa tu saya ditugaskan untuk cari sponsor & sediakan hadiah bagi satu pertandingan. Alhamdulillah, murah rezeki, ada la syarikat besar yang sudi nak sponsor hadiah berupa barangan peribadi macam sabun, ubat gigi.... Banyak la dapat. Kiranya kitorang tak perlu minta duit program untuk beli hadiah lain atau kenakan yuran untuk pertandingan tu.

Lepas ambil hadiah kat gudang syarikat, saya pun tunjuk kat lecturer & AJK lain. For a second, kitorang gelap mata tengok hadiah-hadiah tu. Barang-barang yang kitorang dapat tu memang dari brand yang terkenal la. Berkualiti. Saya ingat lagi lecturer saya cakap, "Kita yang pegang hadiah ni pun dah gelap mata, apatah lagi orang yang berkuasa pegang duit berjuta-juta ringgit. Kalau tak kuat iman, tu yang orang pecah amanah."

Kami masing-masing pakat tolak menolak. Siapa pun tak nak, tak berani jaga hadiah tu. Akhir sekali, sebulat suara, saya yang kena jaga sebab ruangan kerja saya saja yang ada tempat kosong untuk simpanan. Saya sealed terus semua kotak besar yang ada hadiah & seal tu hanya dibuka depan semua orang bila kitorang nak balut.

Sejak tu, bila saya baca atau tengok berita pasal rasuah, salah guna kuasa, seleweng duit jabatan bagai, saya takut nak kutuk lebih-lebih. Harap sangat tak diuji macam diorang. Semoga Allah ikat hati & tangan kita daripada makan duit haram walau betapa susah pun hidup kita. Tak berbaloi kenyang sementara di dunia tapi kena campak masuk neraka kat akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan