04 September, 2011

Kitar semula ( Reuse, Reduce and Recycle)


Saya dengar ramai di antara rakan-rakan saya yang mencari pekerjaan sementara semasa cuti. Ada yang bekerja di pejabat, jual kuih raya, bekerja di restoran makanan segera dan lain-lain lagi. Saya pula memilih untuk buat kerja-kerja kampung sebab ianya lebih sesuai bagi saya yang bersifat lebih fleksibel. Jam kerja saya dari pukul 8 -11pagi dan 5ptg-7malam.(Tertakluk pada pindaan...=D) Antara kerja yang saya lakukan ialah membersihkan kawasan dusun, jual buah kelapa kepada peruncit dan menjual barangan kitar semula.

Untuk entri kali ini, saya nak tekankan bab barangan kitar semula. Bila datang ke rumah saya, anda mesti hairan kenapa la banyak sangat sampah. Haa...jangan tak tahu, zaman sekarang ni sampah pun boleh tukar jadi duit. Daripada besi buruk, katalog/majalah, surat khabar, kotak pizza, bekas syampu/sabun pencuci, botol-botol plastik, tin, kipas rosak sehingga ke beg plastik semuanya LAKU untuk dikitar semula. Tapi dalam banyak-banyak ni, besi buruk la yang paling mahal.

Saya buat kerja ni bukan semata-mata kerana duit tetapi sebagai usaha untuk berbudi kepada Bumi kita. Kalau tak ada orang yang sanggup kutip 'sampah' untuk dikitar semula maka penuhlah 'sampah' di kawasan tu. Sanggup ke hidup dikelilingi sampah? Saya tak malu ke hulu ke hilir kutip sampah sebab berbanding bekerja sebagai pencuri, perompak, penipu dan etc. lebih baik saya buat kerja ni. Bak kata mak lang saya, " Kita buat kerja halal, buat apa nak malu?" Mak pulak kata, " Siapa rajin, dapat la duit." Daripada sampah-sampah ni terbiar hingga menyebabkan Bumi kita kotor, lebih baik kitar semula. Duit pun dapat, pahala insyaAllah akan diberi setimpal dengan usaha kita membersihkan Bumi ini daripada sampah. Saya tak kisah berapa banyak duit yang saya dapat, perkara yang paling penting ialah kesedaran diri sendiri tentang kebersihan dan tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.

p/s: Perkara ini masih belum difahami sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Masih ramai yang suka buang sampah di merata-rata tempat.

Sayangilah Bumi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan